Friday, July 12, 2013

10 yang Paling Mengecewakan dalam arena bola sepak tempatan

Salam Ramadhan kepada semua. hari ini kita semua dah selamat masuk hari ketiga berpuasa. Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan yang baik hendaknya. Musim ramadhan yang datang kali ini amat sesuai dengan para peminat dunia bola sepak tempatan khususnya kerana liga super dan piala fa dah berakhir. Jadi, kita semua dapat berehat dan menumpukan kepada ibadah serta memperbaiki diri. Namun selepas raya nanti saingan Piala malaysia akan bermula dan semua pasti mahu merebut piala paling berprestig dalam negara kita itu. Dalam kita bercakap mengenai Lions yang menjuarai Liga Super dan Kelantan yang mengekalkan trofi Piala FA, ada baiknya juga kita berbicara mengenai yang paling mengecewakan dalam saingan liga dan piala untuk tahun ini. Dalam website goal.com, ada mengeluarkan artikel yang lebih kurang sama dan sedikit sebanyak aku bersetuju dengan apa yang goal.com coretkan.
  1. Safiq Rahim - memang paling mengecewakan dalam saingan liga super ataupun Piala FA. Sebelum ini , Kapten Negara dan anak kesayangan Rajagopal ini dilabel antara senjata utama JDT yang dibeli daripada Selangor. Safiq diharapkan dapat mengemudi jentera tengah JDT dengan limpahan bintang-bintang namun yang terjadi adalah sebaliknya. Safiq tenggelam sehinggakan Fandi Ahmad sendiri selaku pengendali JDT hanya meletakkan beliau di bangku simpanan. Dalam liga dia kurang membantu di barisan tengah . Dalam perlawanan akhir Piala FA, akibat kesilapannya terlepas bola memberikan gol kepada Kelantan. Musim ini, Piya lebih menonjol daripada nya. Safiq hanya lebih tertonjol dengan kisah cintanya dengan Zandra. Untuk musim depan, JDT dikatakan mahu menjualnya. Selangor tidak mahu mengambilnya. Kemana safiq selepas ini.
  2. Safee Sali - rakan bagi Safiq Rahim dalam skuad JDT dan Malaysia. Antara penyerang paling top di Malaysia sebelum ini dan pernah bermain di Liga Indonesia dan menjadi wira bagi malaysia di sukan sea. JDT membelinya dengan harga yang mahal dengan harapan dia dapat bersama-sama Mat Yo dan penyerang import (Guiza / Nunez) mencipta jaringan. Tapi, Mat yo lebih cemerlang. Nunez dan Guiza lebih banyak hasilkan gol daripadanya. Safee selalu cedera. Bila diberikan peluang, tiada lagi kelibat penyerang berkelas seperti dulu. Tempatnya dalam skuad Malaysia juga semakin terancam. Lihat saja bagaimana dia dikeluarkan pada minit ke 14 dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.
  3. JDT - aku bukan anti JDT meskipun aku adalah peminat tegar Kelantan tetapi jika kita lihat pada rekod yang sedia ada serta bandingkan dengan laungan-laungan yang dikeluarkan harimau selatan pada awal musim., JDT memang mengecewakan dalam saingan liga dan piala fa.Pada awal musim mereka melaungkan cabaran mahu mengungguli tiga piala tapi kesudahanya, dua trofi terlepas dan puncanya adalah daripada mereka sendiri. Lihat saja pelaburan yang mereka buat pada awal musim.Daripada pertahanan sampai ke penyerang semuanya bertaraf bintang malah berjaya mendapatkan Guiza, pemain antarabangsa Sepanyol.Tapi pada penghujung saingan liga dan perlawanan Piala FA, pemain-pemain JDT seperti hilang inspirasi menyebabkan mereka hanya mendapat tempat ketiga liga, tidak layak untuk ke AFC, tewas kepada Kelantan dalam Piala FA.
  4. T-Team - di mana mahu mulakan berkenaan dengan Tteam daripada Terengganu ini. Pada satu masa ramai yang menjangkakan dengan pelaburan besar pada awal musim Tteam mampu menyaingi sekurang-kurangnya tempat 4 atau 5. Peter Butler bermasalah. Pemain Import tak tunjukkan prestasi yang sewajarnya. Sehinggakan Tteam hanya mengharapkan perlawanan terakhir liga untuk terus berada dalam liga super pada musim hadapan. 
