Friday, August 2, 2013

Lagi Seminggu Nak Raya

Lagi tak sampai seminggu Umat Islam negara kita akan menyambut hari lebaran hari raya aidilfitri. Sekarang, bersempena dengan hujung bulan, ramai orang berpusu-pusu keluar membeli belah kelengkapan hendak berhari raya.



Yang duduk jauh di perantauan tue juga mesti tengah bersiap dengan persiapan untuk balik kampung. Dikhabarkan juga beberapa lebuhraya utama negara kita dah mula banyak pergerakan balik kampung. Dalam minggu depan, kota raya akan lenggang dan berganti dengan kesibukan di kampung halaman pula.

Tahun ini syukur aku tak perlu nak balik kampung sebabnya dah berkerja di kampung halaman sendiri jadi dah jimat. Lagi satu tahun ini tak perlu nak ambil cuti raya banyak-banyak sebab rumah dah dekat dan boleh simpan cuti raya untuk kegunaan yang lebih berguna pada masa akan datang. Tambahan lagi, tempat kerja dekat je jadi tak ada masalah nak hadiri rumah terbuka waktu makan tengah hari ataupun balik kerja nanti.

Seperti biasa lah, bila dah nak dekat raya nie banyak barangan keperluan mula naik tambah lagi dengan berita penyelarasan gaji minimum swasta dan duit RM500 yang kerajaan bagi sebelum nie. Walau apa-apa pun harapnya jangan minyak naik sudah sebab ramai yang perlu bergerak pada hari raya nanti.

Sejak dua menjak nie banyak yang berlaku dalam negara kita. Sama naik dengan keriuhan hendak menyambut aidilfitri, kejadian kes tembakan juga semakin hari semakin berleluasa. tapi syukur lah kan, negara kita masih aman tiada peperangan saudara ataupun bom di merata-rata tempat. Satu lagi, kes kematian Chua Boon huat juga mendapat perhatian ramai pihak. Kes raya dan anjing tue pun banyak dicakapkan dalam media sosial. kes Alvin dan Vivian pun belum reda lagi. Sekarang ada pulak kes filem The New Village yang dikaitkan dengan komunis. Banyak sangat kes. Aku hanya tahu kes Rajagopal yang tak akan disambung kontrak nanti.

Akhirnya,selamat menjalani hari-hari terakhir ramadhan untuk tahun ini. selamat melakukan persiapan untuk sambut aidil fitri.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share