Thursday, May 30, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Livestreaming Terengganu lawan Kelantan 2013

Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2013 antara Terengganu dan Kelantan.
Kedudukan semasa agregat 4-3..Terengganu ada away gol. Sabtu lepas pesta. Hari ni kalau percaturan tak diubah jawabnya air mata laa.
Sapa nak tengok livestream separuh masa kedua boleh tengok kat bawah nie.(diambil daripada laman web lain)
  1.  Link 1
  2. Link 2
  3. Link 3

Monday, May 27, 2013

Separuh Akhir Piala FA 2013

Derby Pantai Timur Sabtu lepas tidak mengecewakan. Rancak, Serangan, kontroversi, Air Mata, Kecewa, Kegilaan. Semua ada. Selepas wisel penamat dibunyikan, akhirnya Kelantan, tuan rumah menang dengan 4 gol berbalas 1. This is Kota Bharu akhirnya kembali.

Pada awal perlawanan Terengganu lebih rancak menyerang, aku akui serangan mereka lebih laju, lebih tajam dan Ashaari serta Ismail Faruqi bijak ambil peluang sehingga gol awal daripada Ashaari terhasil. Kemudian, Ismail Faruqi terpaksa dipapah keluar setelah bertembung dengan Obinna.Dari situ, setelah barisan tengah Terengganu dilihat sedikit goyah tanpa perancangan daripada Ismail Faruqi, Kelantan mula menyerang. Tetapi barisan pertahanan dengan Vincent kental ditambah dengan ketangkasan Sharmiza mengawal gawang.
Aku rasakan semua peminat Kelantan kecewa dengan ketumpulan barisan penyerang Kelantan pada malam itu. Tiada idea.Tiada kreativiti. Sepakan meliar. Tendakan tak kena sasaran. Fakri, Faiz, Indra, Farhan semuanya tidak menjadi. Piya juga buntu. Shakir kelam kabut mengawal bahagian tengah. Sekali sekala Terengganu melakukan serangan balas dan membahayakan gawang Apek.

Bojan masih tenang. Sebilangan penyokong sudah membilang-bilang kekecewaan yang sama seperti di Larkin akan berulang. Kemudian Dickson masuk menggantikan Fakri Saarani. Kadang-kadang kesian juga kepada Fakri. Dia bukanlah pemain yang tidak bagus sebenarnya, tapi mungkin nasibnya dalam kotak penalti amat malang. Dickson masuk terus mengemudi barisan atas. Target man. Taktik Kelantan berubah. Barisan pertahanan Kelantan selama 80 minit sebelum ini berjaya mengekang asakan bertubi Kelantan. Tetapi Dickson menggunakan kekuatannya dan berhasil menjaringkan gol penyamaan. Zairo pula masuk. Faiz Subri yang boleh dikatakan agak cemerlang bermain winger dikeluarkan. Taktikal di tengah berubah. Piya lebih ke atas. Indra pun sama. Indra berhasil menjaringkan gol kedua. Stadium bergegar. Kegilaan mula melanda. Laungan dan sorakan kembali meriah. This Is Kota Bharu kembali bergema. Semangat baru menjelma. Piya, Zairo dan Indra serta Farhan mendapat nafas baru. Dickson masih lagi mengucar kacir kan barisan pertahanan Terengganu. Sehingga satu masa 6 pemain Terengganu berada di depan kotak penalti. Penalti dihadiahkan setelah Dickson dijatuhkan oleh Sharmiza. Sharmiza sebelum ini berjaya mengawal gawang sudah seperti putus asa dengan 2 gol yang cepat berjaya bolos. Obina mengambil sepakan penalti. 3-1. Peminat Red Warrior menjadi gila. Satu kebangkitan. Masa perlawanan semakin tamat. Tapi Kelantan masih mahu mencari gol. Mahu mencari bekalan. Dickson mengelecek, mengawal kemudian memberi kepada Zairo. Zairo sebelum ini sentiasa menjadi pemain gantian, pemain utama skuad Tteam musim lepas, terkenal dengan sepakan padu dan deras kaki kanannya mengelecek seorang pemain Terengganu dan terus melepaskan sepakan kencang menggunakan kaki kiri. Sharmiza melayangkan badan, bola terus ke bucu gawang. Gol. Gol. Gol. Gol. Sorakan satu stadium. Zairo berlari tepi padang meraikan gol ke empat Kelantan. 4-1. Terengganu tidak percaya. Satu masa mereka masih lagi percaya mereka dapat menang ataupun dapat mengawal satu gol yang mereka perolehi awal perlawanan tapi sekarang, seperti Kelantan sudah menempah tiket ke Bukit Jalil sekali lagi.

