Sunday, July 14, 2013

Kes Pergaduhan Kaum di Klang

Semalam kalau tak silap aku daripada FB banyak orang upkan status berkenaan dengan kejadian tetak menetak, gaduh, belasah dan pelbagai lagi antara orang Melayu dan India.Puncanya juga bermacam-macam. sumber pun ada yang boleh percaya ada yang tak boleh percaya.

Hari ini dalam media pihak polis dah bagi amaran jangan percaya pada khabar angin. Sekarang kita semua aku rasa keliru. yang mana satu mahu percaya. Tapi betul la, kalau terlampau percaya susah jugak. Tapi kalau kurang percaya bimbang langkah yang sepatutnya diambil dah terlambat.Kadang-kadang benda macam nie bila terjadi, aku tak katakan kepada mana-mana kaum. Samada melayu vs cina, vs india ke, vs kaum-kaum lain. vs PATI ke, bila dibawak oleh mulut orang yang lebih parah sebenarnya. Dan aku tak mahu labelkan mana-mana kaum kerana bilamana namanya manusia semua akan rasa marah dan berdendam. Jadi semua kaum sama je. Agama? ada ke agama yang wujud atas dunia nie yang menggalakkan penganutnya berdendam? membalas? ataupun merusuh? setahu aku tak ada.

Mungkin orang akan cakap kalau kita tak ada kat tempat tue kita tak bleh cakap la. sebab itu yang aku cakapkan di awal-awal tadi benda nie semua masih samar. dan bukan tak pernah terjadi kes-kes macam nie, dah banyak berlaku. Samada disiarkan ataupun disembunyikan je. satu lagi, kes-kes sebegini menguatkan lagi hujah bahawa negara kita sebenarnya masih jauh lagi dengan titik perpaduan yang kita sering kali laungkan. Ya, kes terpencil tapi kes terpencil sebegini yang mencerminkan corak keretakan dari segi sosio politik dan demografi dalam negara kita.

Semoga semuanya akan selamat dan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Kadang-kadang semua ini hanya satu helah dan ditutupi oleh sindiket jenayah terancang ataupun kumpulan gengster. Semuanya banyak kemungkinan. 

p/s dah mau melangkah ke minggu kedua bulan Ramadhan. banyak dugaan dan cabaran.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share