Sunday, March 17, 2013

Pahlawan Sulu kebal?



Sekarang nie walaupun dikatakan keadaan sudah reda, masyarakat negara kita masih lagi mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Lahad Datu. Askar dan polis sudah mengeluarkan sidang media mengatakan yang sudah ramai pengganas yang meninggal dunia dan berdasarkan beberapa sumber serta risikan, ketua pengganas dan penceroboh tersebut yang mendakwa daripada Sulu sudah melarikan diri. Daripada kepungan yang dilakukan oleh tentera negara kita, ramai pengganas dari Sulu ini dilaporkan kelaparan dan ramai juga yang sudah meninggal dunia apabila operasi pembersihan dilakukan. 
Walaupun begitu, ramai pihak keselamatan negara kita menghadapi kesukaran untuk menjalankan proses pengecaman dan tidak mustahil saki baki penceroboh sulu ini sudah berjaya meloloskan diri dan lari ke tempat lain. Satu sebab utamanya adalah kerana boleh jadi penceroboh sulu tersebut mempunyai kad pengenalan dan berpura-pura berlakon menjadi orang tempatan di Sabah. 
Dalam kehangatan orang kita mengikuti kes di Lahad Datu ini, timbul juga banyak cerita yang mana para askar menjumpai tangkal atau azimat pada badan penceroboh sulu. Ada yang mengatakan mereka islam, tetapi jika mereka benar-benar islam, mereka tidak akan mempercayai kepercayaan karut seperti azimat kebal dan sebagainya ini. Dan jika benar mereka kebal, kenapa pula ada ramai diantara mereka yang tetap mati ditembusi peluru daripada senjata-senjata anggota keselamatan kita? Mungkin pada masa mereka memasang azimat di badan mereka tersebut, mereka tidak mengambil kira faktor peluru-peluru yang bakal menghujani mereka. 

Satu daripada keburukan masyarakat kita sejak dari dulu lagi, tidak kira daripada suku kaum di Semenanjung ataupun Borneo, cepat mempercayai sesuatu yang berunsurkan karut dan kurafat. Kita dengar cerita Mahsuri tidak lut badannya ditikam sebarang senjata, Tok Janggut tidak lut badan, Tok Gajah kebal badannya, Hang Tuah tak dapat ditembusi oleh mana-mana keris, pahlawan-pahlawan gagah perkasa yang memakai azimat tak akan mati oleh mana-mana mata pedang ataupun parang. Mungkin elemen kebal dan azimat ini adalah salah satu resipi yang paling penting dalam membuatkan sesebuah cerita itu lebih menarik. Aku ceritakan disini bukan untuk tidak mempercayai kebenaran di sebalik semua cerita yang ada tapi kadang kala, ada sesetengah pihak terlampau mengangkat elemen ini sehinggakan tenggelam apa yang benar dan reality. Dan apabila seseorang itu yang sebelum ini dikatakan kebal akibat memakai azimat ataupun tangkal dan apabila akhirnya mati, maka timbul pula cerita lain yang mengatakan mungkin si pemakai tersebut melanggar pantang larang ataupun azimatnya tidak berfungsi
Aku akui, kuasa Allah mengatasi segalanya. Dan jika Allah mengizinkan, seorang hamba manusia tersebut mampu berjalan atas air. Dan aku percaya jika diizinkan Allah juga, manusia tersebut boleh menjadi kebal daripada sebarang tikaman ataupun peluru. Tetapi sekarang ini, dalam konteks semasa, seperti di Lahad Datu, niat sebenar pengganas Lahad Datu tersebut memang diragui dan aku percayai semuanya bertunjangkan hanya kepada kuasa dan kemewahan yang dijanjikan. Jika benar mereka adalah pewaris Sultan Sulu, kenapa baru sekarang mahu menuntut sabah? Kenapa perlu menceroboh dan membuat huru hara serta membunuh anggota keselamatan? Kenapa tidak pergi sahaja ke Kota Kinabalu. Bukan mereka tidak mengetahui yang Kota Kinabalu adalah pusat pentadbiran negeri Sabah.kenapa baru sekarang?Ya, ramai akan mengatakan, mungkin ini masa yang sesuai bagi mereka. Aku tak rasakan sedemikian. Di setiap kejadian pasti ada sesuatu disebaliknya.Bagi aku, jika benar Sultan Sulu mahu mendapatkan Sabah balik, sepatutnya keluarga mereka merampas Sabah selepas Jepun menyerah kalah dahulu. Ataupun sekitar tahun 1970-an selepas Singapura membebaskan diri daripada Malaysia. Pada masa tersebut aku rasa pergolakan politik Malaysia sangat tidak stabil. Tetapi masalahnya, Sultan Sulu hanya merangkumi sebilangan kecil sahaja Sabah. Ramai lagi kaum-kaum Sabah yang lain yang mahu terus berada dalam Malaysia. Dan sekarang, ramai PATI dari Indon, Filipina dan mungkin juga Bangla berada dalam Sabah, malah mungkin ramai dari kalangan mereka sudah mendapatkan kad pengenalan. Mereka ini semua tidak mahu Sulu mengambil Sabah. Dan Sulu aku rasakan jika betul-betul mahu mendapatkan kembali takhta mereka, berpakat sahaja dengan MNLF, tentang saja Filipina dan bina balik kesultanan sulu di kepulauan Moro terbabit. Malaysia bukan budak-budak yang boleh diugut dan diperkotak katikkan. 

Walaupun aku bukanlah daripada orang Sabah, jika kerajaan mengarahkan pemuda-pemuda negara supaya mempertahankan Sabah daripada Sulu atas nama Malaysia, aku rela pergi dan bunuh kesemua rakyat Sulu. Bukan semata-mata kerajaan, tetapi tidak mahu lagi ramai orang Malaysia terkorban. Ataupun aku cadangkan, semua kaum-kaum di Sabah seperti Melayu, Cina, Kadazan dan sebagainya, berganding bahu dan halau serta hapuskan terus saki baki waris kaum kerabat Sulu ini. Jika boleh hapuskan terus mereka di kepulauan mereka agar mereka tidak lagi mengacau di masa-masa yang akan datang.

2 comments:

  1. berkata2x lah sampai puas. allah itu maha adil dan maha mengetahui sapa benar sapa salah.. pasti ada balasan pda yg pura2x lupa diri

    ReplyDelete
  2. berkata2x lah sampai puas. allah itu maha adil dan maha mengetahui sapa benar sapa salah.. pasti ada balasan pda yg pura2x lupa diri

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share