Kelantan 4 - Terengganu 1. Bekalan selesa untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Jangan kalah lebih daripada 3-0 dan Kelantan akan sekali lagi bertandang ke Bukit Jalil mempertahankan Piala FA. Yang menanti samada Pahang ataupun Johor DT. JDT menang satu gol dengan Pahang di Larkin. Jaringan bertaraf Robin van Persie daripada Nunez. Mat Yo ramai yang puji pada perlawanan malam itu.Tetapi bekalan 1-0 melawan Pahang di Kuantan bukan lah satu tugas mudah. Out of respect kepada Terengganu dan Pahang, tetapi untuk tahun ini, rasanya satu Malaysia mahu melihat Kelantan menentang JDT di pentas Final untuk pertama kali. Bookie mula bersiap. FAM mula bersiap. FRU juga harus bersiap.

Saturday, May 25, 2013

Kelantan lawan Terengganu, Separuh Akhir Piala FA 2013

Bila bercakap mengenai derby, peminat bola akan cakap pasal Real lawan Barca, El Classico, dua buah pasukan bola yang sejak berzaman berbalah atas nama sukan bola sepak yang meliputi lebih daripada sekadar permainan tetapi melibatkan juga suasana politik, sejarah, idealism. Peminat England akan mengatakan Derby Manchester (Man Utd dan Man City) sebagai derby yang cukup gah kerana dua buah pasukan dalam bandar yang sama atau Man Utd lawan Liverpool, derby dua reds, pasukan yang mengikut sejarah sentiasa mengungguli suasana bola sepak England. Peminat Itali juga mengatakan Derby Old Lady, juventus bertemu salah satu kelab Milan atau derby Milan, (Inter vs Milan ) sebagai pertemuan yang sentiasa menjadi acara bola sepak dinanti-nantikan semua.

Perlawanan derby jika merujuk kepada arena bola sepak tempatan, bagi aku tiada yang lebih gah, lebih panas, lebih berisiko selain daripada antara Kelantan dan Terengganu. Ya, peminat JDT yang baru nak naik tocang boleh membuka suara tahun ini mengiktiraf pasukan mereka antara pasukan terbaik negara ketika ini setelah mendapat sokongan TMJ dan menganggap pertemuan bertemu Lions sebagai derby mereka ataupun Kedah bertemu Perlis sebagai Derby Utara tetapi tiada perlawanan yang lebih besar selain daripada Kelantan vs Terengganu.

Dua buah negeri yang tersangat berbeza bukan saja dari segi dialek, orang nya, budaya, sejarah, politik malahan masing-masing membenci satu sama lain tetapi pada masa yang sama masih lagi berkongsi ikatan, hubungan yang kuat yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negeri. Orang Kelantan benci orang Terengganu. Orang Terengganu benci Orang Kelantan. Sentiasa ada pergaduhan. Sentiasa ada perkelahian. Perkara biasa. Budu lawan Keropok Lekor.Tetapi pada masa yang sama, orang terengganu sentiasa berkunjung ke Rantau Panjang, membeli di Wakaf Che Yeh, makan nasi kerabu ayam bakar waktu pagi. Orang Kelantan mandi manda di pantai batu buruk, makan keropok lekor Batu Rakit dan bungkus nasi dagang ikan aya. Kelantan dan Terengganu , sangat unik, sangat dekat, tetapi sangat berbeza.

Malam ini, sekali lagi Kelantan akan bertemu Terengganu dalam saingan separuh akhir Piala FA pertama di Kota Bharu. Kelantan kecewa tempoh hari kepada JDT. Terengganu juga kecewa ke tangan Selangor. Masing-masing mahu mencari kemenangan mengubati luka musim bola sepak yang terumbang ambing musim ini.

Terengganu yang memulakan musim tahun ini dengan rombakan setelah karenah Peter Butler musim lepas. Kelantan juga melakukan rombakan setelah barisan penyerang semuanya keluar. Tetapi musim yang diharap-harapkan menjadi indah rupanya sukar sejak dari mula lagi. Dan sekarang, sebelum Piala Malaysia bermula, hanya ada Piala FA sebagai pengubat. Kejuaraan Liga sudah tertutup bagi kedua-dua pasukan. Kelantan yang lebih terasa, dengan peminat yang fanatik, yang masih lagi tidak cukup dengan kejayaan treble pada musim lepas, seperti tidak percaya JDT, ATM dan Lions yang lebih menyerlah pada musim ini. Terengganu pula dilihat tidak konsisten. Walaupun mendapat Effa Owona setelah Forkie Doe keluar mereka masih tidak dapat menunjukkan prestasi yang konsisten seperti musim lepas.

