Tuesday, March 19, 2013

Faktor Fakri Saarani pilih Kelantan



Semalam sidang media menjawab persoalan yang sebelum ini berkenaan dengan kepulangan Ahmad Fakri Saarani ke Malaysia. Bersama dengan Tan Sri Annuar Musa, Fakri dikatakan sudah sah menjadi pemain Kelantan dan hanya menunggu formality untuk didaftarkan kedalam senarai pemain pada bulan April nanti.
Semalam juga Fakri menjawab segala tuduhan yang mengatakan dia balik ke Malaysia disebabkan kewangan. Yang sebenarnya dia pulang ke Malaysia kerana liga yang dia wakili di Eropah sudah tamat dan kontraknya juga tidak disambung. Maka adalah lebih baik dia terus mencari pasukan baru kerana dia juga masih muda. Berkenaan dengan kenapa dengan Kelantan? Fakri menjawab kerana dia melihat prestasi Kelantan sebelum ini yang berjaya menjadi juara treble dalam liga domestic Malaysia

Ya, Fakri memang anak kelahiran Kota Bharu tetapi dia memulakan kareer bola sepaknya di luar negeri Kelantan. Sebelum ini Fakri Saarani adalah seorang pemain yang aku rasakan paling kuat dicemuh oleh peminat tempatan disaat dia mewakili negara. Aku sendiri tak nafikan pernah mencemuh prestasi yang ditunjukkan oleh Fakri pada satu masa dulu. Dan aku tidak mahu bertindak hipokrit disini dengan mengatakan Fakri adalah seorang pemain yang cukup berbakat. Apa yang aku boleh katakan disini adalah, setelah dia menimba pengalaman dan ilmu yang baru serta lebih mencabar di eropah, mungkin terdapat peningkatan dari segi teknikal, kemahiran serta keyakinan nya untuk beraksi. Ditambah lagi dengan situasi semasa di mana Kelantan sangat sangat memerlukan penyerang maka kehadiran Fakri memang amat-amat dialu-alukan.

Setengah orang akan mengatakan Kelantan seperti masih lagi menangisi susu yang telah tumpah akibat kehilangan ramai tonggak serangan dalam Mat Yo, Ghaddar, Azwan Roya dan Chanturu. Tapi Kelantan juga sebenarnya telah mengambil beberapa pemain seperti haris safwan, Dimi Petratos, Faiz Subri, Izuan Solah. Namun sehingga ke sekarang, pemain yang dibawa masuk pada tahun ini masih lagi belum menunjukkan kredibiliti mereka.

Apa yang aku boleh katakan mengenai situasi Kelantan adalah ini semua merupakan satu transformasi dan satu keadaan dimana perubahan amat diperlukan. Bojan tak boleh dipersalahkan seratus peratus ke atas beberapa siri kekalahan dan keputusan seri bagi pasukan Kelantan sebelum ini. Jika dilihat, bahagian tengah Kelantan masih lagi antara yang terkuat di negara ini. Yang menjadi masalah adalah kerana tiadanya natural striker ataupun true no 9 or 11. Pasukan negara kita tak layak lagi untuk adaptasi false no 9 seperti Barcelona jika tiada natural striker. Keita Mandjou walaupun sudah berjaya menjaringkan gol sebelum ini dilihat masih lagi tidak begitu berbisa. Farhan lebih mirip kepada flanker, dan sama seperti Faiz Subri. Dan sekarang dengan kehadiran Fakri, mungkin bojan boleh mengeksprimenkan formasi 4-3-3 dengan Piya, Shakir dan Indra mengawal bahagian tengah sementara Farhan-Fakri-Faiz Subri di bahagian serangan. Manakalan bagi pemain import, sampai sekarang ramai pihak yang inginkan Keita diganti dengan samada Dickson atau Dimi.Pada pandangan aku, aku lebih sukakan Dimi yang lebih muda, rajin, dan mampu membuat sepakan kencang luar kotak penalty. Dimi juga boleh bertindak sebagai flanker ataupun perancang tengah. Dickson lebih mirip seperti Drogba. Seorang target man. Apa-apa pun kita semua sama nantikan siapa pemain import yang akan diambil oleh Bojan pada bulan April nanti. Yang pasti sekarang, dengan kehadiran Fakri, bahagian serangan Kelantan akan lebih mempunyai pilihan kerana seperti tahun lepas, Kelantan akan berdepan dengan jadual yang padat.

Semoga kehadiran Fakri ke Kelantan akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.Fakri dapat menaikkan lagi namanya seterusnya mencatatkan sejarah. Kelantan juga dapat menggunakan Fakri untuk mengejar lebih banyak kegemilangan dalam arena bola sepak. Mungkin, faktor sebenar Fakri ingin bermain dengan Kelantan adalah kerana para penyokong ataupun mungkin disebabkan TSAM yang memang diakui bijak dalam strategi korporat sebegini.Jika semata-mata disebabkan kewangan, JDT, Selangor, malah ATM serta PKNS lebih berpoket tebal daripada Kelantan. InsyaAllah, jika berkat kesungguhan dan kesabaran serta ketabahan, Fakri mampu mencipta nama selaku pemain hebat seperti yang telah terjadi sebelum ini kepada Mat Yo di Kelantan.

 Gomo Kelate Gomo!
p/s..M.Ghaddar pun diberitakan akan ditamatkan kontrak oleh Felda. Ghaddar ditukarkan dengan Keita ataupun jual Dickson kepada Felda. Ghaddar masih lagi penyerang berbisa.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share