Sesungguhnya kita sebagai rakyat dikehendaki berterima kasih
kepada barisan kepimpinan yang ada sekarang. Pemimpin yang kita semua
perjuangkan hari ini yang bertugas dengan penuh integrity dan tidak terlibat
dengan apa-apa skandal kewangan perlu dihormati.Malah sekiranya ada rombongan
para menteri pergi ke rumah kenduri dengan membawa bersama para pengawal
bermotosikal perlu diberi laluan terlebih dahulu.
Para pemimpin kita semuanya begitu cakna kepada rakyat.
Lihat saja apa yang telah rakyat kecapi selama ini. Gaji di perolehi oleh
penjawat awam di Negara adalah tertinggi di kalangan Negara serantau. Bonus
juga lebih elok daripada sector lain. Lihat saja para pegawai tertinggi
kerajaan, mereka semua amat berdedikasi, mereka tidak menggunakan kereta
sendiri malah menjimatkan penggunaan minyak kerana mereka menggunakan kenderaan
rasmi jabatan atau agensi masing-masing dalam pergerakan seharian mereka.Kita
rakyat biasa tidak boleh mengutuk mereka ini kerana mereka semua layak untuk
berkedudukan sedemikian dan layak untuk menikmati segala itu atas usaha dan
tugas kerja mereka untuk menggunakan kenderaan rasmi.
Selain itu, para pemimpin kita dalam banyak sector sentiasa berusaha untuk memberikan yang
terbaik kepada seluruh rakyat Negara kita. Malah disebabkan banyak lagi kawasan
yang tidak diterokai di Negara kita maka para pemimpin kita telah menjemput
ramai pendatang dari luar untuk menjadi rakyat Negara kita. Ini merupakan satu
inisiatif yang sangat bijak. Dengan ini, kemakmuran Negara akan bertambah
kerana bilangan populasi Negara bertambah seterusnya memajmukkan masyarakat
Negara yang sedia ada ini.
Dari segi kesihatan, semua sedia maklum yang ayam dan gula
adalah antara factor utama kepada pertambahan penyakit yang berbahaya seperti
tekanan darah tinggi dan juga diabetes. Oleh itu, para pemimpin Negara sentiasa
menyarankan kepada rakyat supaya harga gula dinaikkkan. Dengan harga gula naik,
rakyat akan menjadi lebih sihat kerana dapat mengurangkan penyakit diabetes.
Rakyat juga dapat menjimatkan kos sara hidup mereka yang telah terbukti antara
terendah di serantau ini. Rakyat perlu berterima kasih. Para pemimpin begitu
cakna. Seperti juga harga ayam. Harga ayam dinaikkan bukan untuk menguntungkan
sesiapa. Tetapi ayam memberi mudarat kepada tubuh badan rakyat sekalian. Dengan
harga ayam yang naik, kita tak perlu makan ayam tetapi beralih kepada haiwan
ternakan yang lain. Mungkin ini memberi rahmat atau rezeki yang baru kepada
penternak rusa, kambing, burung unta, puyuh, lembu dan sebagainya. Ikan adalah
sumber protein yang sangat menakjubkan. Dan dengan rakyat sekalian beralih
kepada ikan, industry perikanan Negara juga akan melonjak naik dan para nelayan
akan mendapat pendapatan yang lebih baik berbanding sekarang yang mana para pemborong
ayam hidup mewah dilimpahi kekayaan disebabkan permintaan daging ayam yang
sangat melampau dengan harga yang sangat rendah sebelum ini.
Kesan Rumah Hijau telah dibincangkan, didebatkan sejak
berzaman tetapi usaha yang tidak kesampaian menyebabkan fenomena ini semakin
parah. Disebabkan sayangkan para pemimpin Negara kita bumi yang kita cintai
ini, harga minyak telah dinaikkan. Walaubagaimanapun, harga minyak Negara ini
masih lagi terendah dan paling murah di rantau ini. Dengan kenaikan harga
minyak, dua benda dapat dinikmati oleh rakyat sekalian. Tubuh badan akan
menjadi sihat kerana para pemimpin kita menyarankan satu idea yang sangat
bernas serta praktikal iaitu tidak menggunakan kenderaan berenjin tetapi
menggunakan basikal. Ini sepatutnya dilakukan sejak dari dulu lagi.
Sementalahan dari itu juga, hanya segelintir saja rakyat Negara yang menaiki
kenderaan berenjin jadi ianya tidak membebankan rakyat secara keseluruhannya.
Harga minyak yang dinaikkan juga sebenarnya untuk memacu ekonomi Negara serta
menyelamatkan hutan-hutan yang ada di Negara daripada kesan gas rumah
hijau. Dengan kenaikan harga minyak,
semakin kurang orang akan menggunakan kenderaan lantas semakin kurang gas yang
keluar daripada asap-asap kenderaan bermotor.Sememangnya para pemimpin kita
sangat cerdik dan berhemah dalam menyusun segala perancangan ini.
Dalam segi pendidikan, Negara kita menawarkan system yang
terbaik di rantau ini. Meskipun university Negara kita tidak tersenarai dalam
100 universiti terbaik dunia tetapi graduan yang keluar daripada university Negara
kita adalah yang paling kompetitif. Meskipun data dan ramai pihak yang
mengatakan graduan kita ramai menganggur tetapi sebenarnya reality itu adalah
salah. Para pemimpin sudah menyusun system pendidikan yang terbaik. Sebenarnya
masalah pengangguran adalah masalah datangnya daripada pelajar dan graduan itu
sendiri. Dan para pemimpin kita mencadangkan juga sekiranya graduan yang
terlalu cerewet dengan system pendidikan Negara, adalah baiknya graduan-graduan
tersebut mencari tempat untuk belajar di Negara lain yang jauh lebih mundur
daripada Negara ini.
Dan perkara yang paling baik para pemimpin kita sumbangkan
kepada rakyat adalah dengan sumbangan RM500 dan pada tahun ini akan dinaikkan
lagi kadar tersebut kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan mereka yang
bujang serta berada dalam lingkungan syarat layak menerima sumbangan tersebut.
Tiada ada Negara di dunia ini dan kerajaan yang memerintah begitu bermurah hati
untuk menyampaikan sumbangan sebanyak itu kepada rakyat nya sendiri. Sumbangan
sebanyak itu amat bermakna dan dapat meringankan beban para rakyat untuk kadar
masa yang panjang. Sumbangan tersebut begitu bernilai dan amat patut diteruskan
lagi untuk bersama-sama memajukan Negara. Sumbangan sebegini membuktikan lagi
para pemimpin dan kerajaan sangat cakna kepada rakyat. Sumbangan tersebut
sebenarnya adalah daripada duit yang disumbangkan oleh para pemimpin yang
begitu prihatin kepada rakyat dan mereka telah bersemangat, berkerjasama
menghulurkan duit mereka sendiri malah ada yang memotong gaji mereka untuk
diberikan kepada rakyat telah banyak terhutang budi kepada mereka.
Oleh sebab itu, para rakyat jelata perlulah berterima kasih
kepada para pemimpin dan kerajaan yang sedia ada. Tanpa pemimpin siapa lah
rakyat. Pemimpin perlu didahulukan,
Rakyat perlu bersyukur.
p/s..ada satu poin tertinggal.Harga kereta wajar dinaikkan untuk menggalakkan pejimatan penggunaan sumber mineral yang semakin susut serta harga rumah dinaikkan untuk kebaikan rakyat. sekian terima kasih