Namun begitu, malam ini, kedua-dua pasukan pasti mahukan kemenangan. Terengganu mahu mendapat bekalan untuk dibawa balik ke Kuala Terengganu. Mat Said masih berduka dengan rentetant episod bangunan runtuh mahu skuad Terengganu menang. Tan Sri Annuar Musa yang mengamuk sebelum ini mahu Kelantan bangkit.

Barisan penyerang Terengganu, Manaf Mamat, Ashaari Shamsudin dibantu Ismail Faruqi sentiasa berbahaya. Piya, Indra dan Daudsu (menggantikan Shakir mungkin malam ini) pasti dapat mengekang kemaraan. Fakri, Faiz Subri dan Farhan perlu mencari peluang dan mencetak gol. Barisan pertahanan kedua-dua pasukan boleh dikatakan yang terbaik dalam negara. Tetapi yang lebih penting, para peminat Kelantan dan Terengganu adalah yang paling fanatik, yang sentiasa sabar, yang sentiasa setia dibelakang pasukan masing-masing. JDT? baru tahun ini mahu naik. Lions? Skuad negara Singapura.ATM? peminat daripada anggota tentera. Mahukan suasana fanatik peminat sebenar, Kelantan dan Terengganu hanya ada mereka. Kami tak perlu ultras yang lempar resit dalam padang. Passion kepada bola sepak daripada orang Kelate dan Ganu melebihi semuanya, satu tingkat diatas. Tak perlukan anak Raja untuk semua itu.

Malam ini Kijang akan bertemu Penyu. Peteh temu Gomo.

p/s..Jangkaan..Prestasi semasa..Rekod.. Red Warrior menang tipis.

Monday, May 20, 2013

Utusan Melayu dah Kaya


Sehari dua nie heboh pasal Utusan Malaysia sedang mengkritik Air Asia. Kemudian ada orang Perkasa membidas Air Asia pula. Yang sokong Utusan mula laungkan mahu memboikot Air Asia sebagai salah satu agenda ketidakpuas hati berkenaan dengan 'tsunami cina'. Utusan sebelum ini dianggap sebagai lidah 'Kaum Melayu' di Malaysia telah mengeluarkan artikel bertajuk ' Apa lagi Cina mahu?'. Selepas itu, ramai yang cakap dalam dunia blog, dunia maya, malah ada juga kot terkeluar di media massa yang Melayu patut memboikot segala perniagaan kaum Cina sebagai balasan mereka tidak mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya baru-baru ini.
Sekarang nampaknya, Utusan dah kaya dengan tindakan mengkritik Air Asia. Lepas nie aku akan terkejut kalau Utusan masih lagi mendapat iklan daripada Air Asia. Sekarang nie, kalau kita belek mana-mana surat khabar, iklan Air Asia memang berlambak dan Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang boleh dikatakan sentiasa mendapat untung. Lihat saja Tony Fernandez, pemilik Air Asia yang dah kaya raya boleh beli QPR, sebuah kelab bola sepak liga perdana england. Utusan tak heran dengan iklan Air Asia, berlambak lagi syarikat Melayu yang lain yang akan membeli iklan dalam Utusan. Utusan juga semakin meningkat pembacanya. Lihat saja dalam setiap kementerian dan sekolah-sekolah,semua ada surat khabar Utusan setiap hari. Orang Felda-felda semua borong Utusan. Kat kolej aku nie Berita Harian sentiasa ada. setiap pensyarah akan mendapat Berita Harian percuma setiap hari.Sungguh kaya Berita Harian kerana dapat membeli naskah percuma setiap hari kepada lebih kurang 50 orang staf di kolej sini. Ini baru satu kolej, belum lagi kira sekolah dan kolej-kolej yang lain.


