Thursday, November 28, 2013

KELANTAN 2014



Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
Shahrizan Ismail - Kelantan
Syazwan Yusoff - Kelantan

Pemain Pertahanan
Aziz Ismail - Kelantan
Faiz Suhaimi - Kelantan
Tuan Faim - Kelantan
Faizul Nazlin Sayuti - Kelantan
Nik Shahrul Azim - Kelantan
Zairul Fitree Ishak - Kelantan
Farisham Ismail - Kelantan
Nazri Ahmad - Selangor
Obinna Nwaneri - Nigeria

Pemain Tengah
Badhri Radzi - Kelantan
Mohamad Shawky - Mesir
Amar Rohidan - Kedah
Brendan Gan - Australia
Khairul Izuan Rosli - Kelantan
Tengku Hasbullah - Kelantan
Zaharul Nizam - Kelantan

Pemain Penyerang
Ghaddar - Lubnan
Forkey Doe - Liberia
Fakri Saarani - Kelantan
Shakir Ali - Kedah
Famirul Asyraf Sayuti – Kelantan

Segala penantian dah pun selesai. Selasa lepas TSAM sudah pun mengumumkan senarai penuh barisan pemain yang akan membawa dan membuka lembaran baru dalam saingan pasukan Kelantan bagi tahun 2014 dengan dibimbing oleh jurulatih baru, Steve Darby.

Selasa lepas penantian untuk semua peminat Red Warrior menyaksikan siapakah yang akan mengemudi barisan tengah dan penyerang serta pemain import, semuanya terjawab. Bagi aku, dua kejutan yang dapat dilihat. Kembalinya Ghaddar dan kemasukan Nazri. Meskipun sekarang ini diberitakan Nazri Ahmad menghadapi masalah berhubung perpindahan dengan pasukan Selangor tetapi aku rasakan pada kemudian hari, semuanya akan selesai. Cara baik atau buruk adalah terserah. Ghaddar pernah menjulang Kelantan dan antara tunjang pasukan dalam skuad Treble 2012. Nazri pula dilihat antara pemain pertahanan yang konsisten dan meningkat naik bersama JDT pada musim lepas. Nazri pasti dapat menampung kekurangan dibarisan pertahanan dengan pemergian Subra, Azizi, Daudsu. Ghaddar pula memang calon yang sesuai (Sekiranya dia dapat menjelmakan kembali prestasinya sebagai antara penyerang berbisa) selepas Kelantan kehilangan Indra, Farhan dan Dickson. 

Yang menarik dengan pengumuman barisan pemain ini, bahagian serangan Kelantan boleh dianggap (diatas kertas) antara yang paling ampuh. Ghaddar, Forkey Doe, Shakir Ali dengan dibantu Wan Zaharul Nizam, Fakri, Piya, Brendan Gan, Amar Rohidan, Shawky, dan Tengku Hasbullah. Kalau Ghaddar dan Forkey Doe dapat mencari keserasian yang cepat untuk bergandingan di atas padang, kelibat mereka sangat menggerunkan. Jika Piya dibantu dengan Amar dapat mengawal bahagian tengah dengan baik, pasti banyak ‘assist’ yang dapat dilakukan. Shawky dan Brendan Gan dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru liga kita, memang satu kelegaan bagi seluruh peminat Red Warrior.

Di barisan pertahanan pula, Obinna masih lagi kental dan pasti Farisham atau Nik Shahrul dapat menambahkan lagi pengalaman mereka beraksi di pertahanan tengah. Dibantu dengan ‘kepulangan’ Aziz Ismail, Roypy, Faiz Suhaimi, Tuan Faim dan Nazri.

Tetapi, senarai yang diumumkan baru 24 pemain dan dikhabarkan masih ada seorang pemain yang akan didaftarkan dan diumumkan nanti. Jika dilihat pada senarai, seorang lagi pemain barisan tengah amat diperlukan oleh pasukan Kelantan. Pemain yang dapat menjadi pembantu kepada barisan yang sedia ada ini sekiranya berlaku sebarang kecederaan kepada tonggak utama. 

