Monday, July 15, 2013

Harga Ayam Naik


Sekarang kecoh mengenai kenaikan harga ayam. Diberitakan ada di satu tempat harga ayam bagi sekilogram mencecah RM 10.. Memang cekik darah. Sekarang semua keluarkan kenyataan. Ada cakap sebab bekalan tak cukup. Ada cakap pemborong mainkan harga. Ada yang cakap peruncit yang main kan harga. Ayam merupakan satu komuditi yang penting bagi kaum melayu khususnya dalam bulan Ramadhan ini. 

Sekarang ini jika berlarutan, menghampiri Aidilfitri lagi parah keadaan terutamanya bagi pengguna. Jika harga ayam terus melambung, alamatnya tak makan la rendang ayam, tak jumpa la satay ayam takpun tak rasa la colek ayam. sekarang semua barang yang berkaitan dengan ayam pun dah naik harga mendadak. Ayam percik, ayam madu, satay ayam. colek ayam, kari ayam, gulai ayam, serba serbi. Semuanya menyakitkan kepala.
Kemudian ada pulak seorang menteri memberi cadangan paling bernas iaitu elakkan makan ayam kalau didapati harga naik.Beliau cadangkan tukar ayam dengan benda lain. Lepas nie satay ayam ganti dengan satay ikan, arnab takpun rusa. Rendang ayam tak akan dihidangkan time pagi raya tapi rendang daging unta mungkin ataupun rendang ketam sebab kalau harga ayam sama dengan harga ketam baik beli ketam takpun sotong dan udang.Ayam golek akan diganti dengan kambing golek. Mujur menteri yang sama tak bagi cadangan kepada orang ramai suruh mula ternak ayam sebagai alternatif dapatkan bekalan ayam. Kalau kerajaan saran suruh ternak ayam, lepas nie penuh la ayam-ayam daging di Precint-precint Putrajaya. Lepas nie semua majlis berbuka puasa anjuran mana-mana kementerian kerajaan tak boleh ada masakan ayam.

Memang bernas idea seorang menteri yang dilantik oleh rakyat ini. Apa gamaknya jawapan orang ramai untuk saranan tukar daging ayam nie.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share