Tuesday, July 23, 2013

Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Hari ini hari terakhir bagi kedua-dua calon yang bertanding dalam pilihanraya Kuala Besut untuk berkempen. Esok merupakan hari pengundian yang akan mencatatkan sejarah kepada mana-mana pemenang. Sekali tengok orang takkan akan nampak impak satu undi tapi dalam situasi politik negara sekarang ini,setiap undi daripada rakyat amat berharga dan setiap pilihanraya kecil akan sentiasa mendapat tumpuan kerana akan memberi kesan yang sangat besar kepada suasana dan corak pemerintahan politik negara kita. 


Dalam situasi Kuala Besut, amat unik kerana ianya akan menentukan negeri terengganu seluruhnya malah turut akan memberi kesan kepada negara. BN ataupun Pakatan sama-sama terkesan. Untuk pertama kali dalam sejarah, sekiranya,,(diulangi SEKIRANYA) calon PAS menang di DUN Kuala Besut ini, maka dalam DUN Terengganu, akan sama rata bilangan kerusi, 16-16 dan ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada rakyat Terengganu khususnya dalam senario politik yang masih lagi dalam demam PRU yang lepas.Apa impaknya 16-16 ini? Pelbagai kesan bagus dan tidak bagus boleh kita semua fikir dan analisis. Pelbagai orang bleh memberikan tafsiran yang berbeza tetapi diakhirnya yang begitu terkesan adalah rakyat jelata yang setiap hari mengeluarkan peluh mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga masing-masing.Calon politik ? Parti politik? diakhirnya setiap pemenang politik hanya akan berbahas dalam aircond di parlimen ataupun dewan negeri masing-masing dengan elaun gaji yang banyak setiap bulan.

Jadi, rasanya tiada apa yang perlu diperkatakan sangat sebenarnya mengenai pilihanraya kecil kuala besut. Unik? rasanya setiap pilihanraya kecil adalah unik kerana tumpuan yang lebih dapat diberikan. Mungkin unik kerana PRK kali ini berlangsung dalam bulan ramadhan jadi sesiapa yang menang dapat beraya dengan senang lenang dan juga memberikan rezeki yang lebih kepada para pengundi-pengundi kawasan kuala besut itu sendiri.

Apa-apapun sama-sama lah nantikan keputusan pilihan raya kecil Kuala Besut malam esok tetapi aku rasakan tiada kejutan yang besar akan terjadi. tapi tiada yang mustahil kan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share