Sekarang akan memasuki bulan Disember. Bulan terakhir bagi semua pasukan untuk melengkapkan diri sebelum bermulanya saingan baru liga kita bagi tahun 2014. Semua pasukan akan memulakan siri perlawanan pra musim dan semua pemain baru dan yang lama akan cuba menyesuaikan diri dengan pasukan dan rakan-rakan yang baru.

Steve Darby berdepan dengan cabaran untuk memastikan resipi yang akan digunakan untuk pasukan Kelantan nanti dapat diterjemahkan dengan kemenangan di atas padang. Resipi taktikal dan corak permainan yang akan digunakan pastinya berbeza daripada tahun lepas. Satu aura baru diperlukan oleh pasukan Kelantan. Harapan pastinya sangat tinggi. PIya dan Apek sebagai tunjang pasukan memerlukan sokongan rakan dan yang paling penting para peminat dan penyokong Red Warrior. 

Aku cuba serta kan beberapa formasi yang mungkin dapat diterapkan oleh Steve Darby untuk pasukan Kelantan melihat kepada gaya dan corak permainan daripada barisan pemain yang diumumkan oleh TSAM baru-baru ini.

Barisan Kemungkinan

4-4-2
Nazri-Obinna-Nik Shahrul- Roypy
Fakri-Shawky-Piya-Shakir Ali
Ghaddar- Forkey Doe

4-5-1
Nik Shahrul- Obinna-Farisham-Roypy
Fakri-Piya-Shawky-Amar-Wan Zaharul
Forkey Doe

4-3-3
Nik Shahrul-Obinna-Farisham-Nazri
Piya-Amar-Shawky
Ghaddar-Forkey-Shakir Ali

4-3-1-2
Nik Shahrul-Obinna-Farisham-Roypy
Amar-Piya-Brendan Gan
Fakri
Ghaddar-Forkey Doe

Taktik dan formasi mana sekalipun yang akan diturunkan oleh Steve Darby, cabaran Kelantan dalam liga Malaysia bagi musim depan sangat berliku dan harapannya, agar Kelantan dapat lagi mengekalkan kemegahan selaku antara pasukan yang akan dipandang serius oleh mana-mana pasukan lain.

 GOMO KELATE GOMO

Friday, November 15, 2013

Bola Kelantan dalam 2014?

semakin rancak berita/khabar angin perpindahan pemain.setiap hari ada saja rumor yang dipetik dari media sosial,dan juga sumber-sumber dalaman pasukan yang akan bertanding dalam liga malaysia untuk musim 2014.

kelantan,antara pasukan yang memang panas dengan gosip perpindahan juga antara pasukan yang amat ditunggu diumumkan barisan para pemainnya.sekarang diberitakan amar rohidan akan menggantikan tempat shakir shaari.seperti yang aku coretkan dalam entri yang lepas,tiada pemain tempatan mampu menggalas tugas sebaik dan sekonsisten shakir semasa dia beraksi di kelantan.tetapi,disebabkan kekangan aku rasakan dua pemain tempatan yg dapat bermain dmc secara baik jika dinilai dari segi teknikal dan pengalaman,safiq rahim dan amar rohidan.bukan menidakkan gurusamy atau ismai faruqi dan juga amirul hadi tetapi untuk posisi dmc safiq dan amar lebih berpengalaman.safiq kekal bersama JDT dan akan cuba berganding dengan aimar..amar sekarang ini dikatakan tiada kelab.

