Sunday, March 10, 2013

Juvana K.Kedah - Kuah 2013



Filem Juvana yang akhirnya keluar pada tahun ini adalah kesinambungan daripada drama bersiri Juvana sebelum ini. Aku sempat menonton filem tersebut semasa berada dalam feri. Sementara menghabiskan 1 jam lebih menaiki Feri daripada Kuala Kedah, kebetulan aku berada di kerusi betul-betul paling hadapan menghadap tv, maka terpaksalah jugak menatap filem nie. Sebelum ini aku dah dapat tahu daripada beberapa blog dan forum yang filem Juvana dah boleh download tapi aku masih skeptical untuk mendownload filem melayu. Kerana kebanyakkan filem melayu yang aku download, bila tonton pasti mengecewakan. Dan bagi filem Juvana pula, pada awalnya aku rasa pasti filem ini akan menghasilkan satu produk yang tipikal yang mungkin hanya berbeza dari segi keseluruhan nilai filem tersebut.

Apa yang membantu Juvana mendapat nama sebelum ini adalah drama bersiri nya yang rata-rata mendapat pujian ramai pihak. Satu yang paling utama mengenai drama bersiri tersebut adalah kerana mungkin itu kali pertama industi hiburan tempatan kita mencuba sesuatu yang baru dengan mengetengahkan cerita pelajar di sekolah pemulihan akhlak yang sebelum ini memang menjadi taboo dalam masyarakat kita. Dan cerita itu turut sarat dengan persepsi berkenaan dalam masyarakat kita. Bagaimana Daim yang tidak bersalah tetap dihukum dan dia yang berperwatakan baik sentiasa dibuli. Botak pula yang hanya menganggap dengan kejahatan saja dia akan mendapat kuasa. Tetapi dalam filem Juvana, boleh dikatakan skrip dan plot jalan cerita yang sama dibawa daripada drama bersiri berkenaan. Mungkin apa yang boleh dibanggakan, bagi pandangan aku adalah bagaimana pembawaan watak Lan Todak oleh Sharnaaz. Secara jujur aku lebih mengenali Sharnaaz dalam berita sensasi mengenai kemelut dia dan Shila Amzah dan tidak pernah menonton apa-apa filem atau drama yang dia bintangi. Tapi dalam filem Juvana ini, aku rasakan watak Lan Todak tersebut memang bersesuaian dengan Sharnaaz. Seorang ketua dalam kumpulan Juvana yang banyak melakukan kejahatan dan pada masa yang sama tidak bimbang untuk mengambil langkah yang drastic seperti sanggup membunuh orang kananya sendiri demi mendapatkan botak. Dalam file mini , kita dapat lihat sisi yang berbeza bagi Botak. Sebelum ini Botak memang satu watak yang boleh dianggap terpenting, tapi dalam filem ini, walaupun dilihat pengarah masih cuba untuk mengetengahkan dan mengangkat watak Botak, dilihat watak Ayam, Apek, Daim lebih berpengaruh. 

Tapi jika dilihat secara keseluruhannya, apa yang cuba disampaikan oleh filem sebegini adalah bagaimana, kadang-kadang reality hidup bagi sesetengah orang tidaklah seperti yang mereka idamkan. Seperti juga watak dalam filem Juvana ini. Dulu mereka mungkin merasakan sudah insaf dan mahu berubah. Tapi bila datang ke tempat baru, cabaran yang lebih besar yang terpaksa mereka tempuhi lantas kadang-kadang mereka tertewas. Sebagai merujuk kepada Daim yang sudah bebas dan mahu keluar daripada paradigm sebelum ini, dia juga berhadapan konflik luaran dan dalaman. Jika di dalam sekolah juvana dulu dia berharap dia dapat bebas kerana dia memang tidak bersalah tapi apabila dia akhirnya keluar, dia sentiasa dilabel sebagai pesalah. 

Bagi keseluruhan nilai yang dibawa filem ini bagi aku sangat baik. Tapi dari segi garapan memang tipikal filem melayu. Kadang-kadang benda yang kecil dan boleh diperbaiki bagi menampakkan lagi mutu filem tersebut boleh diolah dengan lebih berkesan. Lihat saja babak pengakhiran apabila Lan todak mula mencetuskan kekacauan atau dalam saat bilik mandi saat Lan todak dipukul sehingga lembik dalam kolah air. Babak contoh seperti diatas akan lebih berkesan dan dapat membantu cinematografi filem yang lebih mantap sekiranya sedikit perhatian diberikan kepada perincian-perincian dalam watak-watak. Filem Juvana ini jika ditonton daripada awal sehingga akhir, para penonton pasti akan melihat seperti kesamaan setting background yang ada dalam setting penjara dalam filem-filem luar negara. Lihat saja tatu yang ada pada badan Lan Todak. Bagi aku, perkara sebegitu tidak seharusnya terjadi. Sekadar melontarkan pandangan berharga 50 sen

Walau apa-apa pun, tamatnya filem Juvana dalam feri, maka aku selamat sampai ke Jeti Kuah. Secara kasarnya, aku boleh katakan yang untuk menghabiskan masa , boleh lah tonton filem Juvana ini. Tapi untuk betul-betul hargai sebuah filem, bagi kategori filem Melayu, aku rasa lebih syok tonton ‘Tolong awek aku Pontianak’.Sekian.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share