Thursday, July 4, 2013

Puasa dan Kerja

tak sampai seminggu lagi, umat islam negara kita dijangka akan menyambut ketibaan bulan ramadhan yang mulia. Kita akan bersama-sama menyambut kedatangan bulan mulia ini yang penuh keberkatan. Alhamdulillah, tahun ini, dengan izin Allah, diberikan kesempatan dan rezeki untuk menyambut ramadhan di kampung halaman sendiri. Dalam mempersiapkan diri menyambut ramadhan kali ini, kadang-kadang terkenang kepada kenangan-kenangan menyambut ramadhan yang lepas-lepas di negeri orang,tak kira samada semasa belajar ataupun bekerja.

Aku rasa, mula-mula sekali rasa sambut puasa luar dari KB nie masa duk di UTP. Masa dulu, UTP bukan macam sekarang nie. Dulu memang padang pasir saja. Dalam tahun lepas aku ada singgah UTP, memang maju. Siap dah ada macam-macam. Dulu nak cari stesen minyak memang azab. Nak cari kedai makan lagi laa. masuk bulan puasa, jenis ramai yang baru puasa jauh dari rumah memang seksa sedikit tapi seronok. Ada satu kali, ramai-ramai pakat gi cari juadah bukak puasa, pinjam kereta member, tengah jalan, kereta mati sebab minyak habis. terpaksa la bubuh minyak botol dulu sementara jumpa stesen minyak. Kereta besar tapi guna minyak botol.Pastu pulak pergi pasar ramadhan jauh, batu gajah. Jarak batu gajah dengan UTP kalau tak silap aku laa, dalam 20 km jugak. Agak jauh laa.dah la kereta mampus tengah jalan.tapi sambung balik pergi pasar ramadan.semata-mata nak cari juadah berbuka.tapi dalam perjalanan balik, sebab dah lewat, berbuka atas kereta je.Dekat dengan UTP pun ada pasar ramadhan tapi yang di Taman Maju selalu penuh sebab UiTM Seri Iskandar pun akan pergi situ jugak. kalau nak beli nasi kerabu, ada satu gerai je. Kalau pergi pukul 630, confirm dah habis.Punya la ramai.

Itu masa di Perak. kemudian, merasa pulak berpuasa di Terengganu sebab belajar di Kusza dulu.Tak terasa sangat sebab mungkin Terengganu dengan Kelantan hanya 2 jam je. Dalam hujung minggu tue, kalau aku rasa macam tak ada apa, start kereta balik rumah je. Timing elok je,pukul 5 macam tue bertolak, bajet akan sampai rumah sebelum bukak puasa.tapi tengok-tengok azan berbukak aku baru lepas Tok Bali..Berbuka atas kereta.Itu pun tengok je orang lain berbuka kat kedai makan tepi jalan. nak berhenti rasa macam serba salah.Teguk air jap pastu terus pecut balik rumah. Ada sekali tue dari KB, timing dalam kul 5 jugak, siap bungkus dah juadah daripada bazaar ramadhan Stadium, plan nak sampai Gong Badak (UDM dulu,sekarang Unisza) sebelum berbuka, tengok-tengok masuk je simpang Tok Jembal, azan dah berbunyi.terus masuk dalam kedai makan, juadah ntah ke mana. Satu yang agak berbeza berbuka kat Terengganu adalah makanannya. Ada makanan yang lebih kurang sama tapi berbeza dengan yang ada di Kelantan.Satu kali tue yang seksa juga time jadi cikgu praktikal dalam bulan puasa. Memang penat. Aku sangat respek cikgu yang mengajar time bulan puasa nie. Geng aku nie time jadi cikgu praktikal bukan banyak kelas pun tapi kalau time bulan puasa penat nak mampus. siap tidur ramai-ramai dalam bilik komputer.Balik dari sekolah lena lagi kat bilik hostel.Bangun-bangun asar terus gi cari juadah berbuka. Yang syok masa tue ada kawan aku jual di bazaar ramadhan UDM.time dia balik jual adalah yang lebih-lebih makan lepas terawih.

Kemudian, pengalaman di Serdang. tapi rasanya dua tahun je aku berpuasa di Serdang sebab selepas tue, Kementerian tukar kalendar semua IPTA supaya cuti semester jatuh dalam bulan puasa. Time awal-awal di Serdang tue agak kekok. Mau tak kekok, pergi bazaar, selisih bahu dengan Indon, beli karipap pun tukang jual pun Indon. Nak cari kek batik punya susah. Kuih Cek Mek pun susah. yang ada kuih lapis, karipap yang banyak. tapi bazaar ramadhan Serdang memang penuh orang. Nak best lagi merantau pergi putrajaya. Lagi penuh gerai tapi harga pun boleh tahan la. Tapi takpa semata-mata nak cari juadah berbuka. Kalau dah macam malas tue, ajak kawan-kawan berbuka kat kafe bawah hostel je. Senang. Ada sekali berbuka di The Mines. Memang tak leh masuk sebab ramai yang jenis makan banyak, bila berbuka di Food Court nie macam tak puas.tapi takpe sebab dapat borak dengan sama-sama geng.Tahun last kat UPM tue cuti semester jadi syoklah sebab dapat puasa penuh di rumah. Tapi time tue kerja hotel. Sekejap je kerja jatuh dalam bulan puasa. tapi memang seksa.Sebab syif jadi kadang-kadang tue berbuka puasa depan kaunter je.nasib badan. yang syok kalau dapat syif malam sebab masuk kerja kul 11 sampai 6 pagi.jadi keesokan hari tue rilek je kat umah.

Bila dah masuk kerja, time mula kerja di Puchong, fikir jugak, memang susah la nanti time bulan puasa sampai. Sebab kalau dah aku sorang melayu kerja tempat cina, memang susah. tapi nasib baik bos memahami bagi balik awal daripada biasa. balik awal pun tapi kalau dah duk KL, jem sentiasa sampai lambat juga rumah. Penyelesaiannya bukak puasa di luar juga yang terbaik sekali. Ada sekali tue kena buat kerja di OU, habis kerja dah masuk pukul 630, nak redah LDP lagi, nasib baik sempat cari tempat area Kinrara bukak puasa. Port kebiasaan dekat Nasi Beriani Gam Giant Kinrara. Senang.takpun dekat presint Diplomatik sebab masa tue tumpang umah member di Putrajaya. Yang best, bila bos belanja bukak puasa di Hotel Marriot KL walaupun yang melayunya hanya aku sorang. Makan sampai penuh sebab free. Ada satu kali tue, time puasa jugak, filem Batman keluar, cari tiket midnight di Alamanda, habis layan Batman terus sahur.Pengalaman berpuasa time kerja di Puchong kalau ingat balik memang seksa.sangkut dalam jem, letih , dahaga tahan lapar bulan puasa, panas lagi, tekanan kerja lagi.tapi bila kenang pengalaman tue buat aku banyak belajar. 

Tahun nie dan sudah semestinya seperti tahun-tahun lepas, harapnya ramadhan kali nie aku dapat buat lebih baik daripada ramadhan yang dah lepas. perlu ambik kesempatan yang tuhan bagi ini.semoga tahun nie dapat keberkatan.

p/s...adakah entri puasa aku nie terlalu awal daripada yang sepatutnya?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share