bercakap mengenai amar ke kelantan,tipu jika katakan tiada peminat kelantan yang mengutuknya semasa dia beraksi bersama skuad rajagopal.teknikal tidak begitu baik.konsistensi hampir tiada.pengalaman sederhana.tetapi amar mungkin mengharapkn penghijrahan ke kelantan dapat membantunya belajar dan menjadi pemain yang lebih baik pada masa akan datang.amar tidak perlu untuk meniru sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh shakir.amar patut cuba belajar menjadi defensive mid yang berlainan . mungkin sbg achorman, mungkin juga sbg box to box mid. defensive midfield seperti makele atau ramires. Tetapi semuanya juga bergantung kepada taktikal yang akan diserap oleh Steve Darby nanti. Mungkin jika dilihat kepada barisan skuad Kelantan yang akan diumumkan nanti, Steve Darby akan lebih menerapkan corak permainan yang laju. Jika Bojan dalam masa dua tahun sebelum ini mengemudi Kelantan dan mencorakkan taktikal hantaran pendek dan bermula daripada bawah, Steve akan cuba mengubah taktikal tersebut.Barisan bawah Kelantan masih lagi utuh. Obinna dan Nik Shahrul pada musim depan boleh dianggap antara 3 pasangan pemain pertahanan tengah terbaik dalam liga negara kita. Steve Darby mungkin menerapkan kembali formasi 4-4-2. Semasa di Thailand semasa dia menjadi pembantu kepada ketua jurulatih, skuad thailand banyak menggunakan barisan sayap kiri dan kanan.  Kepelbagaian perlu ada kepada skuad kelantan. Piya mampu bermain corak hantaran pendek dan juga hantaran jauh. Fakri lebih sesuai bermain defensive forward. Fakri tidak sesuai menjadi pemain sayap mahupun inside forward. Meskipun fakri seorang pemain berteknikal tinggi, tetapi untuk kesesuaian corak permainan dalam liga negara kita serta dengan barisan pemain yang mungkin Kelantan ada pada musim depan, Fakri lebih sesuai menjadi defensive forward. Cuma fakri perlu tingkatkan keupayaan untuk tackling bola daripada pihak lawan. Kelantan juga dikatakan akan mengambil Fitri Omar. Fitri memang calon terbaik untuk menggantikan posisi daudsu. Dan lebih menarik, Fitri mampu bermain sebagai Wide Mid. Shakir Ali walaupun pada musim ini dilihat agak tenggelam bersama N9, tetapi dari segi teknikal dia pemain yang laju, dan amat sesuai menjadi Inside forward. Jika Shakir dapat membina kepercayaan dan menyesuaikan diri dengan Piya serta rakan-rakan pemain Kelantan yang lain dengan cepat, dia pasti akan dapat menjadi pemain yang akan bersinar dalam liga malaysia tahun depan.

Kelantan mungkin dalam proses pembelajaran pada tahun depan. belajar untuk membina kembali skuad. belajar mengilap bakat pemain yang baru.indra dah berjaya.matyo digilap kembali.farhan diteman menjadi pemain berbisa.azizi dididik kembali menjadi kental.kelantan akan jumpa pemain-pemain yang baru.akan berikan cabaran selagi mampu.akan berusaha memenuhi keinginan peminat.

Peminat kelantan tidak mahukan sesuatu yang mustahil.
tidak mahukan sentiasa menang.
tidak juga mahu terus tercicir.
peminat hanya mahukan yang terbaik ditunjukkan dari skuad. 

kelantan sudah merasai berada di liga fam.
merasai kejuaraan treble.
setiap roda yang berputar, adab naik adab turun, pasti senang, pasti susah.

Monday, November 11, 2013

Khabar Angin dan Bola Kelantan 2014



Sekarang musim liga negara kita berehat tetapi semuanya panas dengan khabar-khabar angina berkenaan siapa pemain yang akan menyarung jersi pasukan-pasukan yang akan bersaing dalam liga negara tahun hadapan. Setakat hari ini, Kelantan menerusi Tan Sri Annuar Musa sudah mengumumkan hampir separuh barisan pemain Kelantan pada tahun ini yang keluar. Daripada pertahanan, sampai ke barisan penyerang, boleh dikatakan antara nama besar yang keluar adalah, Subra, Daudsu, Indra, Shakir, Farhan (mungkin) dan beberapa orang pemain lagi. Tidak ketinggalan juga, Bojan Hodak juga sudah mengesahkan yang dia akan meninggalkan Kelantan. TSAM tidak menunggu lama untuk mengumumkan jurulatih baru Kelantan (seperti sudah menduga scenario ini akan berlaku), iaitu Steve Darby. Steve Darby adalah antara jurulatih yang mempunyai pengalaman luas. Pernah melatih perak dan johor satu ketika dahulu. Pernah berbakti  di Thailand, Bahrain dan Singapura. Diharapkan Steve Darby mampu mencorakkan kembali pasukan Kelantan untuk menghadapi musim 2014 nanti

