Friday, March 1, 2013

Kelantan vs Perak , 1 Mac 2013



Stadium Sultan Muhammad ke 4 pada malam ini akan menyaksikan pasukan Perak bertandang ke Kota Bharu dalam saingan Liga Super. Kelantan memperoleh rehat yang cukup apabila perlawanan sebelum ini dalam saingan Piala FA ditunda akibat hujan dan ini sudah pastinya memberikan satu kelebihan kepada para pemain Kelantan yang pastinya segar dan bertenaga. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pemain utama Kelantan mungkin terpaksa berehat iaitu Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim yang mendapat kecederaan semasa perlawanan menentang Pahang. Zairo ataupun Nanthakumar akan diberi kepercayaan menggantikan tempat Shakir manakala Azizi Mat Rose ataupun Rizal Fahmi mampu menggalas tugas menggantikan tempat Nik Shahrul Azim. Bahagian serangan Kelantan walaupun belum boleh dianggap kuat tetapi jika dilihat dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, dengan kehadiran Faiz Subri, serangan Kelantan semakin meningkat. Ditambah dengan berita perpindahan Fakri Saarani yang akan masuk pada bulan 4 nanti dan mungkin Dimi ataupun Dickson, pastinya bahagian serangan akan lebih berbisa apabila pintu perpindahan dibuka pada bulan April nanti. Malam ini anak buah Bojan Hodak pasti akan mencari 3 mata penuh dan tidak rela berterusan tercicir mata dalam mencari 4 tempat teratas liga super. Malangnya tiada siaran langsung untuk perlawanan pada malam ini. Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share