Rancangan memboikot perniagaan orang cina nie aku sokong. Teramat sokong. Buat apa Melayu nak beli dari Cina. Walaupun Melayu jual harga mahal kita sebagai Melayu kena tetap beli dari Melayu juga.Kita kena sanggup beli barang tak berkualiti dari Melayu. Lepas nie jangan jejak kaki di Old Town. Old town tue pemilik Cina. Nak beli barang dapur jangan pegi Tesco, Giant dan sebagainya. Semuanya manager cina. Bank pun sama. Pergi Bank Islam je. melayu tue. Tukar sparepart kereta pun sama. Walaupun kedai tayar cina tue ada pekerja Melayu, kita kena marah pekerja tue sebab berkerja dengan Cina. Kena pergi tukar tayar kedai Cina je. Ajar Cina sket. Kalau semua Melayu bergabung baru Cina tunduk dengan Melayu. Bagitau kat Menteri Kabinet, tutup Genting Highland, tauke Cina ramai kat sana. Orang Melayu adalah penganut Islam jadi mana boleh berjudi, jadi tutup saja Genting tempat berjudi, baru Cina tak tahu nak berjudi kat mana. Utusan memang hebat. Utusan sentiasa kebal. Aku tabik dengan Utusan nie.
Patut acara memboikot nie kita perluaskan lagi kepada kaum-kaum lain. Hanya Melayu saja yang tak perlu boikot. jangan pergi beli barang kedai India. India ada juga yang pangkah pakatan. Boikot kaum di Sabah dan Sarawak yang bagi kerusi kepada pakatan. Boikot juga kedai-kedai pemilik orang Kelantan, Selangor, Pulau Pinang. Bila kita, Melayu boikot baru diorang tahu sakit baru lah diorang akan pangkah barisan pilihanraya akan datang. Patutnya kita boikot juga mamak dari Pulau Pinang. Kalau mamak pangkah pakatan sebelum nie dah tentu Barisan menang di Pulau Pinang tue. Ini Mamak bagi juga kat Lim Guan Eng pegang Pulau Pinang. Lepas nie jangan lepak kedai mamak tengok bola, cari saja kedai melayu. Tukar makan kedai mamak dengan beli nasi kedai Indon pula. Indon kan Melayu juga.
Boikot semua. Jangan beli juga surat khabar lain. Beli utusan je. Utusan surat khabar paling hebat.Utusan perjuangkan Melayu. Patut semua budak sekolah dan pelajar u diwajibkan baca Utusan setiap hari. Baru kaum Melayu jadi hebat. Ganti UMNO dengan Perkasa. Perkasa lebih kuat perjuangkan Melayu dari UMNO. UMNO banyak kalah baru nie jadi kena tukar. Perkasa akan lebih hebat. Orang-orang di kampung dan Felda semua nak Perkasa pula sekarang nie. Lepas nie jangan bercuti di luar negara. Kena sokong MAS. Tak mengapa tambang mahal. Untuk Melayu juga.

p/s..entri scarstik..tak paham jangan tanya.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2013


The mediocre teacher tells. 
The good teacher explains. 
The superior teacher demonstrates. 
The great teacher inspires.

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday - How I Met Your Mother Revealed

The mystery everyone waited for almost 8 year and now finally revealed. The last and final season 9 will be epic than ever

Tuesday, May 14, 2013

Ranking Bola Malaysia terbaru 2013

Terbaik...Hasil usahasama yang padu daripada FAM, Sultan Bola, serta King Gopal. Tengok pada senarai ranking terbaru ini, jawapan yang lazim dipakai sudah pasti, "ranking tidak penting". Sama macam kalau anak murid jawab kepada ibubapanya kalau dapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan, kedudukan tak penting, yang penting belajar. Tapi kalau dah beberapa tahun asyik duk ranking 160 lebih je, belajar apa ke bendenya tue. Tiap-tiap tahun FAM boleh anjur pulak dengan kerjasama para penaja yang kaya-kaya bawak pasukan otai-otai eropah buat friendly di negara kita tapi apa yang dapat? dapat tengok pemain je lah.Persembahan negara takde pulak nak meningkat. Nazmi dah balik, Fakri dah balik negara sendiri pun, Safee pun dah balik jadi siapa lagi yang tinggal timba pengalaman kat luar. jangan nak salahkan pemain saja, persatuan atau organisasi negara kita sendiri yang kena munasabah semua.

Ranking tak penting konon. Cuba tengok negara-negara yang berada di atas ranking negara kita. Palestin. Negara yang sejak dari dulu berdepan dengan pelbagai krisis kemanusiaan boleh lagi dapat kedudukan selesa. Kalau pemain Palestine tengok kemudahan yang pemain negara kita ada, mesti diorang menangis. Bangladesh pun lebih tinggi. Mungkin salah satu faktor, ramai spy dorang bekerja negara kita jadi mereka cilok ilmu-ilmu bola daripada FAM bawa aplikasi kat negara diorang. Nicaragua lagi. Nama negara nie kalau bagitau kepada pak cik jaga stadium Kelana Jaya pun, belum tentu lagi pak cik nie percaya nicaragua adalah nama sebuah negara.

Mungkin ada yang masih lagi macai FAM dan Sultan Bola totok akan jawab, tengok tue, Singapura lagi rendah ranking daripada kita. Jangan tengok atas je tengok la bawah juga. jawapan klise. Singapura pun besar mana. Lagi besar negeri Selangor daripada keluasan Singapura tapi tengok pasukan dorang dalam liga super, nombor satu lagi. Kita memang kena buat perubahan. Bukan setakat duk racist tak tentu pasal, kalut ngan pilihanraya je, duk maki SPR, nak lucut warganegara je. Ini Kali Lah kena tukar FAM. Bukan Kekal dah, bukan lain kali dah. Ini Kali memang kena buat sesuatu.