Setelah kekalahan kepada Pahang dalam piala Malaysia tempoh hari, ada setengah pihak yang akan menganggap ini merupakan petanda bahawa sudah sampai tempoh masa era Kelantan tamat. Ditambah lagi dengan nama-nama besar Kelantan yang keluar, mungkin tahun 2014 adalah tahun untuk Kelantan kembali membina skuad.Tetapi jika dilihat pada trend 5 tahun kebelakangan ini, selain daripada bojan, setiap tahun Kelantan terpaksa mengambil jurulatih baru. Sejak daripada Peter butler, kemudian Sathia, peter balik, barulah Bojan. Namun yang membezakan tahun depan dengan tahun sebelum ini, tahun depan, antara tunjang belakang pasukan selama ini boleh dikatakan semuanya berpindah. Steve Darby mempunyai tugas gentir dalam membentuk pasukan. 

Situasi perpindahan pemain ini sememangnya tidak boleh dielakkan. Barca sendiri mengalami proses membina selepas Ronaldinho, deco, eto dan Guily keluar, Man Utd pun sama selepas era Treble 1999. Bayern Munich sebelum Jupp Heyncekes masuk turut mengalami perpindahan pemain. Lihat juga dengan Real Madrid, Chelsea, Arsenal selepas era Viera, Thierry Henry, Liverpool selepas Rafa. Semua kelab akan menghadapinya. Kelantan juga tidak terkecuali. Steve Darby walaubagaimanapun masih lagi beruntung kerana sumber kekuatan Kelantan yang sangat sukar diganti masih lagi ada. Sumber tersebut adalah, Obinna di bahagian pertahanan bersama Nik Shahrul Azim, Apek di gawang, dan Captain Marvel- Piya. Yang menjadi masalah adalah bahagian serangan dan setakat hari ini, hanya ada fakri saarani dan shakir ali daripada negeri Sembilan. Dickson dikhabarkan tidak disambung kontrak. Indra sudah sah menjadi milik Felda United. Farhan masih lagi berunding. Daripada yang diuar-uarkan, mungkin Kelantan akan mendapat khidmat antara Forkey Doe, Abdul Hadi Yahya, Effa Owona. TSAM juga ada menyatakan yang beberapa pemain presiden Kelantan akan  diserap dan langkah ini diharap dapat membantu Kelantan mencari bintang-bintang muda baru yang akan menyinar  buat Kelantan dan juga negara. Tetapi yang paling terkesan adalah barisan tengah kerana tiada pemain yang mampu menggantikan tempat Shakir Shaari. Posisi dan tugas dia sebelum ini tidak ubah seperti gabungan Busquet, Pirlo dan Xabi Alonso. Amat sukar untuk mencari pemain yang dapat bermain secara konsisten dan efektif setiap kali perlawanan sepertinya.

