Sunday, June 30, 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013

Semalam Kelantan berjaya menjulang trofi Piala FA 2013 untuk kali kedua setelah menewaskan JDT dengan jaringan satu gol kosong hasil daripada rembatan Nor Farhan Muhammad. Dengan kemenangan tersebut, Kelantan mengekalkan trofi Piala FA yang dimenangi pada tahun lepas seterusnya menempatkan diri dalam saingan AFC untuk musim hadapan, 2014.

Kejayaan Kelantan semalam adalah hadiah kepada seluruh rakyat Kelantan seperti yang diperkatakan oleh Piya, kapten pasukan Kelantan yang juga menjadi pemain terbaik perlawanan apabila lorongan nya kepada farhan membolehkan Kelantan menjaringakan gol awal pada babak pertama perlawanan.

Sebelum perlawanan ramai yang menjangkakan perlawanan akhir pada tahun ini akan menjadi sengit kerana diatas kertas kedua-dua pasukan mempunyai bintang-bintang bola sepak tanah air. Meskipun ketiadaan Aidil yang menjadi tonggak pertahanan bagi JDT, Fandi Ahmad selaku jurulatih JDT mempertaruhkan barisan penyerang negara dengan Safee dan Mat Yo dihadapan. Bojan pula membuat rombakan dengan memasukkan Roypy untuk bermain di bahagian Sayap. Dari minit awal perlawanan lagi dapat dilihat Kelantan lebih menguasai barisan tengah dengan Piya dan Shakir bijak mengawal segala corak serangan dan menyerap kemaraan JDT. Safiq Rahim, Awe dan Andrezinho dilihat tenggelam dan menyebabkan Mat Yo dan Safee Sali tidak mendapat bola seperti kebiasaannya. Barisan pertahanan Kelantan sentiasa kental dibawah Obina dan Azizi Mat Rose merantai setiap pergerakan serangan JDT. Dickson, Farhan serta Fakri sentiasa berjaya meloloskan diri daripada kekangan barisan pertahanan JDT dan mujurlah Al Hafiz Hamzah berjaya mengawal gawang JDT dengan cemerlang sekali.

penjaring gol kemenangan kelantan
Pada babak pertama dapat dilihat setiap kali Piya berjaya mendapat bola dan ruang yang secukupnya , dia sentiasa bijak menghantar bola kepada Farhan, Fakri dan Dickson. Fakri mendapat sekurang-kurangnya 4 peluang untuk menjaringakan gol dalam perlawanan ini. Farhan berjaya menterjemahkan gerakan cantik daripada piya kepada gol tunggal perlawanan manakala Dickson menjadi duri dalam daging kepada JDT apabila mendapat sekurang-kurangnya 6 peluang untuk menjaringkan gol.

Babak kedua bermula perlahan apabila kelantan dilihat lebih berhati-hati. Indra masuk menggantikan Roypy dan Farisham dan Zairo masuk pada lewat permainan. JDT mengeluarkan Safee, Safiq dan Andrezinho sebagai usaha mencari gol namun tidak berhasil. Nunez, Thanaraj serta Ezerie tidak mampu mencipta gerakan-gerakan menarik ke arah gawang Apek dan Mat Yo serta Awe seringkali dilihat seperti ketandusan idea. Apek beraksi cemerlang setiap kali berhadapan dengan situasi cemas meskipun jumlah serangan tepat JDT boleh dikira dengan jari. JDT buat pertama kalinya tidak mendapat satu pun sepakan sudut dalam perlawanan semalam.

Setelah wisel penamat ditiup pengadil, sorakan bergema di bukit jalil. Kelantan berjaya mempertahankan trofi Piala FA untuk tahun ini. Kelantan membuktikan mereka masih lagi jagoan dalam negara ini. JDT kempunan untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok pasukan terbaik negara meskipun mereka telah berbelanja besar pada awal tahun. Tonik kemenangan Piala FA ini pasti akan dibawa oleh anak-anak buah Bojan untuk terus mencipta kemenangan dalam saingan Liga dan seterusnya mempertahankan piala Malaysia pada hujung tahun nanti.

Semalam peminat dan penyokong Kelantan semua berpuas hati. Segala penat jerih berbaloi. Kelantan sekali lagi membuktikan Red Warrior masih lagi berbisa.

Gomo Kelate Gomo

Saturday, June 29, 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013 - Kelantan vs Johor DT

29 Jun 2013.. Tarikh yang ditunggu ramai peminat bola sepak khususnya daripada Pantai Timur Semenanjung dan bahagian Selatan. Kelantan akan berentap dengan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam ini.Pelbagai kontroversi sebelum ini. Kalau nak cakapkan hype, rasanya tak perlu sebab sudah satu Malaysia mengetahui kedua-dua pasukan ini.

