Monday, November 11, 2013

Khabar Angin dan Bola Kelantan 2014



Sekarang musim liga negara kita berehat tetapi semuanya panas dengan khabar-khabar angina berkenaan siapa pemain yang akan menyarung jersi pasukan-pasukan yang akan bersaing dalam liga negara tahun hadapan. Setakat hari ini, Kelantan menerusi Tan Sri Annuar Musa sudah mengumumkan hampir separuh barisan pemain Kelantan pada tahun ini yang keluar. Daripada pertahanan, sampai ke barisan penyerang, boleh dikatakan antara nama besar yang keluar adalah, Subra, Daudsu, Indra, Shakir, Farhan (mungkin) dan beberapa orang pemain lagi. Tidak ketinggalan juga, Bojan Hodak juga sudah mengesahkan yang dia akan meninggalkan Kelantan. TSAM tidak menunggu lama untuk mengumumkan jurulatih baru Kelantan (seperti sudah menduga scenario ini akan berlaku), iaitu Steve Darby. Steve Darby adalah antara jurulatih yang mempunyai pengalaman luas. Pernah melatih perak dan johor satu ketika dahulu. Pernah berbakti  di Thailand, Bahrain dan Singapura. Diharapkan Steve Darby mampu mencorakkan kembali pasukan Kelantan untuk menghadapi musim 2014 nanti

Setelah kekalahan kepada Pahang dalam piala Malaysia tempoh hari, ada setengah pihak yang akan menganggap ini merupakan petanda bahawa sudah sampai tempoh masa era Kelantan tamat. Ditambah lagi dengan nama-nama besar Kelantan yang keluar, mungkin tahun 2014 adalah tahun untuk Kelantan kembali membina skuad.Tetapi jika dilihat pada trend 5 tahun kebelakangan ini, selain daripada bojan, setiap tahun Kelantan terpaksa mengambil jurulatih baru. Sejak daripada Peter butler, kemudian Sathia, peter balik, barulah Bojan. Namun yang membezakan tahun depan dengan tahun sebelum ini, tahun depan, antara tunjang belakang pasukan selama ini boleh dikatakan semuanya berpindah. Steve Darby mempunyai tugas gentir dalam membentuk pasukan. 

Situasi perpindahan pemain ini sememangnya tidak boleh dielakkan. Barca sendiri mengalami proses membina selepas Ronaldinho, deco, eto dan Guily keluar, Man Utd pun sama selepas era Treble 1999. Bayern Munich sebelum Jupp Heyncekes masuk turut mengalami perpindahan pemain. Lihat juga dengan Real Madrid, Chelsea, Arsenal selepas era Viera, Thierry Henry, Liverpool selepas Rafa. Semua kelab akan menghadapinya. Kelantan juga tidak terkecuali. Steve Darby walaubagaimanapun masih lagi beruntung kerana sumber kekuatan Kelantan yang sangat sukar diganti masih lagi ada. Sumber tersebut adalah, Obinna di bahagian pertahanan bersama Nik Shahrul Azim, Apek di gawang, dan Captain Marvel- Piya. Yang menjadi masalah adalah bahagian serangan dan setakat hari ini, hanya ada fakri saarani dan shakir ali daripada negeri Sembilan. Dickson dikhabarkan tidak disambung kontrak. Indra sudah sah menjadi milik Felda United. Farhan masih lagi berunding. Daripada yang diuar-uarkan, mungkin Kelantan akan mendapat khidmat antara Forkey Doe, Abdul Hadi Yahya, Effa Owona. TSAM juga ada menyatakan yang beberapa pemain presiden Kelantan akan  diserap dan langkah ini diharap dapat membantu Kelantan mencari bintang-bintang muda baru yang akan menyinar  buat Kelantan dan juga negara. Tetapi yang paling terkesan adalah barisan tengah kerana tiada pemain yang mampu menggantikan tempat Shakir Shaari. Posisi dan tugas dia sebelum ini tidak ubah seperti gabungan Busquet, Pirlo dan Xabi Alonso. Amat sukar untuk mencari pemain yang dapat bermain secara konsisten dan efektif setiap kali perlawanan sepertinya.