Dalam memperkatakan berkenaan isu perpindahan pemain, TSAM seringkali memperkatakan berkenaan betapa longgarnya sistem yang ada dalam negara kita. Pemain di Malaysia selalunya ada kontrak selama setahun. Selepas setahun mereka bebas ke pasukan lain tanpa apa-apa bayaran sekalipun. Sangat merugikan kepada kelab dan paling utama sekali memberi kesan kepada harga dan peminat. Peminat bola sebenarnya pelanggan atau pemegang saham yang paling besar bagi sesebuah kelab. Dan untuk memuaskan hati pemegang saham ini, kelab perlu melabur dengan membeli pemain-pemain yang terbaik. Sekarang ini, situasi liga kita boleh lah disamakan (sedikit atau separuh) dengan yang terjadi di England dengan kemunculan kuasa membeli Manchester City. Dalam liga kita, kehadiran TMJ dengan JDT benar-benar merubah landskap liga negara kita. Tahun depan pastinya JDT lebih bernafsu dan lebih gila untuk mempersiapkan pasukan. Kelantan tidak mampu untuk bersaing dengan JDT dari segi gaji pemain. Ya, money can  not buy trophy tetapi untuk memenangi sesuatu kejuaraan, sesebuah pasukan amat perlukan pemain yang terbaik. Pemain yang terbaik hanya datang dengan pelaburan yang terbaik. Arsenal tidak mampu memenangi kejuaraan dengan bintang muda, Barcelona juga semakin menurun meskipun ada Messi. Bayern Munich berbelanja besar mengambil Robben, Ribery. City menang liga pada dua tahun lepas selepas berbelanja besar membeli Aguerro dan lain-lain. Chelsea juga mengikut jejak yang sama. Secara ringkasnya, untuk berjaya, sesebuah pasukan sangat perlu berbelanja tetapi dengan berhemah. Namun, dalam suasana liga negara kita yang hanya ada tidak sampai 20 pasukan bagi saingan liga super dan liga perdana, pemain import pula sekadar boleh masuk 3 orang, harga pemain melonjak tinggi. FAM sepatutnya meniru langkah liga di USA untuk membantu memberi kesamarataan bagi semua pasukan yang bersaing di liga. Di USA, liga mereka mempunyai cap atau sekatan untuk setiap pasukan bermain dengan jumlah keseluruhan gaji pemain dan pegawai yang mereka boleh ambil. Jika sesebuah pasukan mempunyai gaji yang lebih daripada yang ditetapkan, mereka perlu didenda. Dengan langkah ini, liga kita akan lebih teratur dan menguntungkan para pemain dan kelab itu sendiri. Langkah yang lebih mampan sebagai contohnya kontrak pemain dan bayaran pampasan kepada pasukan yang menjual pemain juga dapat meningkatkan mutu liga kita. Dengan langkah sebegini, liga kita akan lebih kompetitf dan tidak sekadar tertumpu kepada 2,3 pasukan sahaja. Tahun depan ramalan sudah dibuat dimana JDT akan memonopoli kejuaraan yang ada. Dengan Pablo Aimar ditambah bebeberapa pemain ternama Selangor, Kelantan berhijrah ke sana, satu keajaiban sekiranya JDT tidak dapat memenangi salah satu daripada 3 piala yang dipertandingkan.  FAM merancang untuk menswastakan sepenuhnya liga negara kita bermula 2015 dan diharapkan langkah ini dapat membantu meningkatkan prestasi negara kita di arena antarabangsa.

 p/s..untuk tahun depan, harap sangat-sangat Jersi Kelantan seperti dibawah nie




Entri terlambat seminggu - Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013



Tamat sudah saingan Piala Malaysia bagi tahun 2013. Semalam Pahang dibawah kendalian Dollah Salleh berjaya menjulang piala berprestij di Malaysia setelah menewaskan Kelantan 1-0 hasil jaringan daripada Matias Conti pada separuh masa kedua. Jika dilihat kepada ramalan-ramalan sebelum perlawanan, ramai yang terpaksa mengakui, Pahang sebenarnya adalah bukan pasukan pilihan dan jika mengikut rekod, Kelantan lebih mampu untuk mempertahankan kejuaraan piala Malaysia. Tetapi seperti yang diperkatakan oleh ramai orang, untuk memenangi sesuatu piala satu cabaran, tetapi cabaran yang lebih besar adalah untuk mempertahankan piala tersebut.

Dalam memperkatakan analisis perlawanan akhir semalam, aku boleh simpulkan dengan sekadar satu perkataan, Obinna. Tahniah kepada pasukan Pahang kerana memenangi Piala Malaysia buat kali ketiga dan Bukan mahu menidakkan kehebatan Pahang, tetapi pengaruh dan faktor ketiadaan Obinna sebenarnya yang memberikan kemenangan kepada Pahang. Ditambah dengan motivasi selepas kali terakhir Pahang memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 1992 berserta faktor nasib, Pahang lebih layak untuk bergelar juara.

