Thursday, May 2, 2013

Jerman Takluki Wembley




Semalam berakhirnya pusingan separuh akhir kedua Piala Juara-Juara Eropah.Tiada magis yang tercipta. Tidak banyak kontroversi yang muncul. Banyak kesimpulan di buat. Banyak khabar-khabar angin mula tersebar. Yang menjadi bualan ramai sudah pasti dengan kekalahan besar Barcelona dengan agregat 7-0 ke tangan Bayern Munich di Nou Camp. Sebelum ini Bayern membuktikan mereka hebat di laman sendiri dengan menjaringkan 4 gol di Munich dan kemudian semalam mereka sekali membuktikan mereka bersedia membuktikan kepada dunia bahawa mereka sudah ada resipi untuk menggantikan Barcelona sebagai kuasa besar di Eropah. Sebelum ini Barcelona menggungguli pentas juara-juara eropah dengan memenangi 2 kejohanan dalam masa 4 tahun. Sekarang Bayern membuktikan mereka juga layak dinobat sebagai kuasa baru di Eropah dan membawa bersama kemegahan liga bola sepak Jerman ke pentas yang lebih tinggi kerana sebelum ini ramai yang hanya menguar-uarkan bahawa La Liga dan Premier League adalah liga bola sepak terbaik dunia. Bayern akan melangkah ke pentas perlawanan akhir untuk kali ke tiga dalam masa 4 tahun dan itu merupakan satu pencapaian yang cukup cemerlang. Pada musim 2010 mereka tewas kepada Inter Milan di Madrid. Pada musim lepas mereka kecundang kepada Chelsea di tempat sendiri dengan penentuan penalty dan tahun ini, mereka sekali lagi akan memasuki pentas akhir dengan bertemu Borrusia Dortmund, juga daripada Bundesliga.

Kejayaan Dortmund dan Bayern pada tahun ini merupakan satu pencapaian dan antara kejutan terbesar bagi saingan peringat eropah. Selepas tamat peringkat suku akhir tempoh hari, dengan Barcelona, Bayern, Real dan Dortmund akan diundi, ramai yang menganggap perlawanan akhir liga juara eropah akan menemukan dua jaguh La Liga, seteru utama, Barca vs Real. Tapi mereka lupa bahawa Bayern dan Dortmund juga sebenarnya bukan pasukan yang boleh dipandang enteng. Lihat saja jumlah jaringan gol yang dicatat oleh kedua-dua pasukan. Dortmund mengalahkan Real 4-1 di tempat sendiri. Selain barca dalam 5 tahun ini, susah dan jarang ataupun tiada pasukan lain yang dapat menewaskan Real dengan jaringan sebesar itu. Hal yang sama jika diperkatakan kepada Barcelona. 4-0 kalah di Munich dan 3-0 di Nou Camp. Selain Chelsea pada musim lepas, Inter pada 2010 di Milan, jika lihat pada statistic, pasukan yang digelar antara pasukan terbaik abad ini, Barcelona amat jarang dikalahkan dengan jumlah jaringan yang besar. Dan melihat rekod pertemuan sebelum perlawanan separuh akhir ini, sebelum ini Bayern pernah dimalukan oleh Barcelona dengan jaringan yang besar. 

