Sunday, April 7, 2013

Cukup sebulan



Alhamdullillah, diberikan lagi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup di atas bumi pinjaman ini. Pelbagai benda yang terjadi dari entri terakhir aku. Semuanya di luar perancangan dan semuanya adalah salah satu orang cakap sebagai rencah kehidupan. 

PM kita dah umumkan pembubaran parlimen dan sekarang satu negara tengah sibuk mempersiapkan kem parti masing-masing untuk menghadapi pilihanraya umum yang memang amat ditunggu-tunggu oleh jutaan rakyat Malaysia. Semalam manisfesto BN dikatakan disiarkan secara langsung dari Bukit Jalil. Dan aku tak nak komen apa-apa mengenai manisfesto tersebut walaupun setengah orang akan cakap manisfesto tersebut memang melibatkan semua orang. Aku Cuma nak cakap terima kasih kepada PM kerana akhirnya berjaya juga membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum nanti. Kerancakan politik semasa memang akan menghampiri kemuncaknya dalam bulan ini. Bendera serta sepanduk-sepanduk sudah banyak yang dipasang. Setiap malam pasti akan ada ceramah-ceramah politik. Semua wakil parti politik pasti mahu memberikan hujah terbaik mereka agar dipilih untuk memimpin negara. Kuasa sebenarnya pada hujung bulan ini semasa pilihanraya umum nanti adalah rakyat biasa.

Semalam bola sepak berlangsung, suku akhir pertama Piala FA. JDT kecundang di laman sendiri kepada Selangor. Terengganu menang. Pahang seri dengan finalis tahun lepas, Sime Darby dan penyandang, Kelantan menang tipis ke atas Sarawak. Jika Kelantan berjaya mengatasi Sarawak nanti untuk pusingan kedua, pada peringkat separuh akhir, Kelantan akan bertemu dengan Pahang ataupun Sime Darby.Jika diikutkan kepada keputusan semasa, separuh akhir piala fa memang akan rancak dengan Selangor akan bertemu dengan Terengganu, manakala Kelantan akan mengulangi perlawanan akhir tahun lepas bertemu Sime Darby.Semalam walaupun aku tak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Kelantan menentang Sarawak, tapi daripada highlight gol yang didapati daripada youtube, Faiz subri sekali lagi membukti bahawa pelaburan Kelantan untuk membawa dia masuk daripada Tteam pada awal tahun ini adalah sangat berbaloi. Sebelum ini dalam perlawanan menentang Da Nang, dia juga telah membuktikan dia antara pemain sayap yang lincah dan tajam di hadapan gol apabila menjaringkan gol cantik. Dengan peningkatan prestasi Faiz Subri serta selepas  ini dengan kemasukan Fakri Saarani, bahagian serangan Kelantan mendapat sentuhan tambahan untuk menjaringkan gol. Cuma sekarang, posisi ‘top’ penyerang yang sudah pasti bukan lagi milik Keita Mandjou selepas ini. Dickson yang sebelum menunjukkan prestasi yang sangat menyakinkan dalam perlawanan-perlawanan AFC sudah pasti antara nama yang disebut-sebut akan menggantikan Keita dalam saingan liga tempatan nanti.Diharapkan Kelantan akan dapat terus mengekalkan rentak kemenangan seterusnya mengejar kembali pesaing-pesaing lain dalam liga super, Piala FA dan mempersiapkan pasukan untuk saingan Piala Malaysia pula.

Aku pula dah cukup sebulan berada di sini. Pelbagai benda baru dipelajari. Masih banyak perlu diikuti. Sentiasa menaruh harapan. Sentiasa akan terus berusaha. Semoga semuanya akan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share