Thursday, March 28, 2013

Pak Pandir bermain politik



Semakin hampir negara kita kearah satu lagi pilihanraya umum, semakin pelik atau kadang-kadang lucu cerita-cerita yang dikeluarkan. Setiap hari dalam facebook, blog dan juga media lain, semakin banyak cerita-cerita atau yang lebih tepat bagi para pengikut politik adalah strategi politik. Bagi orang awam, atau lebih tepat aku klasifikasikan sebagai orang awam yang membaca dan menggunakan otak dengan waras dan secara bijaksana. Bijaksana dalam konteks ini tak perlu dapat 7 A dalam SPM ataupun semua A dalam PMR mahupun UPSR tapi asalkan tahu membaca. 

Semakin lama PM kita menangguh tarikh untuk membubarkan parlimen,semakin banyak kisah-kisah yang lebih dongeng daripada kisah si luncai dengan labu ataupun kisah pak pandir. Aku cuba bertindak neutral disini walaupun mungkin ramai yang akan katakan bahawa jika dilihat kepada tulisan-tulisan aku yang sebelum ini, aku lebih dekat kepada ‘bulan’. Tetapi apa yang aku nak katakana disini, jika kita lihat kembali scenario politik negara kita, lebih spesifik lagi bermula dengan kisah DS Anwar Ibrahim pada 1998 sehingga sekarang, memang satu perubahan yang besar. Tak cukup dengan itu, cuba kita lihat berapa banyak kes video seks yang keluar. Sekarang ini sudah heboh dikatakan ramai blogger, bahawa ada orang duk cakap-cakap pasal video seks Nurul Izzah (anak DS Anwar ) dan yang ini paling best, video seks Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada mulanya, aku, sebagai rakyat Kelantan, terasa sangat marah apabila kes melibatkan tuan guru keluar. Mungkin orang akan kata ini semua propaganda. Tapi ini sudah lebih daripada satu propaganda. Fitnah ada sesetengah orang kata adalah perlu dalam politik sebagai satu bentuk alat untuk mencapai apa yang mahu dicapai. Tanya saja kepada rakyat Kelantan yang selama 23 tahun berada di bawah pimpinan Tuan Guru, siapa yang tak marah bila keluar kes video macam nie. Tapi bila difikirkan balik, tak perlu nak marah, perlu gelak sebenarnya.perlu ketawa berdekah-dekah dan kemudian kasihankan kepada sesiapa yang mula reka cerita sebegini serta sanggup mereka video sedemikian.
Kadang-kadang aku pelik dengan sesetengah orang politik. Cuba lihat dah berapa banyak kes video seks yang ada kat Malaysia nie. Dan selalunya tokoh-tokoh politik negara kita nie habiskan masa bagi komen pasal video seks daripada komen kepada benda-benda lain yang lebih berbaloi. Ya, orang akan kata, hei kalau dah dia tue ada video seks, maknanya dia memang tak layak la jadi pemimpin. Aku sokong benda tue. Tapi masalahnya betul ke video seks tue? Orang akan balas, tak kisah la betul ke tak? Siapa yang boleh buktikan.Dia dah bersumpah kan. Aku boleh jawab, jadi dengan bersumpah kira semua benda betul la ataupun dengan bersumpah semua benda yang kita katakan adalah betul. Kalau macam tue, aku juga mahu bersumpah.Dah berapa banyak sesumpah kita tengok kat Malaysia nie? Jika kita ambil perkiraan yang diatas tadi, aku rasakan semua pemimpin di Malaysia nie tak layak jadi pemimpin pun. Bukan setakat video seks tapi juga kes liwat, kes yang pelik-pelik yang tak masuk akal. Siap ada hubungan dengan Israel, amerika. Kenapa tak masukkan sekali illuminati, free mason. Ejen mossad la..CIA laa. Bab komunis dah ada yang kait dengan DAP.Kenapa tak masukkan Gerakan dan MCA sekali pasal komunis. Kenapa tak kaitkan India dengan LTTE ataupun mana-mana gerakan bagi kaum india.Kaitkan la PAS dengan geng Syiah ke pulak. Geng apa lagi yang ada. Haramkan semua..

