Thursday, November 28, 2013

KELANTAN 2014



Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
Shahrizan Ismail - Kelantan
Syazwan Yusoff - Kelantan

Pemain Pertahanan
Aziz Ismail - Kelantan
Faiz Suhaimi - Kelantan
Tuan Faim - Kelantan
Faizul Nazlin Sayuti - Kelantan
Nik Shahrul Azim - Kelantan
Zairul Fitree Ishak - Kelantan
Farisham Ismail - Kelantan
Nazri Ahmad - Selangor
Obinna Nwaneri - Nigeria

Pemain Tengah
Badhri Radzi - Kelantan
Mohamad Shawky - Mesir
Amar Rohidan - Kedah
Brendan Gan - Australia
Khairul Izuan Rosli - Kelantan
Tengku Hasbullah - Kelantan
Zaharul Nizam - Kelantan

Pemain Penyerang
Ghaddar - Lubnan
Forkey Doe - Liberia
Fakri Saarani - Kelantan
Shakir Ali - Kedah
Famirul Asyraf Sayuti – Kelantan

Segala penantian dah pun selesai. Selasa lepas TSAM sudah pun mengumumkan senarai penuh barisan pemain yang akan membawa dan membuka lembaran baru dalam saingan pasukan Kelantan bagi tahun 2014 dengan dibimbing oleh jurulatih baru, Steve Darby.

Selasa lepas penantian untuk semua peminat Red Warrior menyaksikan siapakah yang akan mengemudi barisan tengah dan penyerang serta pemain import, semuanya terjawab. Bagi aku, dua kejutan yang dapat dilihat. Kembalinya Ghaddar dan kemasukan Nazri. Meskipun sekarang ini diberitakan Nazri Ahmad menghadapi masalah berhubung perpindahan dengan pasukan Selangor tetapi aku rasakan pada kemudian hari, semuanya akan selesai. Cara baik atau buruk adalah terserah. Ghaddar pernah menjulang Kelantan dan antara tunjang pasukan dalam skuad Treble 2012. Nazri pula dilihat antara pemain pertahanan yang konsisten dan meningkat naik bersama JDT pada musim lepas. Nazri pasti dapat menampung kekurangan dibarisan pertahanan dengan pemergian Subra, Azizi, Daudsu. Ghaddar pula memang calon yang sesuai (Sekiranya dia dapat menjelmakan kembali prestasinya sebagai antara penyerang berbisa) selepas Kelantan kehilangan Indra, Farhan dan Dickson. 

Yang menarik dengan pengumuman barisan pemain ini, bahagian serangan Kelantan boleh dianggap (diatas kertas) antara yang paling ampuh. Ghaddar, Forkey Doe, Shakir Ali dengan dibantu Wan Zaharul Nizam, Fakri, Piya, Brendan Gan, Amar Rohidan, Shawky, dan Tengku Hasbullah. Kalau Ghaddar dan Forkey Doe dapat mencari keserasian yang cepat untuk bergandingan di atas padang, kelibat mereka sangat menggerunkan. Jika Piya dibantu dengan Amar dapat mengawal bahagian tengah dengan baik, pasti banyak ‘assist’ yang dapat dilakukan. Shawky dan Brendan Gan dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru liga kita, memang satu kelegaan bagi seluruh peminat Red Warrior.

Di barisan pertahanan pula, Obinna masih lagi kental dan pasti Farisham atau Nik Shahrul dapat menambahkan lagi pengalaman mereka beraksi di pertahanan tengah. Dibantu dengan ‘kepulangan’ Aziz Ismail, Roypy, Faiz Suhaimi, Tuan Faim dan Nazri.

Tetapi, senarai yang diumumkan baru 24 pemain dan dikhabarkan masih ada seorang pemain yang akan didaftarkan dan diumumkan nanti. Jika dilihat pada senarai, seorang lagi pemain barisan tengah amat diperlukan oleh pasukan Kelantan. Pemain yang dapat menjadi pembantu kepada barisan yang sedia ada ini sekiranya berlaku sebarang kecederaan kepada tonggak utama. 

Sekarang akan memasuki bulan Disember. Bulan terakhir bagi semua pasukan untuk melengkapkan diri sebelum bermulanya saingan baru liga kita bagi tahun 2014. Semua pasukan akan memulakan siri perlawanan pra musim dan semua pemain baru dan yang lama akan cuba menyesuaikan diri dengan pasukan dan rakan-rakan yang baru.

Steve Darby berdepan dengan cabaran untuk memastikan resipi yang akan digunakan untuk pasukan Kelantan nanti dapat diterjemahkan dengan kemenangan di atas padang. Resipi taktikal dan corak permainan yang akan digunakan pastinya berbeza daripada tahun lepas. Satu aura baru diperlukan oleh pasukan Kelantan. Harapan pastinya sangat tinggi. PIya dan Apek sebagai tunjang pasukan memerlukan sokongan rakan dan yang paling penting para peminat dan penyokong Red Warrior. 

Aku cuba serta kan beberapa formasi yang mungkin dapat diterapkan oleh Steve Darby untuk pasukan Kelantan melihat kepada gaya dan corak permainan daripada barisan pemain yang diumumkan oleh TSAM baru-baru ini.

Barisan Kemungkinan

4-4-2
Nazri-Obinna-Nik Shahrul- Roypy
Fakri-Shawky-Piya-Shakir Ali
Ghaddar- Forkey Doe

4-5-1
Nik Shahrul- Obinna-Farisham-Roypy
Fakri-Piya-Shawky-Amar-Wan Zaharul
Forkey Doe

4-3-3
Nik Shahrul-Obinna-Farisham-Nazri
Piya-Amar-Shawky
Ghaddar-Forkey-Shakir Ali

4-3-1-2
Nik Shahrul-Obinna-Farisham-Roypy
Amar-Piya-Brendan Gan
Fakri
Ghaddar-Forkey Doe

Taktik dan formasi mana sekalipun yang akan diturunkan oleh Steve Darby, cabaran Kelantan dalam liga Malaysia bagi musim depan sangat berliku dan harapannya, agar Kelantan dapat lagi mengekalkan kemegahan selaku antara pasukan yang akan dipandang serius oleh mana-mana pasukan lain.

 GOMO KELATE GOMO

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share