Monday, August 5, 2013

Hari Raya Aidilfitri yang Muda



Pandu kereta ke tempat kerja, jalan tak jem macam biasa, cuaca redup, lagi 2 hari mahu raya. Bukak radio Era, lagu raya Saloma berkemundang.Evergreen. Dgr dari kecil sampai ke besar tak pernah bosan. Bukak hotfm, FBI putarkan lagu nazam lebaran dari Datuk Siti Nurhaliza. Tukar pulak dengar lagu hitz pagi hari. Dgr petikan lirik kat bawah dari Avril Lavigne

Call up all our friends, go hard this weekend
For no damn reason, I don't think we'll ever change
Meet you at the spot, half past ten o'clock
We don't ever stop, and we're never gonna change

Say, won't you stay forever stay
If you stay forever hey
We can stay forever young

Bila fikirkan ada betulnya lirik lagu nie, katakanlah, kita dapat pilih untuk terus berada dalam waktu muda, adakah kita akan pilih waktu muda tersebut? Sudah semestinya.tapi dalam realitinya, kita semua akan meningkat usia dan cara pemikiran dari sehari ke sehari, setahun demi setahun. Tiada yang kekal. Semuanya akan berubah. 




Sama seperti dalam persekitaran kita. Tahun lepas kita beraya dalam suasana yang lain. Tahun lepas aku balik cuti raya pun dah agak lambat sebab kerja di puchong. Balik cuti raya pun berpusu kereta dari tol Gombak sampai KB. Tahun nie dah berubah, tahun nie tak ambil cuti raya pun sebab tempat kerja dekat je. Tahun lepas lepas raya ke 3, 4 terus kena balik Lembah Klang. Tahun nie sama juga, raya ke 4 dah mula kerja balik tapi tak kisah sebab dekat. Pendek kata, berganti tahun, walaupun raya tetap sama, tetapi kita semua sentiasa berubah seiring dengan masa dan keadaan. 

Tapi,aku lihat sebenarnya, kita semua masih lagi muda dalam hati masing-masing. Meskipun umur dah meningkat, dah capai status yang tinggi, dah ada wang banyak dalam akaun bank, dah ada keluarga yang bahagia, tetapi bila datang setiap kali perayaan, setiap dari kita pasti mendambakan untuk kembali ke zaman kanak-kanak dimana saat yang paling best untuk bergembira menikmati kemeriahan sebenar perayaan. Sekarang nie kebanyakan dari kita hanya mampu mengukir senyuman seketika dan dah banyak benda yang nak difikirkan selepas raya, raya haji, tahun baru cina, wesak, deepavali, krismas, kes tembak, minyak naik, gula naik, bonus dan macam-macam lagi.

Sekurang-kurangnya, apa yang aku dapat lihat, rasakan dan alami, sedikit masa yang ada sebelum hari raya ini, kebanyakan daripada kita semua mahu berhenti seketika membesar, menjadi tua dan mahu menjadi muda buat sementara waktu. Mahu bersama dengan rakan. Mahu berkongsi bertanya khabar dengan sahabat saudara. Mahu bebas bercakap mengenai apa jua. Mahu terus bergossip mengenai orang lain. Mahu terus bercerita mengenai cita-cita yang mungkin sampai atau tidak. Kita semua mahu menjadi muda menjelang raya. Mahu menerima duit raya daripada memberi duit raya. Mahu berjalan di rumah-rumah orang dengan seronok. Hari Raya adalah hari untuk kita berhenti membesar dan kembali menjadi muda.

Moganya dapat terus jadi muda untuk sehari dua lagi. Colek, minum, borak, tidur…Muda di hati.




1 comment:

  1. Macam tak sedar diri jer.tua tapi rasa muda.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share