  5. Negeri Sembilan - Bekas Juara Piala Malaysia kecundang daripada Liga Super untuk musim depan. Salah pengurusan? Salah pemain? Salah jurulatih? Pada awal musim negeri sembilan berjaya dapatkan jurulatih import yang cv sangat bagus tetapi rentetan kekalahan dialami. Pengurusan campur tangan. Meskipun musim ini sangat mengecewakan kepada negeri sembilan, sekurang-kurangnya Nazrin Nawi , pemain sayap mereka mendapat pujian ramai pihak.
  6. FAM - banyak kontroversi yang terjadi yang seharusnya mendapat perhatian penuh daripada FAM dalam usaha memperbaiki lagi mutu bola sepak tempatan. Keadaan stadium, pengurusan perlawanan, kualiti pengadilan dan bermacam lagi isu sering dibangkitkan dalam liga super dan piala fa tetapi masih tidak mendapat reaksi yang sepatutnya daripada FAM. Tahun ini sekali lagi FAM sangat mengecewakan.
  7. ATM- Naib juara Piala Malaysia tahun lepas dan juara piala sumbangsih pada tahun ini hanya menduduki tempat ke 5 dalam liga super dan kalah pada pusingan awal dalam piala fa. Ya, salah satu faktor yang boleh dibicarakan adalah mengenai kehilangan ramai tonggak utama mereka pada awal musim. tapi pada satu masa, ATM dilihat antara pencabar utama dalam liga super dengan Marlon Alex James menjadi pemusnah utama mereka. Mungkin diatas kebergantungan mereka kepada Marlon menyebabkan ATM dirundung kekalahan apabila Marlon digantung perlawanan dan juga mendapat kecederaan. Hairuddin Omar tenggelam pada musim ini. Marteloto juga tidak menyengat pada musim ini. 
  8. Felda - Seperti juga Negeri Sembilan. Felda berbelanja besar pada awal musim dalam usaha untuk mendapat tempat yang lebih baik berbanding musim lepas namun selepas liga berjalan, Felda seperti hilang punca dan terus memberikan persembahan yang tidak konsisten. Pada satu masa mereka mampu mengikat JDT tetapi kalah kepada Tteam. Mereka mampu beri saingan kepada Kelantan tetapi kalah teruk kepada Pahang. Akhirnya Felda terpaksa bermain dalam liga perdana pada musim depan. Satu pencapaian yang mengecewakan kerana pemain-pemain yang mereka ada tidak kurang hebatnya. Azmi Muslim, Amar Rohidan adalah bekas pemain negara dan mereka tidak mampu mengemudi Felda menuju kemenangan. Felda juga mendapat Mohamad Ghaddar, bekas penyerang Kelantan tetapi dia hanya sempat bertahan hanya beberapa bulan sebelum mendapat kecederaan serius dan dilepaskan.
  9. Owona - Bekas Pemain Negeri Sembilan yang pernah menjadi Penjaring Gol Terbanyak musim lepas menyertai Terengganu dengan harapan dapat mengemudi barisan serangan Terengganu pada musim ini. Namun entah dimana silapnya, Owona tidak mampu menterjemahkan jaringan-jaringanya seperti dahulu. Ditambah dengan kecederaan serius yang dialaminya membantutkan lagi persembahanya diatas padang. Beberapa insiden kekasaran dan ketidak matangan Owona seperti dalam perlawanan menentang Kelantan membuatkan Owona antara pemain yang mengecewakan pada musim ini.
  10. Kelantan dan Selangor - Ya, dua pasukan ini mendapat tempat yang kukuh dalam liga namun persembahan mereka dalam saingan AFC adalah sangat mengecewakan. Kedua-dua pasukan hanya mampu melangkah ke saingan kedua. Kelantan yang sebelum ini berjaya ke saingan suku akhir tidak mampu mengulanginya pada tahun ini. Kedua-dua pasukan menyalahkan kepadatan jadual yang tidak memberi kelonggaran kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada saingan AFC. Dengan tiadanya wakil daripada Malaysia, status liga negara kita dilihat masih lagi jauh ketinggalan berbanding negara lain. 
Setakat itu dahulu. Selepas bulan puasa ini Saingan Piala Malaysia akan bermula seterusnya Sukan Sea akan berlangsung. Peminat tempatan akan terus berikan sokongan dan pasukan tempatan diharap dapat memberi persembahan yang berkualiti setiap masa.
 

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share