Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa Ramadhan 2013


Esok, seluruh umat Islam di negara kita akan memulakan ibadah puasa untuk tahun ini. Malam ini kita semua akan mula solat terawih. Syukur kepada Yang Maha Esa kerana sekali lagi kita semua diberikan peluang untuk bersama-sama mengerjakan ibadah yang dituntut dalam rukun islam ini.
Diharapkan kedatangan ramadhan pada tahun ini akan membawa seribu satu makna kepada kita semua. dengan pergolakan yang berlaku di Timur Tengah disaat umat islam akan menyambut puasa, kita harapkan saudara seIslam kita akan dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku dan semoga Allah akan menolong hamba-hambanya yang sentiasa sabar dan beriman.
Bagi kita di sini, seperti biasa, pelbagai spekulasi terutamanya berkaitan dengan barangan keperluan mula menjelma. harga bagi Ayam diberitakan naik. selepas ini, tidak mustahil tepung, gula dan sebagainya lagi akan masuk berita dengan peningkatan harga berlaku. Kerajaan perlu memainkan peranan dalam hal ini serta masyarakat kita amnya haruslah bijak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.
Semoga kita semua dapat mengejar keberkataan yang dibawa Bulan Yang Mulia ini. Semoga kita dapat beribadah dalam Penghulu Kepada Semua Bulan ini dengan aman dan sentosa hendaknya.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share