Monday, May 6, 2013

Pasca PRU 13 - 1



Hari ini 6 Mei 2013. Malaysia sudah boleh menarik nafas setelah bergelumang dengan pelbagai karenah ketidak stabilan politik. Sekarang ini semua keputusan sudah diperolehi. Samada mahu terima atau tidak pelbagai jenis reaksi, komen dan kritikan akan muncul. Ini semua sudah lumrah. Kalau dengan bola sepak lagi kita tak bleh terima dengan kekalahan, maka perkara yang sama melibatkan dengan politik dengan skala yang lebih besar. Ya, BN dilihat sekali lagi menang.Ya, Pakatan juga dilihat sekali lagi kalah. Tapi dalam kalah ada juga yang menang. Dalam menang ada juga yang kalah.


Aku disini nak bercakap atas dasar kapasiti sebagai seorang rakyat Malaysia, beragama Islam, berbangsa Melayu dan berlatarbelakangkan anak Kelantan tapi dah merantau banyak negeri di Malaysia. Ramai yang kenali aku akui daripada percakapan aku akan labelkan aku sebagai ahli PAS seumur hidup. Aku tak nafikan benda tersebut. Mengenai pandangan, pendirian aku bukan menjadi persoalan utama disini. Aku berani katakan disini, PAS walaupun sebuah Parti yang memperjuangkan Islam tetapi ada para pemimpinnya hanya memperjuangkan kuasa dan duit serta kurang berkemampuan untuk dinobatkan sebagai pemimpin. Perkara yang sama juga kepada mana-mana parti politik. Adakah UMNO hebat? Adakah para pemimpin UMNO hebat daripada PAS? Rasanya semua dah boleh terima dan baca daripada pelbagai sumber yang telah tersedia ada.
Berbalik kepada rumusan daripada keputusan pilihanraya kali ini. DAP dilihat semakin kuat mendapat tempat di hati pengundi Cina. Najib sendiri melabelkan tsunami Cina pada pilihanraya kali ini. Dalam Pakatan sendiri, DAP lebih banyak memenangi kerusi parlimen. Maka banyak yang mengeluarkan tohmahan. Kenapa aku katakan tohmahan di sini.Sila baca atas dasar aku bukan orang Cina tapi aku adalah orang Melayu tapi yang lebih penting, aku adalah seorang Muslim yang reti berfikir dan membuat keputusan yang logic serta rasional.

Najib mengatakan keadaan sekarang berbahaya kerana pengundi Cina lebih memihak kepada Dap. Kita dapat katakan yang DAP berjaya sapu bersih kerusi-kerusi yang mereka pertandingkan. Ramai juga mula takut dengan perkembangan ini. Ramai yang tak puas hati dengan kebangkitan DAP. MCA sudah boleh bungkus. MIC juga tidak seperti di zaman Samy Vellu lagi. Melihat kepada analisis keputusan, DAP banyak menang di kawasan bandar dan kawasan yang majoritinya kaum Cina. Najib mengatakan trend sebegini adalah membimbangkan kerana kaum Cina dilabel ekstremis. Ramai Melayu juga tak senang duduk dengan kemenangan DAP. Adakah salah Cina mengundi pemimpin mereka sendiri? Lim Kit Siang mengatakan adalah salah untuk melabelkan kemenangan DAP sedemikian. Di setengah kawasan, walaupun kecil peratusannya, masih ada kaum Melayu yang mengundi DAP dan tidak kepada BN. Kenapa jadi sebegini?

Jika mahu diperhalusi, sebenarnya negara kita tak pernah nak belajar daripada kejadian 13 Mei. Malah kejadian 13 Mei pada zaman dulu adalah sebenarnya lebih kepada politik bukan kepada polarisasi perkauman. Jika ramai yang mengatakan bahawa cina hanya mengundi cina maka kenapa Cina di Kelantan tetap mengundi PAS. Adakah di Kota Bharu tiada pengundi Cina. Adakah di Parlimen Kuala Terengganu tiada penggundi Cina yang mana pada tahun ini dimenangi oleh calon PAS? Seorang pemimpin Melayu?

Sebenarnya daripada pandangan aku, yang menjadi punca kemerosotan dalam pilihanraya baik bagi Pakatan dan juga Barisan Nasional adalah kemampuan pemimpin tersebut melakukan kerja. UMNO sendiri bersalah kerana memainkan sentiment perkauman sebelum pilihanraya baru-baru ini. Mereka memomokkan bahawa DAP akan mengambil alih negara. Sekarang ramai yang semakin benci kepada Cina. Adakah Cina tidak membenci Melayu? Lihat keadaan mereka. Aku rasa mereka lebih layak membenci Melayu. Mereka sama-sama perjuangkan merdeka seperti yang termaktub dalam sejarah. Mereka juga lahir di Malaysia tapi tak mendapat keistimewaan yang ada pada Melayu. Mereka tak persoalkan hal tersebut. Mereka sebelum-sebelum ini tetap undi calon BN tetapi tidak mendapat apa-apa pun. Jika kita berada di tempat mereka, aku rasa kita akan sangat-sangat membenci Melayu. Tetapi kenapa tiada hal terbabit berlaku di Kelantan contohnya dimana majority adalah Melayu dan PAS berkuasa sejak 1990 lagi. Kalau betul BN memperjuangkan apa yang mereka katakan, kenapa pengundi Cina tidak memihak kepada mereka. Pengundi Cina di Kelantan tahu apa yang terbaik untuk mereka. Tahu yang mana pemimpin elok dan tidak. Tahu rupa sebenar pemimpin yang turun padang atau 5 tahun sekali baru tunjuk muka. 