Monday, May 13, 2013

Menteri Kabinet 2013



Pilihanraya ke 13 dah berlalu seminggu sudah. Banyak diperkatakan, banyak lagi nak dipersoalkan. Yang menang bukan macam menang. Yang kalah bukan akan berserah bulat-bulat.

Semua negeri Nampak dah siap senarai exco dan menteri besar masing-masing. Ada yang dapat menteri besar baru, exco baru. Yang menang dapat balik jawatan, yang kalah tak kecewa begitu saja. Harapnya yang menang berkhidmat dengan baik kepada rakyat negeri masing-masing, yang kalah jangan pula nak memandai-mandai buat kacau

Sekarang masih lagi tertanya, ternanti menteri Kabinet yang baru, dari yang dikampung nak tengok siapa akan buat kerja, kepada yang dibandar siapa yang layak pegang portfolio di Putrajaya nanti. Nak cerita khabar angin memang banyak, nak cerita kontroversi lagi berlambak. Harapnya menteri kabinet dipilih dengan penuh kredibiliti. Jangan tangkap muat sahaja. Eloknya dari yang terbukti rekod buat kerja, jangan rekod kerja tak buat. Satu faktor yang penting juga, pilih yang menang, yang diyakini rakyat, kalau pilih yang kalah, mesti yang menang kecewa. Kalau pilih yang kalah, apa guna bertanding.Kalau pilih yang tak menang, apa kata rakan wakil rakyat serta rakyat yang lain. 

Harapnya menteri kabinet yang baru dapat buat kerja dengan telus dan sampaikan tugas dengan penuh dedikasi. Laksanakan apa yang telah dijanjikan

Sunday, May 12, 2013

Tuesday, May 7, 2013

Politics is not thermonuclear astrophysics



Yes, we are still talking about the general election. Yes, this whole thing will not go away easily. Some argue that this election talk will be drag until, maybe for the next 5 year or so, if Najib would not do something utterly out of this world, like changing the constitution, for example. But anyhow, on this losing side, which in fact, should be view as a moral victory still mourning on the result. Well, nobody want to accept losing in some would say dirty and immoral way. On the other side, although winning, I would guess they looking on something for the next 4, 5 years and that’s why now, the viral message on racism and hating toward chinese voters are crawling up the mass media. Glass should not be viewed half empty but please and please be optimistic, we should look the glass half full. Need to pour water not throw away all the water inside the glass

For me, all this confusion, all these talks, all these bullshit message that some parties sending out are just plain too dumb. Racism happen almost everywhere in the world. Please read the world history. Please travel more. Don’t give the crap on something based on emotional. What, you don’t get the vote from Chinese, they choose DAP, so they must be kill? They will be the threat to the government. Excuse me, isn’t MCA a Chinese representatives? Or maybe MCA is just another sub party for UMNO, maybe MCA stand for Malay Campur Association or whatever. I don’t get these racism talks. Too damn paranoid. Too damn homophobic. Now many people afraid Chinese will rule the nation. Now many people want to kill those chinese. Now many people want to hate Chinese. But why now? Just because they got many votes? Or maybe just because they are just a chinese and not Malays. Is Islam teach Muslim to hate other race? No. None what so ever. But no, we malay must rule Malays. People should only vote for BN. No party is allow. Especially Chinese. We must hate Chinese, especially Dap. Full of Crap. If you are afraid of Chinese, then answer all these question for me.Is Koh Tsu Koon a Malay? Ex Gerakan Leader who Rule Penang before? Chua Soi Lek is Chinese right? So why don’t hate them?Nope, can not, because MCA still under BN. So don’t talk about racism when the real thing is you want BN to win at all cost. If you said you want to fight the Chinese even with blood then go curse on Tun Tan Cheng Lock, Chinese leader who orchestrate the coalition with BN in the old days. Scold those who let PAP under Lim Kuan Yew took Singapore, even scold the British who throw the Chinese in Malaya. Be reasonable and think logically.

