Sunday, April 14, 2013

Kijang dibedil ATM

Semalam rekod tanpa kalah Kelantan di tempat sendiri musnah dibedil ATM. Dengan penggantungan Obina memang jelas pertahanan Kelantan tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak dapat mengekang kemaraan hairuddin dan Marlon, penjaring terbanyak liga super setakat ini. Ramai yang kecewa dengan keputusan semalam. Tetapi ramai juga yang mengatakan ini adalah salah satu daripada pengajaran yang berguna. Pelbagai faktor diberikan semalam tetapi yang pasti skuad Kelantan keletihan akibat jadual yang padat. Bojan masih lagi layak dan sesuai sebagai pengendali Kelantan. Para pemain baru masuk seperti Fakri dan Dickson, perlu diberi masa untuk mempamerkan persembahan mereka. Dengan kekalahan semalam, misi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tempat kedua liga mungkin semakin kabur. Tetapi saingan dalam Piala FA menentang Sarawak ini mungkin medan yang terbaik bagi mengembalikan keyakinan para penyokong fanatic. Sekian ulasan ringkas mengenai perkembangan bola sepak Kelantan walaupun semalam sekali lagi aku terlepas menonton aksi Kelantan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share