Sekarang seperti sebelum ini, ramai yang bercakap mengenai Melayu perlu bersatu. Ramai menyeru disebabkan DAP menang banyak, PAS kena keluar Pakatan. Bergabung dengan UMNO. Kenapa tidak seru UMNO keluar daripada Barisan Nasional dan bergabung dengan PAS? Kenapa tidak UMNO yang berlembut hati melupakan Barisan Nasional dan mengajar PAS sama-sama bergabung menjadi satu parti baru yang bertunjangkan Islam dan memperjuangkan bangsa Melayu? Kenapa perlu menyeru PAS? Adakah kerana ramai yang cakap PAS menjadi keldai tunggangan BN? Sebelum ini di zaman Gerakan boleh kah kita turut mengatakan yang UMNO Pulau Pinang turut menjadi tungggangan Gerakan?

Bercakap lagi mengenai perpaduan ini, semuanya adalah salah sendiri. Kenapa baru sekarang UMNO mahu mengajak PAS bergabung. Sebelum tahun reformasi 1998, PAS sentiasa berjuang seorang diri tapi tiada pun UMNO ajak bergabung. Sekarang apabila trend Cina mula kearah DAP dan Pakatan Rakyat maka UMNO mula membangkitkan sentiment perkauman. Adakah MCA itu dari kaum Melayu?
Melihat pula kepada kejatuhan beberapa kerusi PAS. Di sini sebenarnya satu pengajaran daripada Allah.Ya, mungkin ramai mengatakan bahawa terdapat banyak penipuan dan kesangsian dalam kemenangan UMNO tapi jangan dilupa semua itu berpunca juga daripada PAS sendiri. Malah turut terkena tempias kepada PKR. Seperti di Kedah, walaupun tidak menaruh harapan tinggi tapi sekurang-kurangnya ramai yang mahukan PAS terus tawan tapi sebaliknya yang berlaku. Ini mungkin boleh disiasat akibat ketidakmampuan PAS tadbir Kedah sebelum ini. Tapi mungkin juga disebabkan strategi BN yang berjaya. Atau mungkin kerana rakyat Kedah tidak sesabar rakyat Kelantan. Selepas ini Muhyiddin akan memberikan gred A kepada Kedah.

Kelantan, Selangor dan P.Pinang terus dipegang oleh Pakatan Rakyat dengan majority 2/3. Kelantan kukuh dengan PAS. Selangor dikuasai PKR dan P.Pinang oleh DAP. Trend ini sebenarnya amat menarik. Kita dapat lihat bagaimana 3 parti component terbesar pembangkang Malaysia cuba untuk bertahan sehingga PRU14. Rakyat sudah Nampak hasilnya dan sudah bersuara. Untuk skala negara pula, di bandar-bandar kesemuanya banyak dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat. BN menang di kawasan pedalaman. Lihat saja Najib di Pekan, dan Muhyiddin di Pagoh. Tetapi orang akan tetap anggap bahawa BN tetap mendapat mandate dari rakyat dan tetap menang

Sesiapa yang membaca nukilan aku ini pasti akan mengatakan bahawa aku seperti tidak dapat menerima kekalahan. Anda silap. Aku dah hidup di negeri Kelantan yang selama 23 tahun sentiasa dihujani pelbagai tohmahan. Tiada apa yang pelik.

Sekarang, kita sama-sama lihat adakah Najib akan mengundur diri seperti Pak Lah. Situasi sekarang adalah lebih kurang dengan apa yang terjadi pada tahun 2008. Adakah manifesto kerajaan laung-laungkan (silap akujanji) sebelum ini akan terlaksana. Bagi aku tiada perubahan besar yang akan dilakukan. Najib pasti mahu susun langkah agar dapat meraih undi kaum Cina selepas ini kerana walaupun majority penduduk adalah Melayu tetapi yang menjaga ekonomi adalah Cina. Ramai yang radikal mahu memboikot saja kaum Cina. Ini langkah paling bodoh aku dengar. Bila kau dah terima sesuatu kaum tersebut dalam negara kita, terima dia sebagai warganegara tetapi kemudian menidakkan usaha dia maka kita adalah yang paling bodoh. Jangan lihat kepada bangsa kerana bangsa tidak ada apa-apa makna sekalipun dalam dunia ini. Kita sebagai muslim kena letak Agama di atas sekali. Islam tak suruh kita benci kaum lain. Kena saling hormat menghormati. Hanya dengan akhlak baru orang lain dapat hormati kita. Ikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Kesimpulannya, banyak yang boleh dipelajari daripada pilihanraya kali ini. Untuk 5 tahun akan datang ini, sama-sama nantikan perubahan yang bagaimana pula akan muncul dan adakah apa yang kita semua harapkan akan dapat kita genggam.

p/s..sama seperti aku ada coretkan sebelum ini..siapa pun yang menjadi kerajaan, aku tetap dapat cari kerja kerana rezeki di tanggan Tuhan. Kalau tuhan nak bagi, naik la parti politik macam Nazi sekalipun jadi kerajaan akan tetap dapat rezeki juga.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share