All people start to boycott the Chinese. Simply because of the race. Simpy because of politics. Look at this way, Chinese have DAP and MCA. They largely choose DAP because they felt DAP can represent their voice better than MCA. They swing their vote to Pakatan because they no longer felt BN can bring something good. Now, all those people start worrying, starting hating. People start saying Malay should unite. PAS should join UMNO. But no one ever said UMNO should join PAS. People said this is just because of Malay, because of Islam not over political reason. Come on laa. If you are truly a Muslim, you should not have mention the Malay part. What, DAP took over Penang and now Muslim in that island can’t pray anymore? Many mosque were destroyed? My sister live there, my uncles still live there. No worries. No curfew. No nonsense. If we are truly want to strengthen Islam, you have to put aside racism. So what if the Chinese guy embrace Islam, you still want to hate him?
This is all just political. Racism happen in many places in this world. Not just here in Malaysia. USA, big economic and supposedly world leader still have many issues on the white and black people. England still divided on the immigrant and the native. South Africa although have cast away the apartheid still labor deep rooted hatred between the white and native. This is something will always exist in human heart. To make thing worse is the leader that spin all these facts.This all come from the very same people who from before, day and night shouted 1Malaysia. 1Malaysia or just 1Party?

Now, enough on the racism part. Let’s look on the pakatan side. Yesterday, many people mourned on the Tuan Guru Nik Aziz stepping down from being the MB of Kelantan. Personally, this is a big loss for Kelantan and Malaysia as a whole. TGNA had stand bravely, fighting to impose Islamic approach in our political life for 22 years. TGNA had fight Mahathir, Pak Lah, Ku Li, Najib, to name a few. And no one can over throw him from the first he became the MB in 1990. Many admire him and many also hate him. Only the Kelantanese know the true TGNA. He bring the light for us. But now, due to health condition, he had to step down and rest. PAS now is in transition. In addition to this, Husam Musa, did not retain his seat as the Exco. Some started arguing. Some are clapping. But for me, this is long term project. Husam should now focusing on Putrajaya. I really believe he can win in the next general election. Husam , whether or not under TGNA instructions is starting to spread his wing on the national level. But on separate issue, there are increasing concern that needs to be address by PAS within and external. Do a detailed post mortem on how PAS cannot retain Kedah. Strengthen the Terengganu seat with hard work and hope to get more seat in the future. Adapt new strategy to cater voters in Pahang, Johor, Negeri Sembilan and Melaka. On the external, more dialogue and communication are needed with PKR and DAP on this Pakatan Rakyat movement. Leaders must learn and start to plan. Politics is not rocket science. It is just a simple addition and subtraction. Attitude + hard Work = victory. Hard work – greed = Lost. As simple as that. You do not thermo nuclear physicians to decoding politics. Like I had said, politics is not black versus white; it is not angel versus devil. Look at the whole context. 

Some still mourning on the loss. Some still angry why those people in the rural area still voting for BN when all the wrongdoing are right in front of their nose. The urban voters and younger generation are all, mostly vote for Pakatan based on the analysis of the General Election. Now the target should be move toward changing the mind set of rural area. But one thing we have to always remember, money is really a big variable. Money + Sentiment = BN. That’s simple. 

For the future, hopefully all leaders take the necessary actions. BN leaders if truly want to make Malaysia prosper, then do the right steps. Pakatan leaders if truly want to make a change in Malaysia, then take the suitable approach. We, Malaysians just want what the best for us. We all want to live in harmony. Chinese can’t live without Malay. The same goes to Indian, and the rest of the race we have here in our country.

Monday, May 6, 2013

Pasca PRU 13 - 1



Hari ini 6 Mei 2013. Malaysia sudah boleh menarik nafas setelah bergelumang dengan pelbagai karenah ketidak stabilan politik. Sekarang ini semua keputusan sudah diperolehi. Samada mahu terima atau tidak pelbagai jenis reaksi, komen dan kritikan akan muncul. Ini semua sudah lumrah. Kalau dengan bola sepak lagi kita tak bleh terima dengan kekalahan, maka perkara yang sama melibatkan dengan politik dengan skala yang lebih besar. Ya, BN dilihat sekali lagi menang.Ya, Pakatan juga dilihat sekali lagi kalah. Tapi dalam kalah ada juga yang menang. Dalam menang ada juga yang kalah.


