Tuesday, October 29, 2013

VIP - Very Impunctuality Person

Sedang aku berkira-kira melawat beberapa blog dalam cubaan merehatkan kepala sekejap, aku ada terbaca satu entri menarik daripada Cursing Malay kat sini . Aku sokong sepenuhnya apa yang blogger tue ceritakan. Aku sendiri dah banyak kali merasa apa itu budaya dalam negara kita khususnya dalam budaya orang-orang Melayu yang dikatakan mengikut agama islam dan agama Islam menerusi Sunnah Rasullulah sangat menitik beratkan ketepatan masa malah Allah sendiri yang menyeru hambanya supaya sentiasa tepati masa dan solat pada awal waktu tersangat afdal.

Sayangnya, seperti yang dikatakan oleh Cursing Malay, budaya orang kita seperti semua dah lali dengan karenah golongan yang dikatakan VIP ini. Dari sekecik-kecik pengarah sehinggalah yang ada gelaran "Ku" di hadapan nama mereka, semuanya sentiasa tidak tepati masa. Malah tanya la masyarakat kita, semua dah faham dengan "janji melayu". Bukan saja dalam acara, semua bentuk pertemuan atau perjumpaan ataupun mesyuarat, kalau libatkan orang-orang besar nie, pasti akan terlajak. Yang jadi mangsa adalah kita sebagai pengunjung, pendengar ataupun urusetia.

Aku ambik contoh paling mudah, sementara mengambil angin musim konvo sekarang ini yang mana banyak universiti anjur majlis konvokesyen, cuba bila berapa majlis yang betul-betul berjalan dengan tentatif yang disediakan. Paling teruk, tentatif yang sepatutnya pagi bermula petang hanya disebabkan budaya kita mengagungkan para VIP. Aku tak nak cakap VVIP atau VIP nie sama je semua tapi memang lumrah. Tak kisah lah daripada biru ke, hijau ke semua sama. Walhal, tentatif kita sudah berikan lebih awal.Sama seperti yang diutarakan Cursing Malay, kereta sudah dipandu orang lain, malah ada escort di depan belakang lagi tapi masih lambat. Yang naya adalah kita sendiri rakyat bawahan, para ibu bapa yang datang dari jauh, berhabis duit, nak tengok anak terima skrol pada hari yang sepatutnya meraikan orang muda tamat pengajian tapi menjadi hari menunggu lama tanpa rasa bersalah daripada para VIP.

Orang selalu cakap kita patut pandang ke timur, patut tengok dan tiru budaya jepun tapi kalau bab masa, orang kita sangat-sangat mengecewakan. Lagi besar pangkat maka lagi lambatlah orang VIP nie akan sampai. Kadang-kadang terfikir, dorang ini semua tidak kah pernah terfikir perasaan orang bawahan ini. Jika pulang awal dari sesuatu majlis dikatakan tak hormat, tak beri sokongan. Tapi bila ditunggu lagi bertambah sakit hati.

Ini belum lagi ditambah dengan perangai VIP yang hanya maklumkan ketidak hadiran pada saat-saat akhir laa, nak ubah beberapa benda pada saat akhir la, tak suka dengan susunan kerusi yang tak mengikut protokol la. Aku kadang-kadang pening, adakah berbeza kalau kau duduk satu kerusi di kanan dengan satu kerusi yang sama yang hanya berbeza kedudukan beberapa inci saja? Semuanya kena ikut pangkat, gelaran dan darjah. Semua mengaku islam tapi lupa yang dalam kubur tak akan ada orang akan tanda di batu nesan, YBhg, Dato/ Tan Sri/ Prof./ Dr. dan lain-lain lagi.Dalam kubur semuanya ukuran sama.takde besar takde kecik. Di padang masyar semua akan bangkit sama. VVIP atau VIP atau tidak, semua akan bangkit daripada alam barzakh sama.tak lewat..tak awal.

Jadi, dalam kita nak ubah mentaliti dan budaya nie memang tersangat susah. Mungkin pendidikan awal atau satu revolusi paradigma perlu dilakukan sejak dari kecik lagi dan menyeluruh. atau mungkin satu hari nanti, tak ada acara yang VIP hadir.


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share