kadang-kadang aku pelik sesetengah orang yang dinamakan pengikut politik nie.Kalau betul kita nak ikut ajaran Islam bagi seorang pemimpin, letakkan ajaran Islam itu sendiri sebagai asas. Orang akan kata , mana boleh zaman dulu lain dengan zaman sekarang. Apa  yang beza?  Agama tetap agama. Ingat zaman khalifah dulu kerajaan Islam tak kaya? Malah lebih kaya daripada Malaysia kita sekarang malah lebih kaya daripada arab Saudi sekarang. Kita kena ingat, negara arab Saudi yang ada sekarang dah berpecah daripada kerajaan islam pada zaman khalifah dulu. Kenapa khalifah dulu boleh je berpolitik dan boleh je pergi berperang dan boleh naik mimbar waktu solat jumaat? Orang cakap zaman arab dulu boleh lah. Semua arab,s emua islam. Habis tue ingat kaum yahudi, kaum cina, india baru ada 20 tahun lepas di dunia nie? Apa ingat kaum kristian takde zaman arab dulu? Sejarah dapat F ke? Apa yang beza? Kalau aku kata pemimpin kenalah besederhana. Bukan sederhana nak tiru khalifah dulu yang tiada harta malah tak tinggal harta kepada keluarga tapi sedekahkan semua kepada islam. Aku tahu tiada pemimpin zaman sekarang boleh buat macam tue. Kita amek contoh tuan guru. Rumah kayu papan sejak 23 tahun lepas jadi mb Kelantan. Seorang cikgu yang dah berkhidmat  disebuah sekolah pun, kalau dah 23 tahun berkhidmat pasti akan naik jadi pengetua dan pasti rumah jadi besar dan kereta pun dah bertukar. Inikan pula seorang MB. Kita fikirkan, kalau kita jadi MB selama 23 tahun tadbir Kelantan, takkan kita takde rumah bangle 3,4 biji. Kitakan MB.Pegang kuasa di negeri. Mungkin benar kot orang cakap negeri Kelantan miskin,s ebab ramai yang tengok rumah MB Kelantan sekadar rumah papan,sebelah masjid pulak tue, kemudian mungkin ramai kata miskin sebab MB Kelantan pakai jubbah je ke mana-mana. Bila tuan guru pakai jubbah ramai yang mengeji, tapi kenapa tak sindir pak arab-arab di Dubai ataupun Jeddah? Bukankah jubbah yang sama?

Bagi aku, kadang-kadang scenario politik negara kita ini seperti dibawah tahap UPSR. Terlalu kebudak-budakkan. Orang sebelah sini cakap nak turunkan harga kereta, ramai cakap muflis lah negara. Orang sebelah sini cakap nak hapuskan tol, ramai cakap gila ke.kemudian isu utama belum habis lagi dah heret banyak-banyak benda lain. Dan benda yang paling aku tak boleh terima adalah berkait dengan video seks. Kadang-kadang malu dengan negara luar yang lihat politik Malaysia. Mungkin orang luar akan kata, dah habis idea ke orang Malaysia nie? Okey, contoh kalau ditakdirkan aku nie jadi macam Najib, ataupun Mahathir la, kalau aku benci sangat kepada Datuk Seri Anwar la kan, buat apa kaitkan dengan video seks? Pastu dengan kes liwat lagi. Zaman sekarang canggih. Reka satu pembunuhan yang bertopengkan kepada satu kemalangan. Habis cerita. Tak tahu nak buat macam mana? Download filem-filem Hollywood, ataupun beli novel-novel thriller. Senang, cepat, tak banyak soal, selamat.Beli seorang kambing hitam untuk hilangkan jejak nanti. 

Jadi, seperti yang aku dah katakan sebelum ini, kadang-kadang politik negara kita ini masih berada ditakuk negara mundur. Kita duk canang mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tapi kita masih lagi dalam pemikiran dunia ketiga. Sekian dulu, mahu pergi bersantai layan jet-jet berlegar di ruang udara.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share