Aku disini nak bercakap atas dasar kapasiti sebagai seorang rakyat Malaysia, beragama Islam, berbangsa Melayu dan berlatarbelakangkan anak Kelantan tapi dah merantau banyak negeri di Malaysia. Ramai yang kenali aku akui daripada percakapan aku akan labelkan aku sebagai ahli PAS seumur hidup. Aku tak nafikan benda tersebut. Mengenai pandangan, pendirian aku bukan menjadi persoalan utama disini. Aku berani katakan disini, PAS walaupun sebuah Parti yang memperjuangkan Islam tetapi ada para pemimpinnya hanya memperjuangkan kuasa dan duit serta kurang berkemampuan untuk dinobatkan sebagai pemimpin. Perkara yang sama juga kepada mana-mana parti politik. Adakah UMNO hebat? Adakah para pemimpin UMNO hebat daripada PAS? Rasanya semua dah boleh terima dan baca daripada pelbagai sumber yang telah tersedia ada.
Berbalik kepada rumusan daripada keputusan pilihanraya kali ini. DAP dilihat semakin kuat mendapat tempat di hati pengundi Cina. Najib sendiri melabelkan tsunami Cina pada pilihanraya kali ini. Dalam Pakatan sendiri, DAP lebih banyak memenangi kerusi parlimen. Maka banyak yang mengeluarkan tohmahan. Kenapa aku katakan tohmahan di sini.Sila baca atas dasar aku bukan orang Cina tapi aku adalah orang Melayu tapi yang lebih penting, aku adalah seorang Muslim yang reti berfikir dan membuat keputusan yang logic serta rasional.

Najib mengatakan keadaan sekarang berbahaya kerana pengundi Cina lebih memihak kepada Dap. Kita dapat katakan yang DAP berjaya sapu bersih kerusi-kerusi yang mereka pertandingkan. Ramai juga mula takut dengan perkembangan ini. Ramai yang tak puas hati dengan kebangkitan DAP. MCA sudah boleh bungkus. MIC juga tidak seperti di zaman Samy Vellu lagi. Melihat kepada analisis keputusan, DAP banyak menang di kawasan bandar dan kawasan yang majoritinya kaum Cina. Najib mengatakan trend sebegini adalah membimbangkan kerana kaum Cina dilabel ekstremis. Ramai Melayu juga tak senang duduk dengan kemenangan DAP. Adakah salah Cina mengundi pemimpin mereka sendiri? Lim Kit Siang mengatakan adalah salah untuk melabelkan kemenangan DAP sedemikian. Di setengah kawasan, walaupun kecil peratusannya, masih ada kaum Melayu yang mengundi DAP dan tidak kepada BN. Kenapa jadi sebegini?

Jika mahu diperhalusi, sebenarnya negara kita tak pernah nak belajar daripada kejadian 13 Mei. Malah kejadian 13 Mei pada zaman dulu adalah sebenarnya lebih kepada politik bukan kepada polarisasi perkauman. Jika ramai yang mengatakan bahawa cina hanya mengundi cina maka kenapa Cina di Kelantan tetap mengundi PAS. Adakah di Kota Bharu tiada pengundi Cina. Adakah di Parlimen Kuala Terengganu tiada penggundi Cina yang mana pada tahun ini dimenangi oleh calon PAS? Seorang pemimpin Melayu?

Sebenarnya daripada pandangan aku, yang menjadi punca kemerosotan dalam pilihanraya baik bagi Pakatan dan juga Barisan Nasional adalah kemampuan pemimpin tersebut melakukan kerja. UMNO sendiri bersalah kerana memainkan sentiment perkauman sebelum pilihanraya baru-baru ini. Mereka memomokkan bahawa DAP akan mengambil alih negara. Sekarang ramai yang semakin benci kepada Cina. Adakah Cina tidak membenci Melayu? Lihat keadaan mereka. Aku rasa mereka lebih layak membenci Melayu. Mereka sama-sama perjuangkan merdeka seperti yang termaktub dalam sejarah. Mereka juga lahir di Malaysia tapi tak mendapat keistimewaan yang ada pada Melayu. Mereka tak persoalkan hal tersebut. Mereka sebelum-sebelum ini tetap undi calon BN tetapi tidak mendapat apa-apa pun. Jika kita berada di tempat mereka, aku rasa kita akan sangat-sangat membenci Melayu. Tetapi kenapa tiada hal terbabit berlaku di Kelantan contohnya dimana majority adalah Melayu dan PAS berkuasa sejak 1990 lagi. Kalau betul BN memperjuangkan apa yang mereka katakan, kenapa pengundi Cina tidak memihak kepada mereka. Pengundi Cina di Kelantan tahu apa yang terbaik untuk mereka. Tahu yang mana pemimpin elok dan tidak. Tahu rupa sebenar pemimpin yang turun padang atau 5 tahun sekali baru tunjuk muka. 

Sekarang seperti sebelum ini, ramai yang bercakap mengenai Melayu perlu bersatu. Ramai menyeru disebabkan DAP menang banyak, PAS kena keluar Pakatan. Bergabung dengan UMNO. Kenapa tidak seru UMNO keluar daripada Barisan Nasional dan bergabung dengan PAS? Kenapa tidak UMNO yang berlembut hati melupakan Barisan Nasional dan mengajar PAS sama-sama bergabung menjadi satu parti baru yang bertunjangkan Islam dan memperjuangkan bangsa Melayu? Kenapa perlu menyeru PAS? Adakah kerana ramai yang cakap PAS menjadi keldai tunggangan BN? Sebelum ini di zaman Gerakan boleh kah kita turut mengatakan yang UMNO Pulau Pinang turut menjadi tungggangan Gerakan?

