Thursday, April 18, 2013

Kelab Bola Sepak Politik Malaysia

Dua pakatan politik bertanding untuk pilihanraya umum tahun ini sudah membentangkan janji-janji mereka. Ada yang panggil manifesto. Ada yang gelarkan akurjanji. Apa-apapun kedua-duanya jika diperhalusi ingin menarik minat rakyat. Rakyat yang berkuasa pada pilihanraya 5 mei nanti. Rakyat yang berkuasa menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Sekarang semua orang bercakap mengenai peluang masing-masing. Masing-masing mula memasang strategi yang akan digunakan. Penamaan calon pada sabtu ini. Semua rakyat boleh menilai pada peringkat awal siapa yang akan memimpin hak dan suara mereka di dewan negara dan juga dewan negeri untuk 5 tahun yang akan datang. Pelbagai spekulasi akan timbul. Pelbagai fitnah sudah ditabur. Pelbagai muslihat sudah diatur. Semuanya akan berkemuncak pada 5 mei nanti.

Berbalik kepada manisfesto dan akurjanji yang telah dibentangkan sebelum ini. Tiada orang yang dapat jawab dokumen atau janji pakatan mana yang lebih bagus atau yang tak elok. Masing-masing boleh nilai dengan kepandaian dan pengalaman masing-masing sepanjang menjadi seorang rakyat di negara ini.

Bagi aku, aku ibaratkan ini semua seperti sebuah kelab bola sepak. Negara kita seperti sebuah pasukan yang akan bersaing dalam sebuah liga. Rakyat adalah sebagai peminat. Para pemain adalah wakil rakyat. Jurulatih, pengurus serta presiden kelab adalah pemimpin pakatan rakyat ataupun barisan nasional. Ada peminat yang nak tengok pemain hanya dari kaum Melayu. Peminat kaum cina mahu pemain kaum cina. Hal yang sama untuk kaum india. pentadbir Kelab mahu yang terbaik untuk pasukannya. Tetapi yang menjadi penggerak sebuah kelab adalah peminat yang akan menghabiskan duit membayar tiket dan sebagainya. Duit peminat ini akan menjadi tunjang kepada kelab bola sepak tersebut. manisfesto dan akurjanji boleh diibaratkan sebagai kertas janji daripada pihak pentadbir kepada para peminat. ada yang mahu menurunkan harga tiket. ada yang mahu beli para pemain yang hebat. ada yang mahu menaiktaraf kemudahan stadium.pentadbir yang berkuasa mengatur para pemain. Jika peminat tidak suka kepada pemain tersebut, mereka akan memulaukannya. Para peminat berharap para pemain sentiasa berikan yang terbaik. Jika pemain beraksi dengan cemerlang, para peminat akan gembira dengan kemenangan yang diperoleh.para pentadbir kelab akan bahagia dan keuntungan kelab akan meningkat. Hal yang sebaliknya akan berlaku. jadi amat penting hubungan antara para peminat, pemain, pentadbir. tak lupa juga para pengadil.Pengadil perlu adil dan saksama dalam mengadili sesuatu perlawanan. kita letak pengadil mewakili polis, tentera, SPRM dan badan berkanun yang lain.

jadi, para peminat, iaitu kita, sebagai rakyat mempunyai hak mutlak untuk menentukan arah tuju kelab kita. siapa yang patut jadi pemain atau siapa yang patut diletakkan sebagai simpanan sangat subjektif. pelbagai faktor untuk menentukan semua itu. siapa yang betul atau siapa yang salah dapat dilihat daripada pelbagai pandangan. Ada peminat mahu kelab menggunakan jersey warna hijau, ada yang mahu kekalkan jersey warna merah, ada setia dengan jersey warna biru dan ada juga yang mahu roket diletakkan dibelakang baju pemain. Setiap suara rakyat akan didengari 5 mei nanti. Cuma diharapkan para pengadil tidak berat sebelah nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share