Dalam memperkatakan berkenaan isu perpindahan pemain, TSAM seringkali memperkatakan berkenaan betapa longgarnya sistem yang ada dalam negara kita. Pemain di Malaysia selalunya ada kontrak selama setahun. Selepas setahun mereka bebas ke pasukan lain tanpa apa-apa bayaran sekalipun. Sangat merugikan kepada kelab dan paling utama sekali memberi kesan kepada harga dan peminat. Peminat bola sebenarnya pelanggan atau pemegang saham yang paling besar bagi sesebuah kelab. Dan untuk memuaskan hati pemegang saham ini, kelab perlu melabur dengan membeli pemain-pemain yang terbaik. Sekarang ini, situasi liga kita boleh lah disamakan (sedikit atau separuh) dengan yang terjadi di England dengan kemunculan kuasa membeli Manchester City. Dalam liga kita, kehadiran TMJ dengan JDT benar-benar merubah landskap liga negara kita. Tahun depan pastinya JDT lebih bernafsu dan lebih gila untuk mempersiapkan pasukan. Kelantan tidak mampu untuk bersaing dengan JDT dari segi gaji pemain. Ya, money can  not buy trophy tetapi untuk memenangi sesuatu kejuaraan, sesebuah pasukan amat perlukan pemain yang terbaik. Pemain yang terbaik hanya datang dengan pelaburan yang terbaik. Arsenal tidak mampu memenangi kejuaraan dengan bintang muda, Barcelona juga semakin menurun meskipun ada Messi. Bayern Munich berbelanja besar mengambil Robben, Ribery. City menang liga pada dua tahun lepas selepas berbelanja besar membeli Aguerro dan lain-lain. Chelsea juga mengikut jejak yang sama. Secara ringkasnya, untuk berjaya, sesebuah pasukan sangat perlu berbelanja tetapi dengan berhemah. Namun, dalam suasana liga negara kita yang hanya ada tidak sampai 20 pasukan bagi saingan liga super dan liga perdana, pemain import pula sekadar boleh masuk 3 orang, harga pemain melonjak tinggi. FAM sepatutnya meniru langkah liga di USA untuk membantu memberi kesamarataan bagi semua pasukan yang bersaing di liga. Di USA, liga mereka mempunyai cap atau sekatan untuk setiap pasukan bermain dengan jumlah keseluruhan gaji pemain dan pegawai yang mereka boleh ambil. Jika sesebuah pasukan mempunyai gaji yang lebih daripada yang ditetapkan, mereka perlu didenda. Dengan langkah ini, liga kita akan lebih teratur dan menguntungkan para pemain dan kelab itu sendiri. Langkah yang lebih mampan sebagai contohnya kontrak pemain dan bayaran pampasan kepada pasukan yang menjual pemain juga dapat meningkatkan mutu liga kita. Dengan langkah sebegini, liga kita akan lebih kompetitf dan tidak sekadar tertumpu kepada 2,3 pasukan sahaja. Tahun depan ramalan sudah dibuat dimana JDT akan memonopoli kejuaraan yang ada. Dengan Pablo Aimar ditambah bebeberapa pemain ternama Selangor, Kelantan berhijrah ke sana, satu keajaiban sekiranya JDT tidak dapat memenangi salah satu daripada 3 piala yang dipertandingkan.  FAM merancang untuk menswastakan sepenuhnya liga negara kita bermula 2015 dan diharapkan langkah ini dapat membantu meningkatkan prestasi negara kita di arena antarabangsa.

 p/s..untuk tahun depan, harap sangat-sangat Jersi Kelantan seperti dibawah nie




No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share