Tuesday, April 30, 2013

Kelantan, Negeri Kelas Kedua.



Kelantan, negeri yang memang terkenal dengan budu, bola dan PAS. Dan aku bercakap daripada pengalaman aku sendiri yang lahir sejak munculnya Proton di Malaysia dan sudah 23 tahun hidup sejak PAS memerintah Kelantan. Sejak dua menjak ini, Husam Musa akan bertanding di Putrajaya, semakin hari semakin banyak yang diperkatakan mengenai Kelantan apabila hubungan Husam Musa, Pilihanraya Umum dibangkitkan. 

Apabila Husam Musa bertanding di Putrajaya, seolah-olah satu tarikan yang tak terdapat sebelum ini di negara ini. Mungkin berdasarkan kerana latar belakang beliau seorang anak Kelantan maka perhatian yang besar diberikan. Atau mungkin kerana Putrajaya dianggap satu tempat kubu kuat dan kawasan yang menjadi tumpuan ramai sebagai penanda aras. Aku lihat langkah Husam Musa bertanding di Putrajaya bukan saja menguntungkan PAS malah kepada Kelantan sendiri. Ramai yang menyindir Husam Musa. Adakah kerana beliau ahli PAS disindir sedemikian? Atau kerana beliau anak Kelantan?

Jika  kita lihat daripada sebelum –sebelum ini, mungkin ya, Kelantan seringkali dianggap sebagai kelas kedua. Negeri kelas kedua, rakyat kelas kedua, makanan (budu)kelas kedua, bola kelas kedua dan semuanya kelas kedua. Malah ada juga yang mengatakan bahawa Kelantan paling tinggi kes HIV. Ya, Kota Bharu memang kelas kedua sebab tiada TGV atau GSC. KB memang Kelas kedua sebab tiada tol ataupun IKEA. KB memang kelas kedua sebab sangat kurang kedai-kedai mamak. Rakyat Kelantan memang kelas kedua sebab tak menggunakan bahasa yang sama dengan negeri lain. Tapi bukankah rakyat Terengganu pun sama? Kedah? Negeri Sembilan? Melaka? Perlis? Sabah? Sarawak?. Mungkin rakyat Kelantan kelas kedua sebab kurang menteri daripada kalangan rakyat Kelantan.Yang ada sebelum ini adalah Dato Pa dan sebelum ini Tan Sri Annuar Musa, Ku Li. Kalau rakyat Kelantan kelas kedua maka Dato Ibrahim Ali juga kelas kedua, Presiden Perkasa wajarkah dianggap kelas kedua?

Bola sepak Kelantan juga kelas kedua. Kena akui. Kami tiada sejarah seperti Selangor yang dah berlambak simpan Piala Malaysia. Tapi untuk 5 tahun ini, pasukan bola sepak Kelantan selalu naik turun stadium Bukit Jalil. Kami dah menang treble tahun lepas. Pasukan PM kita pernah dapat treble? Pasukan Muhyidin pernah dapat treble? Mungkin pasukan yang dapat treble ini adalah pasukan kelas kedua. 

Aku bukan ingin mengila-gila sokong Husam musa sebab ahli pas. Tapi sebagai anak Kelantan, aku rasa wajar aku menyokong saudara senegeri. Orang cakap orang Kelantan paling kuat, paling fanatic dalam hubungan kenegerian. Betul. Tak nafikan. Adakah salah? Ramai pemimpin juga cakap Husam Musa patut balik saja bertanding di Kelantan tak payah tanding di Putrajaya. Kenapa? Tak mahu rakyat Kelantan naik di persada negara? Kalah atau Menang, aku rasa langkah Husam Musa sangat berani. Berani keluar dari kepompong selesa. Aku cabar semua pemimpin buat perkara yang sama. Muhyidin cuba bertanding di Bangi contohnya. DS Najib bertanding di Serdang ke. KJ cuba tanding di Parlimen Kota Bharu ke. Kalau benar pemimpin-pemimpin ini hebat, sepatutnya letak dimana saja beliau mampu menang. Kalau setiap dun atau parlimen hanya wajar anak watan dijadikan calon, Tengku Adnan benar-benar anak watan Putrajayakah? 

Berbalik kepada persoalan Kelantan negeri Kelas Kedua. Kadang-kadang kecewa juga dengan para pemimpin. Selama ini, selama 23 tahun media melabelkan pelbagai paradigm dan prejudice kepada Kelantan tetapi pada yang sama mahukan rakyat Kelantan berubah. Sangat ironi. Salah satu tanggapan yang sudah terpahat dalam ramai rakyat Malaysia, disebabkan PAS, Kelantan tak maju-maju, ramai rakyat Kelantan keluar cari rezeki keluar. Sebelum labelkan tanggapan sebegitu, perhatikan dulu berapa juta warga Indonesia, Bangla, siam, Filipina di KL, JB, Penang? Sebelum kutuk Kelantan, fikir dulu , Allah cakap rezeki ada di mana-mana selagi kita, hambanya hidup di bumi Allah. Kalau KB mahu membangun maju sama macam KL, tidakkah nanti rakyat Perak, Terengganu pula akan ke KB. KL bagi aku overhype. Semua takdir. Kalau 23 tahun lalu PAS ambil KL, mungkin KL juga akan jadi bandaraya kelas kedua. 

Tetapi sebagai pengakhirannya, aku rasakan segala hujah dan persepsi serta tanggapan yang muncul akan terus ada walaupun kerajaan di Kelantan bertukar. Lumrah manusia. Rakyat Kelantan mungkin kelas kedua tetapi di akhirat nanti, semua manusia tiada kelas langsung. Selamat berkempen.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share