Friday, August 30, 2013

Selamat Merdeka

31 Ogos 1957

Esok 31 Ogos 2013
Dah 56 tahun negara kita merdeka daripada jajahan British.
Kalau diikutkan, tiap-tiap tahun negara kita merdeka.
Kalau diikutkan tiap-tiap bulan ogos kita sambut bulan kemerdekaan.
Kalau diikutkan, tiap-tiap tahun kita berbaris laung 'Merdeka'.
Kalau diikutkan, tiap-tiap tahun kita kibar bendera Malaysia.

Tapi..

Tiap-tiap tahun isu sama berulang.
Ada yang tak hormat lagu negara ku
ada yang cakap Malaysia sebenarnya tak dijajah
Ada yang cakap Bahasa Melayu semakin terpinggir
Ada yang cakap jati diri bangsa merdeka langsung tak ada
Ada yang wajibkan tengok filem berkenaan merdeka
Ada yang putar belit sejarah merdeka
Ada yang tokok tambah fakta sejarah negara


Negara dah 56 tahun
Nasi tetap sama
PATI masih ramai
Positifnya dimana
Negatifnya mahu dilempar?
Kena sentiasa ingat yang lama?
Kena sentiasa kenang bangsa yang sama?
Kena sentiasa patuh benda yang dulu?

Ada akal
Ada hati
Merdeka diri sendiri

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share