Monday, April 15, 2013

Tetamu tak diundang



 
Pagi nie, dalam aku odw ke tempat kerja seperti biasa dengar era dan topik pagi ini adalah mengenai tetamu yang tak diundang. Side track sekejap, aku dah bertukar dari dengar hitz kepada era disebabkan morning crew bukan lagi ada JJ dan sekarang sudah mula meminat Johara di pagi era. Balik kepada topic pagi di era iaitu tetamu yang tak diundang. Aku rasakan ramai pernah mengalami kisah sebegini. Samada di rumah, hostel, asrama mahupun di tempat kerja. Aku sendiri pernah merasai situasi sebegini, sama ada aku menjadi tuan rumah kepada tetamu yang tak diundang tetapi setakat hari ini aku rasa aku tak pernah lagi menjadi tetamu yang tak diundang.Atau mungkin ada di kalangan kawan-kawan aku merasakan aku pernah menjadi tetamu yang tak diundang?

Berkaitan dengan tetamu tak diundang, aku rasa aku pernah alaminya semasa di Terengganu dulu. Masa di Terengganu dulu, aku menginap la dalam bilik yang sepatutnya berkapasiti 4 orang dengan 2 double bed.tapi kami, semuanya orang Kelantan, hanya 3 orang menginap bilik tersebut. Satunya sebab bilik itu pun bilik haram, biasa lah bagi orang-orang yang biasa duk menginap di hostel.Satu lagi kerana walaupun 3 orang yang ada dalam bilik tersebut, masih lagi sempit. Kemudian, hendak dijadikan cerita, di tempat aku belajar di Terengganu nie, ada la kawan sekolah rendah aku dulu.Dia duduk di bilik lain, dan biasa la bila lama tak jumpa, hampir 5,6 tahun gitu tak jumpa, jumpa pada awal-awalnya biasa lah borak-borak dan bertanya khabar. Masih okay lagi. Kawan sebilik aku yang lain pun aku rasa boleh terima lagi sebab tetamu pun orang Kelantan, kira hormat tetamu la kan. Tetapi, yang menjadi masalahnya, selepas dia dapat tahu bilik aku, akan ada je dia datang bilik aku.kadang-kadang dah tak tahu nak borak apa dah. Dia pulak bleh je duduk menyandar kat katil buat macam bilik dia sendiri.masa tue aku dah habis idea nak bagitau bahawa penghuni bilik aku tue dah rasa dia menyemak je kat dalam bilik.last sekali aku pun cakap lah aku nak tidur awal, baru la dia keluar.tapi still lagi datang untuk malam-malam berikutnya. Lepas tue aku pun dah tak nak layan, bila dia datang je aku buat-buat sibuk. Lama-lama dia dah stop datang.

Cerita tentang tetamu tak diundang lagi, masih lagi semasa di Terengganu, masih lagi di bilik yang sama, ada lah seorang member yang datang tumpang tidur. Kesian la sebab bilik asal dia macam tak kamcing gitu. Aku sendiri pun tak pasti macam mana dia boleh datang bilik kami. Tapi yang pasti susah nak katakan tidak sebab dah satu batch sendiri, dan satu kelas, jadi terima je la. Mula-mula satu malam, kemudian dua malam, pastu 3 malam, terlajak seminggu. Dia pulak tidur kat bawah je, atas tilam yang extra dalam bilik aku tue.tak kisah lah, kawan-kawan, lantak kau lah nak tidur mana. Yang menjadi masalah apabila dia nie jenis susah nak bangun pagi, jadi bila dah pagi, semua dah bersiap nak pergi kelas dan sebagainya, dia masih lagi terlentang tidur tengah-tengah bilik. Kalau bilik tue besar aku tak kisah, bilik tue pulak dah la kecik.kalau nak berjalan keluar ikut pintu confirm berselisih bahu. Kadang-kadang bila semua penghuni bilik tue bersiap mandi, pakai baju semua nak pergi kelas baru dia bangun, lipat tilam. Pada masa tue boleh dikatakan agak meluat tapi ye lah, nama lagi kawan-kawan kan.simpan je lah.lama-lama okay, la sebab semua orang dalam bilik tue dah boleh terima dia.
Bila bercakap lagi berkenaan dengan tetamu tak diundang nie, aku rasa aku sendiri pernah juga buat macam kawan aku tadi.aku tak ingat semester berapa tapi masih lagi di Terengganu. Aku sendiri bawak tilam bilik aku pergi tidur bilik member sebelah bilik aku. Atau aku guna tilam yang lebih dalam bilik tue? Aku kurang pasti. Tapi aku sendiri tak ingat kenapa aku buat macam tue.aku tidur bawah je.tapi tak lama pun sebab bila dah lama-lama sakit belakang kot tidur atas lantai macam tue. Orang dah bagi katil elok-elok (walaupun ada satu ketika besi katil aku kena lapik dengan bata sebab dah patah, masa tue berat badan aku tak sampai pun 120 kg!) aku yang gatal nak pergi tidur kat bawah. 

Tapi itulah serba sedikit mengenai cerita aku pasal tetamu tak diundang nie.sepanjang aku kat Perak dan Selangor aku rasa tak lagi terima atau menjadi tetamu tak diundang. Setakat 3,4 hari aku ok lagi. Tetamu ghaib yang tak diundang pula bagaimana? Itu kisah yang mungkin boleh ditulis untuk hari lain

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share