Sunday, May 5, 2013

Sketsa Pilihanraya ke 13 . 5 Mei 2013



Hari ini semua rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi di saluran-saluran yang telah ditetapkan. Sehingga tempoh masa pengundian ditutup petang nanti, pelbagai cerita yang dapat didengar di seluruh negara.Ada yang kelakar, ada yang bahalul, tak kurang juga yang cerdik serta bengap.

Pengundi hantu
Kes nie memang dah berzaman. Pelbagai cerita boleh kita letak. Ada cakap bangla datang. Indon pun diberi ic. Pakistan sudah mari. Kenapa tak bagi dekat Siam sekali? Filipina sudah ramai yang dapat ic di Sabah. Orang cina lagi mudah aku rasa sebab lagi susah nak dicam. Kalau aku jadi orang yang bertanggungjawab hendak bawa masuk pengundi hantu untuk memenangkan satu-satu kawasan, bagi je ick at amoi-amoi cina. Dorang muka cina. Kalau siapa tanya jawab je cina, tunjuk ic habis cerita. Siapa yang nak selidik dia tue cina Malaysia ataupun cina tanah besar. Nak cakap melayu? Cina Puchong pun ramai je tak reti cakap BM. Yang nie duk amek jugak bangla. Berapa kerat bangla yang dapat warganegara kita nie? Aku tak nafikan bangla memang banyak berjasa kepada negara kita. Tanpa mereka tak hidup la pam-pam minyak. Tanpa mereka siapa lah Mydin serta pusat-pusat perniagaan. Tapi untuk bagi ic? Adehh.Yang lebih haru ada juga yang kata kalau dah takut sangat pada pengundi hantu nie doa la banyak. Kan selalu buat semayang hajat seme, doa la bagi Allah turunkan malaikat ke, jin ke jadi pengundi untuk pakatan atau bagi malaikat tutup mata bangla. Disini aku tak tahu nak kata apa. Sama ada tukang komen sedemikian bersekolah atau tidak ataupun bersekolah tapi hati dah banyak taksub dengan macai-macai dacing. Ya, betul pakatan selalu berdoa dan hanya Allah yang berhak bagi kemenangan kepada sesiapa yang dia mahu. Lihat Firaun sebagai contoh, apa ingat Nabi Musa tak berdoa bagi Allah turunkan bala kepada Firaun. Bukan sekejap Nabi Musa dakwah Firaun. Allah ada perancangannya tersendiri. Sama seperti kita lihat keadaan di Palestin. Dah berapa lama Israel tindas rakyat Palestin. Ingat rakyat palestin tak buat apa-apa? Ingat diorang tak berdoa. Tapi kenapa Allah tak balas lagi? Allah maha besar. Allah ada perancanganya yang tersendiri. Dalam konteks pengundi hantu nie, siapa kita nak persoalkan apa yang allah akan buat? Kita berdoa sudah. Berusaha sudah maka berserah tawakal. Kalau allah tak bagi sekarang, nanti akhirat kelak dapat jugak. Sama dengan konteks keputusan pilihanraya nanti. Kalau BN menang ramai akan cakap, sia-sia je perjuangan, tak berbaloi solat atau doa. Tak sia-sia langsung. Usaha lagi. Mintak dengan Allah lagi. Sedar atau tidak bukan kuasa kita. 

Dakwat Kekal
Sebelum ini sebagai salah satu inisiatif SPR untuk buktikan pilihanraya berjalan dengan lancar adalah dengan penggunaan dakwat kekal. Ramai yang laporkan dakwat tak kekal seperti yang diuar-uarkan. Duit berjuta habis untuk beli dakwat. Ramai juga yang cakap memang la dakwat tak kekal kalau dah pergi gosok dengan sabun pencuci semuanya. Masalah disini bukan cara mencuci atau semua. Tapi SPR dah cakap dakwat akan kekal. Jadi rakyat dah bagi duit untuk pergi beli dakwat kekal untuk digunakan. Tapi sekarang nie dakwat tak kekal. Bila dicuci akan tanggal dan hilang. Jadi apa guna beritahu awal-awal yang dakwat kekal. Baik tak payah guna dakwat. Guna mekanisme lain. Sekarang duit membazir begitu sahaja. 

Amaran Polis
Media banyak laporkan polis akan ambil tindakan pada sesiapa yang akan buat kekecohan pada 505 nanti. Kononnya aka nada himpunan dan kekecohan yang berlaku. Ramai juga yang tuduh pakatan akan merusuh sebab kalah nanti. PKR dah selalu kalah, DAP pun sama. PAS pun dah selalu kalah. Ada tiga parti nie buat rusuhan sebelum ini? Tahun 2008? PRU 10? Tak ada pun. Ada yang meninggal dunia? Ada yang cedera buat demonstrasi dari bendera hijau sebab kalah pilihanraya? Seingat aku taka da lagi. Semua nie satu taktik psikologi. Nak gambarkan negara huru hara kalau satu parti nie menang. Pakatan kalah di Perak takde rusuhan. Pakatan kalah di Terengganu sebelum nie takde rusuhan. Atau mungkin parti Dacing tak bleh terima kekalahan? Sebab tak pernah kalahkan. Politik memang licik.

Kesimpulannya, segala yang diusahakan selama nie dah berjalan. Sekarang semua akan tunggu keputusannya nanti. Apa jua keputusan, pasti banyak yang akan dipersoalkan. Tak kira daripada parti biru atau pakatan. Yang selamanya akan jadi mangsa adalah rakyat. Tapi rakyat juga yang bersalah sebab mereka yang berkuasa menentukan semuanya. Kena ingat satu je, manusia nie senang berubah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share