Friday, July 19, 2013

Penangan Ashraf Muslim

Dua tiga hari ini heboh dalam media sosial dan dah berjangkit ke dunia percetakan mengenai rumah tangga Asraff Muslim. Ashraf Muslim ini yang aku dapat tahu adalah pengamal perubatan Islam dan dulu seorang pelakon. Memang kacak dan ramai orang tergila-gilakan dia dulu. Dia sebelum ini dah berkahwin dengan Dayana (aku tak pasti nama sebenarnya) masih lagi pelajar dalam perubatan. yang jadi kecohnya sebab Ashraf dan terkantoi berkahwin di Thailand dengan Wan Sakinah. Aku sendiri pun tak kenal siapa Wan Sakinah nie.

kemudian, dalam kekalutan ramai orang bercakap pasal hal nie, ada pula keluar puisi yang dikatakan ditulis oleh Dayana, isteri pertama Ashraff tue. Siapa yang baca memang confirm akan dapat merasa apa yang Dayana rasa (kalau memang dia yang tulis lah kan). Tapi ada pulak keluar berapa komen yang macam menyokong Ashraf menikah seorang lagi. Yang lebih teruk siap mengutuk perwatakan dayana(isteri pertama Ashraf)




Kadang-kadang aku pelik masyarakat nie. Satu hal yang kita tak ada hak nak kutuk sesiapa pun. orang tue cantik ke hodoh ke bukan nya hak kita untuk menilai. Mungkin ramai yang kutuk tue kecewa atau iri hati sebab dia tak mampu dapat macam Dayana. Di sini bukan aku nak sebelahi sapa-sapa tapi sekadar bercakap daripada pandangan sendiri sahaja.


Ada hal yang kedua pulak mengutuk Wan Sakinah yang dikatakan perampas suami orang. Ya, jika sekali tengok memang begitu la perihalnya.Tapi mungkin hal yang sebenarnya tidak sebegitu, siapa yang tahu kan. Dalam dunia hiburan nie memang tak bleh lari dah daripada semua nie.


Ya, tanggapan awal memang kesian Si Dayana tue Ashraf buat macam tue. Macam ada ramai yang bagitau, kalau betul-betul nak kahwin berterus terang je lah. jangan bagi alasan tak dapat zuriat la. Apa ingat semua yang kahwin lebih daripada satu sebab isteri pertama tue mandul ke apa. Satu lagi yang mereka baru je kahwin 2 tahun, dah jumpa doktor pakar ke yang bagitau memang tak akan dapat anak. pelik. Tapi pada masa yang sama boleh dijangka. Kerana apa? bila kita perkatakan tentang dunia seni nie, mahu atau tidak kena terima yang hampir semua anak seni memang hipokrit. Ya, kita akan cakap mana ada dia dah berubah kerana Allah. Kalau Allah nak ubah dia, dia sendiri tak akan cari hal. Sekarang ini semua terkena tempias. Dalam dunia luar, Ashraf akan sentiasa dicop lelaki tak guna. Tempiasnya kena juga pada semua kaum lelaki. Kaum wanita mesti cakap, kalau sekacak sealim Ashraf Muslim pun bleh nak berkahwin dua dan menipu, yang lain-lain yang muka ala kadar (aku lah tue) apatah lagi kan. Sunnah Berkahwin 4 atau secara amnya lebih daripada satu sebenarnya sunnah baik tapi manusia atau lebih khusus lagi ada segelintir kaum lelaki yang memberi persepsi yang tak baik kepada semua kaum lelaki yang lain.

Selepas ini pasti susah dah orang lelaki yang berhajat nak berkahwin 4 cuba-cuba bagi hint kat isteri masing-masing. Mesti lepas kahwin je para isteri akan bagitau 'Jangan Nak Memandai Buat Macam Ashraf Muslim!"..

p/s..recuperating from small fever.


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share