Thursday, October 17, 2013

This Is Kota Bharu



Malam esok Kelantan akan menentang ATM bagi saingan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Selayang. Sebelum ini, perlawanan dijadualkan diadakan di Stadium Shah Alam tetapi setelah beberapa pemain ATM merasakan ‘takut’ dengan lautan penyokong Red Warrior atau mungkin masih fobia dengan kekalahan dramatic 3-2 perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lepas di Stadium Shah Alam maka mereka merasakan mereka lebih selamat untuk bermain di Stadium Selayang dengan kapasiti yang lebih kecil dan lebih menguntungkan para perajurit-perajurit yang pasti akan terpaksa di kerah untuk turun menyokong pasukan ATM.

Sebelum bercerita lebih berkenaan Kelantan dan ATM, cuba lihat kembali analisis dua perlawanan sebelum ini antara Kelantan menentang JDT. Perlawanan yang memang diakui ramai sepatutnya berlangsung pada pentas perlawanan akhir dan bukannya pada saingan suku akhir. Perlawanan yang memang dinanti seluruh rakyat Malaysia samada yang membenci JDT, yang cemburukan Kelantan atau juga yang minat pada Bini Matyo, Rita Rudaini, yang gilakan kontroversi, yang dahagakan aksi bola sepak.



Pada perlawanan pertama di Larkin, JDT memang berjaya membuktikan bahawa mereka mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini setelah menewaskan Kelantan 4-2. Jentera serangan JDT pada perlawanan tersebut sememangnya membuktinya yang mereka adalah antara penyerang Negara terbaik dengan Matyo, Safee dan Nunez semuanya menjaringkan gol. Tak kurang juga bahagian midfield mereka yang sentiasa pantas merencana serangan demi serangan diterajui kapten skuad Rajagopal, Safiq Rahim. Taktikal set piece mereka juga sangat berkesan pada malam itu dengan 2 gol dijaringkan daripada sepakan percuma. Penjaga gol mereka juga membukti bahawa dia layak berdiri sebagai salah seorang penjaga gol terbaik Negara seiring dengan Apek dan Norazlan Razali. Bahagian pertahanan memang terbukti kental dengan Aidil dan Nazri berjaya mengekang setiap serangan yang diaturkan oleh Piya, Indra dan Farhan serta Dickson. Dickson pada malam tersebut dikawal ketat. Piya tenggelam. Indra tidak mendapat peluang seperti kebiasaannya. Namun Kelantan masih mampu menjaringkan dua gol untuk memberikan sekelumit harapan untuk dibawa pulang ke Kota Bharu. Obina dan Azizi Mat Rose tidak beraksi seperti biasa pada malam tersebut. Serangan demi Serangan JDT senang sampai ke dalam kotak penalty. Apek terpaksa mengutip 4 kali bola dari gawang sendiri tetapi dia masih lagi mampu menyelamatkan gol daripada tendangan penalty Safee Sali. Shakir dan Fakri hilang dalam perlawanan tersebut dan lebih banyak berlari tanpa bola. Bojan sendiri mengakui perlawanan tersebut antara persembahan terburuk Kelantan bagi musim ini. JDT memang hebat dihadapan penyokong mereka sendiri. TMJ tersenyum lebar. Dengan Pablo Aimar melihat daripada suit di Hotel JB, deretan tauke Cina memegang tiket bookie, JDT ada peluang untuk ke final.4-2.. Keputusan yang ramai boleh katakan sudah selesa bagi JDT.


