Friday, July 5, 2013

Kelantan lawan Lions 12 - 6 Julai 2013

Malam esok perlawanan terakhir liga super bagi musim 2013 ini. Lions, pasukan jemputan FAM telah selamat menjulang trofi Liga Super pada minggu ini. Satu pencapaian yang sangat baik bagi pasukan daripada Singapura ini tapi satu tamparan hebat bagi Malaysia, khususnya FAM dan seluruh warga bola sepak Malaysia. Malam esok Lions akan menghabiskan baki perlawanan dan akan bertemu dengan Juara Piala FA musim ini, Kelantan di gelanggang keramat. Tahun lepas, tahun dimana Kelantan sangat kebal dengan menjulang tiga piala, membelasah Lions di KB.Namun pada tahun ini Kelantan merudum tapi masih mampu mengekalkan kejuaraan Piala FA. 

Kelantan masih lagi segar daripada kejayaan manis menewaskan JDT dalam saingan Piala FA pasti mahu mengakhiri liga dengan kemenangan di tempat sendiri. Lions pula sekadar menghabiskan sisa-sisa liga yang masih ada. Malam esok, ramai orang rasanya lebih tertumpu kepada perlawanan antara JDT dan Selangor yang lebih sengit untuk menentukan siapa mendapat slot ke AFC dan tempat kedua liga.

Bercakap mengenai perlibatan Lions dalam liga malaysia. Ramai yang sudah bercakap bahawa Singapura mungkin akan sekali lagi mengecapi kejayaan hujung tahun nanti dalam Sukan Sea kerana keseluruhan pemain Singapura adalah daripada pasukan Lions. Malaysia pula masih dilihat terumbang ambing dibawah FAM. Tapi sebenarnya banyak juga perkara yang dipelajari oleh pasukan-pasukan Malaysia semasa melawan Lions. Kalau diperhatikan, Lions banyak buat gol daripada hantaran silang dan set piece samada daripada sepakan sudut ataupun tendangan percuma. Jadi banyak jurulatih yang memperkuatkan pertahanan mereka untuk menghadapi Lions. Begitu juga banyak pasukan yang sudah mula sesuaikan diri bermain di padang tiruan di jalan besar.Mungkin sekarang kita akan cakap yang Lions lebih banyak untung bermain di liga kita berbanding kita yang menerima kedatangan mereka.tapi pasti nanti kita akan nampak faedah-faedahnya. Sekurang-kurangnya bila Lions masuk, liga kita lagi meriah. Ramai orang singapura mula datang ke KB, Terengganu contohnya. Orang Pahang pun ada pergi Orchard Road tunggu bola di stadium jalan besar. Aku bukan sepenuhnya menyokong Lions. Aku juga tak menentang sepenuhnya Lions dalam liga kita. Tapi kita kena tengok dengan minda yang terbuka.Liga Singapura sendiri banyak pasukan yang dijemput. Dalam liga kita nie, perlukan lebih banyak asimilasi luar.Contonya daripada pemain import, jurulatih import. Pemain import pula bukan semata-mata daripada brazil atau argentina ataupun afrika. Patutnya pemain import daripada Asia juga patut mula ditarik bermain di negara kita. banyak kita bleh belajar. Penglibatan Lions juga bagi banyak manfaat. setidak-tidaknya kita dapat belajar bagaimana sebuah pasukan negara tue bermain dan diuruskan. Kalau kita perhatikan, secara statistiknya, corak permainan kebanyakkan pasukan kelab dan negeri dalam liga kita adalah lebih kurang sama je. Jenis tolak bola, pastu lari, pastu buat sepakan, ataupun jenis yang gelecek, kemahiran individu lebih. sekurang-kurang Lions datang bagi pengajaran kepada kita yang bola sepak nie banyak jenis. takde la orang kata kita nie jenis jaguh kampung je. barulah kita boleh bersaing dengan lebih kompetitif. 

Sekarang FAM kata mungkin Lions tak lagi bermain di liga kita bila kontrak dengan Singapura habis.Sultan Bola sila bagi pandangan. Apa-apapun, malam esok sama-sama kita nantikan Juara Liga Super akan menentang Juara Piala FA di Kota Bharu

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share