Thursday, April 11, 2013

Demam PRU hingga selsema



Banyak benda nak di ceritakan, banyak benda yang berlaku, banyak benda yang akan berlaku, banyak benda yang sudah berlaku. Semuanya sedang demam. Demam politik, demam bola, demam perang, demam cuaca tak menentu. Semuanya berkaitan antara satu sama lain. Kerana kita semua hanya ada satu peluang untuk hidup dan hidup ini sememangnya singkat.

SPR dah keluarkan tarikh mengundi. Semua sibuk merancang untuk balik mengundi 5 mei nanti. Dan semakin dekat ke tarikh penamaan calon, semakin banyak cerita yang keluar.Di televisyen dan surat khabar hanya ada satu cerita saja. Yang dalam dunia internet pelbagai jenis cerita.Tak tahu betul ataupun sekadar rekaan. Manisfesto dah keluar. Akujanji dah disiarkan. Semua boleh baca. Semua duk kutuk. Yang sebelah itu cakap begitu. Yang sebelah ini cakap begini. Nama-nama bakal calon juga kedengaran sudah keluar. Nama-nama besar mungkin akan muncul.nama-nama yang lazim ditandingi khabarnya akan bersara. Satu sisi mungkin ini satu kerugian.satu sisi ini mungkin satu peluang. Dalam 2,3 minggu ini, yang menjadi raja di negara kita ini adalah rakyat jelata. Para pemimpin yang menjadi calon akan menabur pelbagai janji. Akan berjalan mengelilingi kawasan masing-masing. Turun melawat untuk 5 tahun sekali. Bila dah menang akan turun pulak 5 tahun yang akan datang. Aku taklah pandai atau alim dalam bab agama islam.tapi aku nak cadangkan, jika seseorang itu mahu menjadi seorang pemimpin bagi sesuatu kawasan yang rata-ratanya penduduk islam, dan jika pemimpin tersebut orang islam, yang mengaku Allah yang Maha Esa, patut disuruh dia menjadi imam solat fardhu, bentangkan berapa nilai harta yang dia ada sebelum menjadi calon.ini untuk tapis keikhlasan dan kelayakan dia agar gejala rasuah, kronisme atau seangkatanya dapat dibendung. Tapi bila buat begini, pasti ramai yang cakap, heii.mana boleh.nanti orang DAP, MCA, MIC macam mana? Bukan kah aku dah cakap suruh hanya orang islam sahaja? Kenapa tak tiru apa yang dibuat pada zaman khalifah dulu kan? Apa yang menjadi penghalang? Tanya dada, tanya hati sendiri. Kenapa aku tak jadi je calon? Bukankah hendak jadi pemimpin ini bukan perkara yang senang dan bukan sebarangan orang boleh jadi.Jadi aku memang tersangat tak layak.jadi kepada sesiapa yang rasa layak menjadi pemimpin, berani untuk bersoal jawab dengan Allah di padang masyar kelak, dipersilakan. Dan aku juga akan disoal di kemudian hari nanti. Semua akan disoal. Bukan sekadar orang islam sahaja. Tak kiralah orang itu komunis ke, cap roket ke, tak makan daging ke, datang dari sulu ke, anak buah Raja Brooke, semua kena soal.tak terlepas. Jadi sekali lagi, guna akal, fikir elok-elok. Hidup sekali. Mati juga sekali.

