Sunday, July 28, 2013

Kumpulan Piala Malaysia 2013

Petang semalam dah berlangsung undian untuk tentukan kumpulan Piala Malaysia yang akan bermula pada 20 Ogos nanti. Kalau daripada siaran langsung yang dibawakan oleh Astro Arena, dewan untuk buat undian tue semacam tak bermaya je. Mungkin sebab bulan puasa tapi atau juga mungkin FAM dan Astro tak tahu nak buat macam mana bagi sesuatu event tue macam nampak meriah takde macam tak bermaya je. 


Berbalik kepada undian. Semua pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia dah mengetahui nasib masing-masing. Ada yang tak puas hati, ramai yang lega dan ada juga yang mula rasa 'nervous'. Kelantan tahun ini akan masuk dalam kumpulan maut. Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam satu kumpulan yang sama. Cabaran yang agak sengit. Semua pasukan kuat. Terengganu kalau ikut rekod memang sengit bagi cabaran kepada Kelantan. Pahang juga tak kurang rekodnya sebelum nie. Negeri Sembilan memang dalam saingan liga teruk tapi dalam Piala Malaysia kali ini mungkin akan bagi saingan sengit. Jadi dalam kumpulan C nie, sesiapa pun tak boleh nak dabik dada sangat. Semua pasukan ada peluang untuk muncul juara dan melangkah ke saingan suku akhir. Sekurang-kurangnya dah dapat kenal pasti lawan-lawan yang mungkin dalam saingan suku akhir nanti. 

Semua pasti dah bersedia dan terus akan berlatih memperkuatkan pasukan masing-masing. Walaupun dalam kumpulan maut, bagi aku kelantan bernasib baik kerana hanya lawan Negeri Sembilan yang jauh.Kuantan dan Kuala Terengganu tidak lah jauh sangat jadi akan memberikan kelegaan kepada anak-anak buah Bojan Hodak. Sekiranya Kelantan mahu melangkahkan kaki ke suku akhir, Kelantan perlu mendapatkan tiga kemenangan di tempat sendiri dan sekurang-kurangnya satu kemenangan di tempat lawan tak kisah di Paroi ataupun Kuantan atau kuala Terengganu. Dan jika dapat menjadi juara kumpulan, Kelantan dapatlah elak bertembung pasukan pilihan yang lain. Sekiranya prestasi sebelum ini berjaya dikekalkan, kelantan dapat melangkah ke saingan suku akhir nanti. 

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share