Monday, March 25, 2013

Hari Polis Sedunia 25 Mac 2013




Hari nie, 25 Mac 2013, seluruh anggota polis di serata dunia menyambut Hari Polis Sedunia. Hari Polis Sedunia dari pandangan aku diadakan sebagai menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh anggota polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat. 


Bagi polis-polis yang ada di Malaysia ini, tidak kiralah yang bertugas sebagai anggota trafik, penyiasat jenayah, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, menjaga system penting negara ataupun menjadi bakal pelapis nanti, aku ucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas dan tulus serta jujur.
Tak semua anggota polis adalah jahat dan tidak jujur seperti yang banyak diperkatakan oleh masyarakat negara kita pada masa sekarang. Dengan keadaan politik semasa yang tidak stabil, ditambah lagi dengan beberapa kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa polis kepada orang awam sebelum ini, ramai pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada institusi polis negara kita. Meskipun begitu, kita tak boleh lupakan jasa dan khidmat anggota polis yang lain. Masih ramai lagi anggota polis yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sentiasa jujur.  Sepanjang pengalaman aku, aku dah lalui pelbagai kisah berkenaan dengan polis. Ada polis yang baik, ada yang tak baik.  Tapi jika kita letak kaki kita dalam kasut anggota polis, kita juga akan berdepan dengan pelbagai dilemma yang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi juga masyarakat, tanggungjawab, serta ahli keluarga. Dan tidak mustahil, kita sendiri akan terjebak sehingga digelar polis yang tidak baik. 

Rasuah, kronisme adalah antara isu yang paling sinonim dikaitkan institusi polis. Dan pelbagai golongan masyarakat sudah mengetahui yang dari sekecil-kecil jawatan polis sehingga ke paling atas, anggota polis ramai yang terlibat dengan dua gejala ini. Tetapi jika kita bandingkan dengan pekerjaan lain, sebenarnya isu ini adalah lebih kurang saja impaknya.Mungkin polis lebih terdedah dengan gejala-gejala ini kerana mereka setiap hari akan berurusan dengan orang awam. 

Sebagai pengakhirannya, aku hanya mahu ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada anggota polis seluruh dunia. Diharapkan semoga dapat dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan jalankan tanggungjawab anda semua dengan tulus,jujur dan ikhlas. Terima Kasih polis.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share