Bercakap lagi mengenai perpaduan ini, semuanya adalah salah sendiri. Kenapa baru sekarang UMNO mahu mengajak PAS bergabung. Sebelum tahun reformasi 1998, PAS sentiasa berjuang seorang diri tapi tiada pun UMNO ajak bergabung. Sekarang apabila trend Cina mula kearah DAP dan Pakatan Rakyat maka UMNO mula membangkitkan sentiment perkauman. Adakah MCA itu dari kaum Melayu?
Melihat pula kepada kejatuhan beberapa kerusi PAS. Di sini sebenarnya satu pengajaran daripada Allah.Ya, mungkin ramai mengatakan bahawa terdapat banyak penipuan dan kesangsian dalam kemenangan UMNO tapi jangan dilupa semua itu berpunca juga daripada PAS sendiri. Malah turut terkena tempias kepada PKR. Seperti di Kedah, walaupun tidak menaruh harapan tinggi tapi sekurang-kurangnya ramai yang mahukan PAS terus tawan tapi sebaliknya yang berlaku. Ini mungkin boleh disiasat akibat ketidakmampuan PAS tadbir Kedah sebelum ini. Tapi mungkin juga disebabkan strategi BN yang berjaya. Atau mungkin kerana rakyat Kedah tidak sesabar rakyat Kelantan. Selepas ini Muhyiddin akan memberikan gred A kepada Kedah.

Kelantan, Selangor dan P.Pinang terus dipegang oleh Pakatan Rakyat dengan majority 2/3. Kelantan kukuh dengan PAS. Selangor dikuasai PKR dan P.Pinang oleh DAP. Trend ini sebenarnya amat menarik. Kita dapat lihat bagaimana 3 parti component terbesar pembangkang Malaysia cuba untuk bertahan sehingga PRU14. Rakyat sudah Nampak hasilnya dan sudah bersuara. Untuk skala negara pula, di bandar-bandar kesemuanya banyak dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat. BN menang di kawasan pedalaman. Lihat saja Najib di Pekan, dan Muhyiddin di Pagoh. Tetapi orang akan tetap anggap bahawa BN tetap mendapat mandate dari rakyat dan tetap menang

Sesiapa yang membaca nukilan aku ini pasti akan mengatakan bahawa aku seperti tidak dapat menerima kekalahan. Anda silap. Aku dah hidup di negeri Kelantan yang selama 23 tahun sentiasa dihujani pelbagai tohmahan. Tiada apa yang pelik.

Sekarang, kita sama-sama lihat adakah Najib akan mengundur diri seperti Pak Lah. Situasi sekarang adalah lebih kurang dengan apa yang terjadi pada tahun 2008. Adakah manifesto kerajaan laung-laungkan (silap akujanji) sebelum ini akan terlaksana. Bagi aku tiada perubahan besar yang akan dilakukan. Najib pasti mahu susun langkah agar dapat meraih undi kaum Cina selepas ini kerana walaupun majority penduduk adalah Melayu tetapi yang menjaga ekonomi adalah Cina. Ramai yang radikal mahu memboikot saja kaum Cina. Ini langkah paling bodoh aku dengar. Bila kau dah terima sesuatu kaum tersebut dalam negara kita, terima dia sebagai warganegara tetapi kemudian menidakkan usaha dia maka kita adalah yang paling bodoh. Jangan lihat kepada bangsa kerana bangsa tidak ada apa-apa makna sekalipun dalam dunia ini. Kita sebagai muslim kena letak Agama di atas sekali. Islam tak suruh kita benci kaum lain. Kena saling hormat menghormati. Hanya dengan akhlak baru orang lain dapat hormati kita. Ikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Kesimpulannya, banyak yang boleh dipelajari daripada pilihanraya kali ini. Untuk 5 tahun akan datang ini, sama-sama nantikan perubahan yang bagaimana pula akan muncul dan adakah apa yang kita semua harapkan akan dapat kita genggam.

p/s..sama seperti aku ada coretkan sebelum ini..siapa pun yang menjadi kerajaan, aku tetap dapat cari kerja kerana rezeki di tanggan Tuhan. Kalau tuhan nak bagi, naik la parti politik macam Nazi sekalipun jadi kerajaan akan tetap dapat rezeki juga.

Jom Share