Ramai yang mengatakan mungkin ini merupakan petanda awal kejatuhan ‘dinasti’ Barcelona dan mungkin medan terakhir bagi ‘Special One’ Mourinho dengan Real Madrid. Namun masih terlalu awal untuk mengatakan sedemikian. Pelbagai alasan yang boleh ditimbulkan untuk mengubati luka dan kecewa bagi penyokong kedua-dua pasukan. Tapi yang menjadi fakta, Bundesliga, diwakili dengan juara pada tahun ini,Bayern, dan Dortmund, juara 2 tahun sebelumnya, semakin meningkat dan mencabar liga lain. Sesiapa yang menonton perlawanan tempoh hari, dapat liga kekuatan kedua-dua pasukan daripada Jerman ini. Mungkin analoginya dapat disamakan dengan kebanggaan orang jerman, kepantasan,kekuatan, stail yang boleh disamakan dengan BMW, pengeluar kereta mewah tersohor dunia, Bayern dan Dortmund menghadapi Barca dan Real dengan corak mereka tersendiri. Dortmund dengan serangan pantas dan ketajaman barisan tengah serta kepantasan Lewandowski. Bayern dengan skil serta kemahiran Robben, Ribery serta semangat berpasukan Mueller, Bastian ditambah dengan kekebalan barisan pertahanan Alaba, Dante dan Neuer.
Barcelona sudah memulakan persediaan untuk mengembalikan status mereka. Real mungkin akan berdepan sedikit kerisauan untuk kembali mengejar La Decima mereka dengan khabar angin bertiup kencang mengatakan Mourinho akan keluar daripada ibu kota Sepanyol tersebut. Barca memang memerlukan ‘overhaul’ terutamanya di barisan pertahanan. Alexis mungkin akan dijual. Messi tetap akan menjadi Messi. Jika mereka mampu mencari pemain pertahanan yang berkualiti dan konsisten serta dapat mengembalikan kecergasan beberapa bintang utama mereka, Barca akan tetap menjadi kuasa besar Eropah. Real pula akan berdepan tugas sukar sekiranya Mourinho tetap dengan keputusannya untuk berhijrah keluar. Ancelotti mungkin dipujuk untuk meninggalkan PSG. Yang lebih radikal mungkin Arsene Wenger akan mengambil alih tempat Mourinho. Barisan pemain Real semuanya hebat dan tiada siapa yang dapat nafikan. Cuma mereka mungkin perlu mencari identity sendiri dalam corak permainan dan taktikal mereka. Higuain sudah Nampak melepasi zaman kegemilangan. Modric lesu dibarisan hadapan. Di Maria tidak konsisten. Kaka masih lagi dibangku simpanan. Ozil, Khedira dan Xabi sekejap naik, sekejap turun. Sesiapa yang berjaya menggantikan tempat Mourinho (sekiranya dia benar-benar keluar dari Madrid) pastikan berdepan dengan dilemma. Satunya harapan yang tinggi bukan sahaja untuk mengatasi Barcelona di dalam La Liga tetapi juga mengejar La Decima dengan pasukan juara dari England, jerman, Itali akan sedia menanti. Keduanya, pengurus baru Real perlu mencari acuan dan formula yang terbaik untuk menggunakan dengan sepenuhnya barisan pemain berkelas dunia yang ada di Madrid. 

Pada musim depan Pep akan mengemudi Bayern. Dengan falsafahnya yang menjadi rebutan banyak kelab dunia, sudah pasti Bayern akan berusaha mempertahankan apa yang mereka julang pada musim ini dan menakluk lebih banyak kejayaan. Bayern tidak mahu sekadar menjadi ‘Barca’ yang baru tetapi mereka adalah Bayern Munich. Dortmund juga akan terus bangkit. Kelab ini telah membuktikan bahawa walaupun mereka tidak dapat bersaing dari segi kewangan dengan kelab-kelab besar yang lain tapi dengan keazaman, taktikal yang betul, mereka mampu menewaskan kelab-kelab besar yang lain. Ya, pemain-pemain harapannya akan keluar dan berhijrah ke liga lain tapi Dortmund berjaya membuktikan bahawa mereka adalah sebuah kelab yang tidak sekadar bergantung kepada para pemain. Lihat saja pemain yang telah berhijrah keluar dari Dortmund, Shinji Kagawa dulu antara playmaker profilik dalam kejayaan Dortmund juarai Bundesliga, Nuri Sahin yang menjadi DMC hebat di Bundesliga, tetapi Dortmund berjaya mencari pengganti mereka dan masih lagi mampu bersaing di peringkat teratas.

Musim bola sepak eropah akan berakhir dalam beberapa minggu lagi. Selepas ini pelbagai khabar angin akan muncul dan memeriahkan kembali pentas bola sepak. Tidak di lupa juga, arena bola sepak tempatan kita tidak kurang juga hebatnya. Selangor dan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam saingan AFC. Saingan liga super masih lagi terbuka bagi 3,4 pasukan teratas liga. Piala FA akan kembali bersaing. Masih banyak yang boleh diperkatakan mengenai bola sepak.Bukankah amat seronok menjadi seorang peminat bola sepak?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share