Monday, July 8, 2013

Kes Atlet SUKMA dirogol

Petikan daripada berita semalam..Sekarang SUKMA diadakan di KL..Dan yang menjadi perkampungan sukan salah satunya adalah kampus kediaman UPM dan aku rasakan UKM turut menjadi perkampungan sukan. Jika kita lihat daripada laporan berita nie, memang sesuatu yang sangat memalukan kepada sukan negara. lagi malu MSN sendiri. Yang turut kena tempias pastinya UPM sendiri. Kenapa? Mungkin kurang pengawasan. Bebas sangat.Sampaikan sebelum kejadian rogol itu berlaku, boleh pulak ramai-ramai minum arak di gelanggang bola keranjang. Terlampau bebas.Para pegawai pasukan pun mesti turut sama kalau tak takkan diorang semua berani buat macam tue. Almaklumlah sendiri bila dah mabuk. Aku bukan nak kutuk tapi kita semua rakyat Malaysia patut bersuara. Kerana kita ada hak, duit siapa yang kerajaan bayar elaun kepada atlet sukma masing-masing? duit siapa MSN guna untuk anjur Sukma? Duit siapa yang digunakan buat beli pingat serba serbi tue? Duit rakyat. Pembayar cukai. Jadi kami semua ada hak.

Kes macam nie mendapat perhatian yang serius sebab ada versi yang mengatakan atlit yang kena rogol tue baru berusia 19 tahun. Dan para perogol pula dalamlingkungan 18-20 tahun. Masih amat muda. Aku tak pasti la samada diorang nie melayu atau kaum lain. tapi kalau kaum lain pun rogol tetap salah. Minum arak di tempat terbuka pun salah jugak disisi undang-undang. Bila dah mabuk macam-macam benda boleh terjadi. Jadi 20 peratus kesalahan adalah sebab minum arak tue sendiri. Kot ye pun nak hilangkan tekanan sebab kalah takkan sampai kena minum arak sampai. Bila masing-masing dah mabuk, macam-macam hal jadi. Tue nasib baik mangsa sedar awal. kalau lebih lama. Buatnya perogol tue takut, pergi bunuh ke apa dengan C4 tak naya. Memang sukan kita mendapat malu besar dengan kes sebegini. 60 peratus punca kes nie terjadi adalah disebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sukan pun bersukan juga.Batas kena jaga kan.Sekarang kita tunggu reaksi daripada orang besar dalam sukan. MSN, KBS dan selebihnya kena bersuara. lagi 2 hari umat Islam nak berpuasa tapi dihidangkan pula dengan kes sebegini. harapnya polis cepat bertindak dan tangkap yang mana-mana bersalah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share