Beralih kepada demam bola. Tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya menumpaskan kelab Vietnam semalam dengan jaringan 1-0. Dengan kemenangan tersebut Kelantan hanya memerlukan satu keputusan seri sahaja daripada 2 perlawanan terakhir untuk layak ke peringkat seterusnya. Dickson sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah orang yang paling layak untuk diserap menggantikan keita dalam skuad liga super Kelantan. Walaupun semalam boleh dikatakan skuad kedua Kelantan kerana ramai pemain-pemain utama tidak dibawa dan tidak bermain, namun Kelantan masih mampu mendapatkan kemenangan. Satu pujian harus diberikan kepada Bojan yang sekali lagi kecewa dengan perjalanan jadual bola sepak pada tahun ini yang mirip kepada tahun lepas dimana Kelantan yang beraksi dalam saingan peringkat asean tidak mendapat rehat yang sewajarnya. Kelantan akan menentang ATM pula bagi saingan domestik pada 13 hb ini dan dengan piya, shakir , indra, nik azim mendapat rehat sewajarnya, pasti tonik baru bagi Kelantan untuk meneruskan rentak kemenangan. Lawan ATM nanti juga pasti Fakri Saarani akan beraksi buat kali pertama. Pasti semua tidak sabar ingin melihat bagaimana perkembangan fakri setelah menimba ilmu dan pengalaman di seberang laut.  Kelantan juga akan mengumumkan import baru mereka nanti. Liga akan kembali rancak.

Masih lagi berkaitan dengan arena bola sepak tempatan, antara isu yang penting juga, TMJ kembali menjadi Presiden PBNJ setelah dipujuk oleh Sultan Ahmad Shah. Dikatakan juga Guiza akan kembali ke Sepanyol setelah tamat kontrak. Pasti selepas ini nama besar baru yang akan datang ke liga tempatan kita. Datuk Azzudiin juga dikatakan akan melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung FAM dan menjawat jawatan setiausaha agung AFF pula. Lepas satu bala. Mungkin ramai akan kata ini merupakan satu kelegaan. Akhirnya mungkin ada sinar baru dalam liga bola sepak tempatan. Tapi aku fikir kesian pula kepada AFF. Dan Malaysia pula berada dalam AFF. Menang bersorak kampung tergadai. Berkenaan  FAM lagi, diberitakan dalam satu mesyuarat telah memutuskan untuk menambah kuota pemain import bagi musim 2014 nanti. Jadi ini bermaksud bagi setiap pasukan yang bertanding dalam liga tempatan pada tahun depan, bertambah bilangan import dalam saingan liga kita, seterusnya semakin lantang King Raja, jurulatih negara merungut berkenaan ketiadaan penyerang tempatan dalam skuad negara. Tapi sebelum King Raja merungut, mungkin artikel 88 FAM terlebih dahulu akan dibuang.sama-sama berdoa.

Pada awal tadi aku ada bercakap mengenai demam, sebenarnya, dunia sekarang menanti krisis perang di Korea. Ya, bukan hanya di negara kita ada perang (politik) tapi di korea juga mungkin akan terletusnya perang nuclear. Korea Utara sudah memberi amaran kepada warga asing di Seoul supaya meninggalkan negara korea selatan kerana jika tercetusnya perang, pihak korea utara tidak teragak-agak untuk melancarkan peluru berpandu thermo nuclear dan apabila mengenai sasaran di korea selatan ataupun di Jepun, dimana pangkalan tentera amerika syarikat berada, semuanya akan musnah dan tidak mengenal belas kasihan. Jepun juga dikatakan sudah mengukuhkan pertahanan mereka. Sekarang mungkin dunia menanti reaksi China ataupun Rusia yang sebelum ini dianggap sebagai sekutu kuat Korea Utara. Tetapi sebelum ini Korea Utara telah mengadakan siri ujian nuclear dan ini menambah tekanan antarabangsa keatas mereka. Jika tercetusnya perang, mungkin siri running man akan tergendala seketika.

Cuaca pula sekarang ini mungkin berada dalam siri perubahan angina monsoon. Angin dan hujan lebat turun. Di KL sudah berlaku banjir kilat.Farmasi juga ramai yang dah masuk mencari ubat demam dan selsema. Semoga sihat kerana hujung minggu ini perlu mengambil peluang. Segalanya terletak pada diri sendiri.
Sekian dulu, mahu mengira duit syiling untuk beli jersey adabi Kelantan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share