Aku tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kemenangan Pahang tetapi lebih memilih untuk cuba meleraikan apa yang terjadi pada kem Kelantan. Sebelum ini memang terdapat kegusaran setelah Obinna disahkan tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir nanti. Obinna merupakan tunjang kepada benteng pertahanan Kelantan dan merupakan seorang pencetus semangat dan memberi ketenangan kepada barisan tengah dan penjaga gol. Semalam, Farisham berganding dengan Azizi Mat Rose. Pada mulanya Nik Shahrul dilihat akan mengambil tempat Obinna tetapi Farisham diletakkan di tengah. Pada awal permainan sudah jelas ternampak bibit kelemahan pertahanan Kelantan. Farisham tidak mempunyai ‘vision’ dan karekter seperti Obinna mahupun Subra, yang amat dirindui oleh peminat Kelantan. Siapa akan mudah lupa gandingan Obinna dan Subra pada tahun lepas yang membolehkan Kelantan mengecapi treble. Azizi pada satu ketika dahulu antara pertahanan tengah yang baik namun bermula daripada perlawanan suku akhir, jelas bahawa Azizi semakin hilang kekentalannya. Nik Shahrul, bintang muda yang semakin naik pula lebih selesa diletakkan di bahagian tengah namun akibat ketiadaan daudsu, dia terpaksa mengawal bahagian kanan dengan melindungi serangan daripada Gopi. Zairul Fitri pula seolah-olah hilang punca setelah beberapa kali diasak oleh Surendran dan Alex. Farisham dan Azizi terpaksa bertungkus lumus menjaga Conti.
Namun, setelah asakan bertubi-tubi Pahang ke kubu Kelantan tidak berjaya pada separuh masa pertama, Dollah memasukkan Fauzi Roslan untuk membantu Alex dan Conti dalam misi mencari gol yang sangat diidamkan. Mereka tidak menunggu lama, Conti berjaya menanduk bola hantaran daripada Alex yang terus menewaskan Apek. Stadium bergema. Warna kuning melonjak.Alex yang pada separuh masa pertama seringkali masuk daripada bahagian sayap dengan bergerak sebagai inside forward banyak mengucar kacir benteng. Conti seperti biasa lebih selesa bertindak sebagai target man kerana Dollah Salleh tahu, Kelantan tiada Obinna yang boleh mengawalnya. Di barisan tengah, Meskipun Shakir bergerak sebagai Anchor man memberi pelindungan tetapi dengan tiadanya Obinna, dia seringkali terpaksa turun terlampau ke bawah dan ini telah memberikan ruang yang banyak kepada Amirul hadi dan Hafiz kamal untuk membuat tindakan susulan daripada serangan daripada Gopi dan Alex.

Dengan Shakir yang jauh di bawah, Zairo dan Piya tidak mendapat bola seperti biasa. Piya yang sebelum ini amat hebat bermain di advance playmaker ketandusan idea. Zairo yang sebelum ini bertindak sebagai Central Midfielder seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan menentang JDT dan ATM sentiasa kehilangan bola. Barisan tengah Pahang lebih cepat dan teratur merebut bola muntah dan tidak lama dalam menghantar ke bahagian serangan. Bahagian atas Kelantan, Farhan, Dickson dan Indra sering kali terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola. 

Dollah bijak membuat analisis bagaimana untuk mengekang Dickson. Setelah perlawanan menentang JDT dan ATM, Dickson jika diberikan sedikit peluang pasti akan menjaringkan gol. Pada perlawanan semalam, Damien Stewart yang mengawal ketat Dickson dan dibantu oleh Razman. Jalal dan juga Shariman pula akan bertindak awal lagi memotong segala hantaran bawah dan atas kepada Dickson. Dickson sebenarnya lebih sesuai bermain sebagai Deep Forward dimana dia boleh membawa bola membuka ruang kepada Farhan atau Indra masuk kedalam kotak penalti Pahang. Lihat bagaimana persembahannya ketika menentang JDT. Sama seperti Farhan. Semalam Farhan lebih bertindak sebagai Winger, sering terkandas dan tidak mendapat peluang untuk melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalty Pahang. Pada minit-minit akhir apabila Farhan mendapat peluang untuk menjaringkan gol penyamaan, penjaga gol Pahang pula bertindak cemerlang menidakkan peluang  Kelantan seterusnya mengesahkan kemenangan milik Pahang bagi Piala Malaysia musim 2013 ini.


Sekali lagi tahniah kepada Pahang.Kelantan akan bangkit lagi dan terus mencuba pada tahun akan datang. Sekarang semua orang boleh berehat dan menikmati segala khabar-khabar angin mengenai perpindahan pemain dalam liga negara kita.

Jom Share