Perlawanan kedua di Kota Bharu. Perlawanan hidup mati bagi Kelantan. Perlu mencari sekurang-kurangnya 2 gol deficit. Satu misi yang tidak dianggap mustahil.tetapi sangat sukar jika diperhatikan dengan persembahan JDT tempoh hari. Tetapi Kelantan tetap optimistic dihadapan penyokong sendiri. Para pemain mahu bangkit. Bojan mahu membuat perubahan taktikal. Penyokong tetap melimpah di Kota Bharu dan tiket sudah habis awal-awal lagi. Agregat 4-2 tidak mematahkan semangat penyokong Kelantan untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan Kelantan. Sebelum ini Tok Gajah rebah 4-0 di Kota Bharu. Kelantan mampu layak. Ramai yang yakin Kelantan mampu bangkit tetapi tiada yang meramalkan, ‘massacre’ yang berlaku. JDT dirobek, diratah, dimalukan, diaibkan didepan puluhan ribu penyokong Kelantan, diketawakan dihadapan jutaan rakyat Malaysia. Pelbagai kontroversi sebelum perlawanan bermula. Bertiup kencang khabar angin perpindahan para pemain. Penjaga gol JDT, Al hafiz kematian anaknya. Takziah. JDT terpaksa membuat perubahan saat akhir. Perlawanan bermula garang. This is Kota Bharu. Penonton berasak di tepi pagar. Berdiri, duduk, bersorak, menyanyi. Ramai yang optimistic menang. Farhan menjaringkan gol awal. Tendangan sangat padu. Bertaraf dunia. Gegak gempita. Piya menambah gol kedua. Defisit gol dihapuskan. Kelantan akan layak ke separuh akhir. Safee jaringkan gol. Agregat kembali kepada JDT. Stadium senyap seketika. Obina jaringkan gol. Agregat kembali kepada Kelantan. 3-1 separuh masa pertama. Bojan berjaya merencana taktik yang menjerat JDT. Zairo dan Shakir bijak kawal di tengah. Indra dan Farhan di sayap kiri dan kanan. Piya membantu Dickson di hadapan. Piya bergerak bebas. Dickson merobek banteng pertahanan JDT. Nazri dan Aidil kelam kabut. Awe, Safiq Rahim sentiasa hilang bola. Matyo dan Safee Sali kurang mendapat hantaran daripada tengah. Obina, Azizi dan Nik Shahrul tenang kawal bahagian belakang. Separuh masa kedua.Terbaik.Cukup untuk gambarkan persembahan pasukan Kelantan pada separuh masa kedua. Dickson jaringkan gol. Farhan sekali lagi membolosi gawang JDT. Indra melengkapkan malam bermakna bagi Kelantan. Aidil marah menyinga. Nazri sugul. Penjaga gol simpanan JDT yang menggantikan Alhafiz murung. Matyo berdarah hidung. Awe dikeluarkan awal. Safiq Chopot bermain pertahanan tengah meskipun dia sepatutnya bermain di tengah. Farhan dinobatkan pemain terbaik pada malam tersebut. Satu persembahan yang sangat bermutu. Jentera tengah Kelantan benar-benar berfungsi seperti satu enjin yang baru diletakkan minyak gris bertaraf dunia. Shakir dan Zairo mematahkan serangan JDT, kemudian menggerakkan Indra dan Piya. Piya bijak membuat hantaran kepada Dickson dan Farhan. Indra sentiasa bijak membaca hantaran daripada Piya. Dickson seperti kereta kebal melanggar, membedil Aidil dan Nazri. Farhan seperti jet F14, bergerak dari tepi, melancarkan sepakan laju, membuat hantaran silang mengelirukan banteng pertahanan. Tetapi pada malam tersebut, penyokong adalah pemenang. Peminat dalam stadium adalah sumber kekuatan Kelantan. Satu stadium memberikan sokongan . Gendang dipalu.Ultras bersorak. Lagu dinyanyikan. Semangat luar biasa diberikan dan semangat tersebut yang membuatkan pemain ‘naik angin’. JDT benar-benar lemah.Kelantan berjaya membuktikan mereka masih lagi kuasa dalam bola sepak tempatan.


Malam esok sekali lagi Kelantan akan bertemu dengan ATM. Sathia menentang Bojan. Hai O menentang Piya. Dickson berlaga dengan Marlon. Bruno dengan Shakir. Christie Jayaselan dengan Farhan. Shukor Adan dengan Obinna.Farizal harun dengan Apek. ATM berjaya tewaskan Juara Liga Super, Singapura dan layak diletakkan sebagai pilihan. ATM pasti mahu membalas dendam. Kelantan juga ada dendam yang perlu dilunaskan. ATM lah pasukan yang memecahkan rekod tanpa kalah di Stadium Kota Bharu selama 3 tahun selama ini. ATM lah pasukan pertama yang menewaskan Kelantan pada saingan Piala Sumbangsih awal tahun ini. Kelantan yang menewaskan ATM saingan final piala Malaysia tahun lepas.Satu perlawanan menarik dijangka malam esok. Kelantan masih lagi bernafsu. ATM masih lagi berbisa. Jentera digerakkan. Peluru diisi. Taji diasah. Keris diperasap.


p/s..antara ulasan perlawanan paling komprehensif..sila baca.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share