Monday, May 27, 2013

Separuh Akhir Piala FA 2013

Derby Pantai Timur Sabtu lepas tidak mengecewakan. Rancak, Serangan, kontroversi, Air Mata, Kecewa, Kegilaan. Semua ada. Selepas wisel penamat dibunyikan, akhirnya Kelantan, tuan rumah menang dengan 4 gol berbalas 1. This is Kota Bharu akhirnya kembali.

Pada awal perlawanan Terengganu lebih rancak menyerang, aku akui serangan mereka lebih laju, lebih tajam dan Ashaari serta Ismail Faruqi bijak ambil peluang sehingga gol awal daripada Ashaari terhasil. Kemudian, Ismail Faruqi terpaksa dipapah keluar setelah bertembung dengan Obinna.Dari situ, setelah barisan tengah Terengganu dilihat sedikit goyah tanpa perancangan daripada Ismail Faruqi, Kelantan mula menyerang. Tetapi barisan pertahanan dengan Vincent kental ditambah dengan ketangkasan Sharmiza mengawal gawang.
Aku rasakan semua peminat Kelantan kecewa dengan ketumpulan barisan penyerang Kelantan pada malam itu. Tiada idea.Tiada kreativiti. Sepakan meliar. Tendakan tak kena sasaran. Fakri, Faiz, Indra, Farhan semuanya tidak menjadi. Piya juga buntu. Shakir kelam kabut mengawal bahagian tengah. Sekali sekala Terengganu melakukan serangan balas dan membahayakan gawang Apek.

Bojan masih tenang. Sebilangan penyokong sudah membilang-bilang kekecewaan yang sama seperti di Larkin akan berulang. Kemudian Dickson masuk menggantikan Fakri Saarani. Kadang-kadang kesian juga kepada Fakri. Dia bukanlah pemain yang tidak bagus sebenarnya, tapi mungkin nasibnya dalam kotak penalti amat malang. Dickson masuk terus mengemudi barisan atas. Target man. Taktik Kelantan berubah. Barisan pertahanan Kelantan selama 80 minit sebelum ini berjaya mengekang asakan bertubi Kelantan. Tetapi Dickson menggunakan kekuatannya dan berhasil menjaringkan gol penyamaan. Zairo pula masuk. Faiz Subri yang boleh dikatakan agak cemerlang bermain winger dikeluarkan. Taktikal di tengah berubah. Piya lebih ke atas. Indra pun sama. Indra berhasil menjaringkan gol kedua. Stadium bergegar. Kegilaan mula melanda. Laungan dan sorakan kembali meriah. This Is Kota Bharu kembali bergema. Semangat baru menjelma. Piya, Zairo dan Indra serta Farhan mendapat nafas baru. Dickson masih lagi mengucar kacir kan barisan pertahanan Terengganu. Sehingga satu masa 6 pemain Terengganu berada di depan kotak penalti. Penalti dihadiahkan setelah Dickson dijatuhkan oleh Sharmiza. Sharmiza sebelum ini berjaya mengawal gawang sudah seperti putus asa dengan 2 gol yang cepat berjaya bolos. Obina mengambil sepakan penalti. 3-1. Peminat Red Warrior menjadi gila. Satu kebangkitan. Masa perlawanan semakin tamat. Tapi Kelantan masih mahu mencari gol. Mahu mencari bekalan. Dickson mengelecek, mengawal kemudian memberi kepada Zairo. Zairo sebelum ini sentiasa menjadi pemain gantian, pemain utama skuad Tteam musim lepas, terkenal dengan sepakan padu dan deras kaki kanannya mengelecek seorang pemain Terengganu dan terus melepaskan sepakan kencang menggunakan kaki kiri. Sharmiza melayangkan badan, bola terus ke bucu gawang. Gol. Gol. Gol. Gol. Sorakan satu stadium. Zairo berlari tepi padang meraikan gol ke empat Kelantan. 4-1. Terengganu tidak percaya. Satu masa mereka masih lagi percaya mereka dapat menang ataupun dapat mengawal satu gol yang mereka perolehi awal perlawanan tapi sekarang, seperti Kelantan sudah menempah tiket ke Bukit Jalil sekali lagi.

Kelantan 4 - Terengganu 1. Bekalan selesa untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Jangan kalah lebih daripada 3-0 dan Kelantan akan sekali lagi bertandang ke Bukit Jalil mempertahankan Piala FA. Yang menanti samada Pahang ataupun Johor DT. JDT menang satu gol dengan Pahang di Larkin. Jaringan bertaraf Robin van Persie daripada Nunez. Mat Yo ramai yang puji pada perlawanan malam itu.Tetapi bekalan 1-0 melawan Pahang di Kuantan bukan lah satu tugas mudah. Out of respect kepada Terengganu dan Pahang, tetapi untuk tahun ini, rasanya satu Malaysia mahu melihat Kelantan menentang JDT di pentas Final untuk pertama kali. Bookie mula bersiap. FAM mula bersiap. FRU juga harus bersiap.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share