Monday, June 24, 2013

Perihal Jerebu 2013

Sejak minggu lepas, Singapura dan negara kita sekali lagi dilanda oleh jerebu yang teruk. Daerah di Muar dan bahagian Selatan Semenanjung Malaysia mencatatkan kadar IPU yang sangat berbahaya. Malah sekolah di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur telah diarahkan bercuti hari nie dan perintah darurat dikeluarkan di Muar apabila kadar penglihatan akibat jerebu ini boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Sekarang nie aksi tuding jari mula berlaku. Indonesia kata syarikat daripada Malaysia dan Singapura yang menyebabkan kebakaran terbuka hutan di Sumatera yang mengakibatkan jerebu manakala Singapura mahu Indonesia bertanggungjawab apabila gambar daripada satelit menunjukkan titik panas akibat pembakaran terbuka dilakukan dalam kawasan Indonesia. Malaysia masih lagi senyap mungkin menyusun kata-kata diplomatik.
Ramai orang gelisah dan risau dengan jerebu ini. Malah keadaan jerebu pada kali ini lebih teruk berbanding tahun-tahun yang lepas. Yang paling merisaukan adalah kesan kesihatan keatas kanak-kanak, warga tua dan bayi-bayi kecil di kawasan-kawasan yang mencatat IPU sangat tidak sihat dan merbahaya.
Semoga ketiga-tiga kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dapat mencari penyelesaian untuk selesaikan masalah ini sekurang-kurangnya untuk menjaga rakyat masing-masing. Semoga Allah mengutuskan angin membawa hujan bagi meredakan sedikit keadaan jerebu seterusnya menggembirakan orang ramai yang terkesan dengan fenomena jerebu ini.

p/s..Semalam nifsu syaaban tapi terpaksa berkejaran kesana kemari. Lagi dua minggu Ramadhan akan menjelang. Persiapan perlu dimulakan dari sekarang.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share