Saturday, June 29, 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 - Kelantan vs Johor DT

29 Jun 2013.. Tarikh yang ditunggu ramai peminat bola sepak khususnya daripada Pantai Timur Semenanjung dan bahagian Selatan. Kelantan akan berentap dengan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam ini.Pelbagai kontroversi sebelum ini. Kalau nak cakapkan hype, rasanya tak perlu sebab sudah satu Malaysia mengetahui kedua-dua pasukan ini.

Dan pada malam ini rakyat Malaysia akan berpecah dua. Ada yang mahu Kelantan kekalkan trofi Piala FA. Ada yang mahu JDT angkat satu piala malam nie. Ada juga yang mahu tengok siapa akan pandu Audi baru yang dijanjikan oleh TMJ nanti. Lupa juga, esok dikatakan birthday bagi TMJ. Jadi pasti Fazura tengah sibuk rancang majlis sambutan birthday TMJ nanti.

Walaupun jerebu diberitakan sudah berkurangan dan IPU di kebanyakkan bandar semenanjung sudah baik, tetapi malam ini jerebu dalam Stadium Bukit Jalil pastinya akan sangat tebal daripada semangat kedua-dua penyokong Red Warrior dan JDT. Buat peminat Red Warrior, kontroversi isu tiket sebelum ini nampaknya sudah reda walaubagaimanapun sang ulat-ulat tiket kena berhati-hati takut kena belasah beramai-ramai di perkarangan bukit jalil nanti. Buat peminat JDT pula, pastinya pengalaman masuk ke Bukit Jalil untuk pertama kalinya pasti sangat mengujakan.

Kelantan dilihat sebagai pasukan pilihan walaupun sebenarnya JDT adalah pasukan pilihan sejak daripada awal tahun lagi setelah membelanjakan banyak wang dan telah awal-awal lagi melaungkan azam mahu merampas setiap piala yang ada dalam kancah bola sepak tempatan. Rata-rata pemain Kelantan sudah biasa bermain dalam pentas final kerana sejak daripada tahun 2009, Kelantan sentiasa akan masuk pentas perlawanan akhir samada di Shah Alam ataupun di Bukit Jalil. Jadi tekanan sudah dapat diserap.
Dari segi atas kertas, barisan pemain JDT lebih ternama meskipun tanpa kehadiran Aidl Zafuan nanti pada malam ini. Namun dari segi keserasian dan prestasi semasa, Kelantan lebih nampak bernafsu. Bahagian Serangan lebih tajam bagi pihak JDT. Barisan tengah Kelantan lebih menyerlah dengan kekuatan Piya dan Shakir.

Malam ini boleh dikatakan kedua-dua pasukan berpeluang memenangi perlawanan. Pasukan yang pandai mencuri peluang akan layak menjadi juara. Jika Piya dapat gunakan prestasi semasa melawan Terengganu dan pahang, shakir dapat menjadi tenang seperti biasa, Obinna kental seperti kebiasaanya di bawah dan Nwakaeme dapat mengucarkacirkan pertahanan JDT, Kelantan akan dapat kekalkan Piala FA di bumi Cik Siti Wan Kembang.

Gomo Kelate Gomo

ps- harap perlawanan sengit malam nie. jangan pemain Kelantan banyak buat kesilapan bodoh dan sentiasa fokus.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share