Monday, May 20, 2013

Utusan Melayu dah Kaya


Sehari dua nie heboh pasal Utusan Malaysia sedang mengkritik Air Asia. Kemudian ada orang Perkasa membidas Air Asia pula. Yang sokong Utusan mula laungkan mahu memboikot Air Asia sebagai salah satu agenda ketidakpuas hati berkenaan dengan 'tsunami cina'. Utusan sebelum ini dianggap sebagai lidah 'Kaum Melayu' di Malaysia telah mengeluarkan artikel bertajuk ' Apa lagi Cina mahu?'. Selepas itu, ramai yang cakap dalam dunia blog, dunia maya, malah ada juga kot terkeluar di media massa yang Melayu patut memboikot segala perniagaan kaum Cina sebagai balasan mereka tidak mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya baru-baru ini.
Sekarang nampaknya, Utusan dah kaya dengan tindakan mengkritik Air Asia. Lepas nie aku akan terkejut kalau Utusan masih lagi mendapat iklan daripada Air Asia. Sekarang nie, kalau kita belek mana-mana surat khabar, iklan Air Asia memang berlambak dan Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang boleh dikatakan sentiasa mendapat untung. Lihat saja Tony Fernandez, pemilik Air Asia yang dah kaya raya boleh beli QPR, sebuah kelab bola sepak liga perdana england. Utusan tak heran dengan iklan Air Asia, berlambak lagi syarikat Melayu yang lain yang akan membeli iklan dalam Utusan. Utusan juga semakin meningkat pembacanya. Lihat saja dalam setiap kementerian dan sekolah-sekolah,semua ada surat khabar Utusan setiap hari. Orang Felda-felda semua borong Utusan. Kat kolej aku nie Berita Harian sentiasa ada. setiap pensyarah akan mendapat Berita Harian percuma setiap hari.Sungguh kaya Berita Harian kerana dapat membeli naskah percuma setiap hari kepada lebih kurang 50 orang staf di kolej sini. Ini baru satu kolej, belum lagi kira sekolah dan kolej-kolej yang lain.


Rancangan memboikot perniagaan orang cina nie aku sokong. Teramat sokong. Buat apa Melayu nak beli dari Cina. Walaupun Melayu jual harga mahal kita sebagai Melayu kena tetap beli dari Melayu juga.Kita kena sanggup beli barang tak berkualiti dari Melayu. Lepas nie jangan jejak kaki di Old Town. Old town tue pemilik Cina. Nak beli barang dapur jangan pegi Tesco, Giant dan sebagainya. Semuanya manager cina. Bank pun sama. Pergi Bank Islam je. melayu tue. Tukar sparepart kereta pun sama. Walaupun kedai tayar cina tue ada pekerja Melayu, kita kena marah pekerja tue sebab berkerja dengan Cina. Kena pergi tukar tayar kedai Cina je. Ajar Cina sket. Kalau semua Melayu bergabung baru Cina tunduk dengan Melayu. Bagitau kat Menteri Kabinet, tutup Genting Highland, tauke Cina ramai kat sana. Orang Melayu adalah penganut Islam jadi mana boleh berjudi, jadi tutup saja Genting tempat berjudi, baru Cina tak tahu nak berjudi kat mana. Utusan memang hebat. Utusan sentiasa kebal. Aku tabik dengan Utusan nie.
Patut acara memboikot nie kita perluaskan lagi kepada kaum-kaum lain. Hanya Melayu saja yang tak perlu boikot. jangan pergi beli barang kedai India. India ada juga yang pangkah pakatan. Boikot kaum di Sabah dan Sarawak yang bagi kerusi kepada pakatan. Boikot juga kedai-kedai pemilik orang Kelantan, Selangor, Pulau Pinang. Bila kita, Melayu boikot baru diorang tahu sakit baru lah diorang akan pangkah barisan pilihanraya akan datang. Patutnya kita boikot juga mamak dari Pulau Pinang. Kalau mamak pangkah pakatan sebelum nie dah tentu Barisan menang di Pulau Pinang tue. Ini Mamak bagi juga kat Lim Guan Eng pegang Pulau Pinang. Lepas nie jangan lepak kedai mamak tengok bola, cari saja kedai melayu. Tukar makan kedai mamak dengan beli nasi kedai Indon pula. Indon kan Melayu juga.
Boikot semua. Jangan beli juga surat khabar lain. Beli utusan je. Utusan surat khabar paling hebat.Utusan perjuangkan Melayu. Patut semua budak sekolah dan pelajar u diwajibkan baca Utusan setiap hari. Baru kaum Melayu jadi hebat. Ganti UMNO dengan Perkasa. Perkasa lebih kuat perjuangkan Melayu dari UMNO. UMNO banyak kalah baru nie jadi kena tukar. Perkasa akan lebih hebat. Orang-orang di kampung dan Felda semua nak Perkasa pula sekarang nie. Lepas nie jangan bercuti di luar negara. Kena sokong MAS. Tak mengapa tambang mahal. Untuk Melayu juga.

p/s..entri scarstik..tak paham jangan tanya.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share