Dan pada malam ini rakyat Malaysia akan berpecah dua. Ada yang mahu Kelantan kekalkan trofi Piala FA. Ada yang mahu JDT angkat satu piala malam nie. Ada juga yang mahu tengok siapa akan pandu Audi baru yang dijanjikan oleh TMJ nanti. Lupa juga, esok dikatakan birthday bagi TMJ. Jadi pasti Fazura tengah sibuk rancang majlis sambutan birthday TMJ nanti.

Walaupun jerebu diberitakan sudah berkurangan dan IPU di kebanyakkan bandar semenanjung sudah baik, tetapi malam ini jerebu dalam Stadium Bukit Jalil pastinya akan sangat tebal daripada semangat kedua-dua penyokong Red Warrior dan JDT. Buat peminat Red Warrior, kontroversi isu tiket sebelum ini nampaknya sudah reda walaubagaimanapun sang ulat-ulat tiket kena berhati-hati takut kena belasah beramai-ramai di perkarangan bukit jalil nanti. Buat peminat JDT pula, pastinya pengalaman masuk ke Bukit Jalil untuk pertama kalinya pasti sangat mengujakan.

Kelantan dilihat sebagai pasukan pilihan walaupun sebenarnya JDT adalah pasukan pilihan sejak daripada awal tahun lagi setelah membelanjakan banyak wang dan telah awal-awal lagi melaungkan azam mahu merampas setiap piala yang ada dalam kancah bola sepak tempatan. Rata-rata pemain Kelantan sudah biasa bermain dalam pentas final kerana sejak daripada tahun 2009, Kelantan sentiasa akan masuk pentas perlawanan akhir samada di Shah Alam ataupun di Bukit Jalil. Jadi tekanan sudah dapat diserap.
Dari segi atas kertas, barisan pemain JDT lebih ternama meskipun tanpa kehadiran Aidl Zafuan nanti pada malam ini. Namun dari segi keserasian dan prestasi semasa, Kelantan lebih nampak bernafsu. Bahagian Serangan lebih tajam bagi pihak JDT. Barisan tengah Kelantan lebih menyerlah dengan kekuatan Piya dan Shakir.

Malam ini boleh dikatakan kedua-dua pasukan berpeluang memenangi perlawanan. Pasukan yang pandai mencuri peluang akan layak menjadi juara. Jika Piya dapat gunakan prestasi semasa melawan Terengganu dan pahang, shakir dapat menjadi tenang seperti biasa, Obinna kental seperti kebiasaanya di bawah dan Nwakaeme dapat mengucarkacirkan pertahanan JDT, Kelantan akan dapat kekalkan Piala FA di bumi Cik Siti Wan Kembang.

Gomo Kelate Gomo

ps- harap perlawanan sengit malam nie. jangan pemain Kelantan banyak buat kesilapan bodoh dan sentiasa fokus.

Monday, June 24, 2013

Perihal Jerebu 2013

Sejak minggu lepas, Singapura dan negara kita sekali lagi dilanda oleh jerebu yang teruk. Daerah di Muar dan bahagian Selatan Semenanjung Malaysia mencatatkan kadar IPU yang sangat berbahaya. Malah sekolah di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur telah diarahkan bercuti hari nie dan perintah darurat dikeluarkan di Muar apabila kadar penglihatan akibat jerebu ini boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Sekarang nie aksi tuding jari mula berlaku. Indonesia kata syarikat daripada Malaysia dan Singapura yang menyebabkan kebakaran terbuka hutan di Sumatera yang mengakibatkan jerebu manakala Singapura mahu Indonesia bertanggungjawab apabila gambar daripada satelit menunjukkan titik panas akibat pembakaran terbuka dilakukan dalam kawasan Indonesia. Malaysia masih lagi senyap mungkin menyusun kata-kata diplomatik.
Ramai orang gelisah dan risau dengan jerebu ini. Malah keadaan jerebu pada kali ini lebih teruk berbanding tahun-tahun yang lepas. Yang paling merisaukan adalah kesan kesihatan keatas kanak-kanak, warga tua dan bayi-bayi kecil di kawasan-kawasan yang mencatat IPU sangat tidak sihat dan merbahaya.
Semoga ketiga-tiga kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dapat mencari penyelesaian untuk selesaikan masalah ini sekurang-kurangnya untuk menjaga rakyat masing-masing. Semoga Allah mengutuskan angin membawa hujan bagi meredakan sedikit keadaan jerebu seterusnya menggembirakan orang ramai yang terkesan dengan fenomena jerebu ini.

p/s..Semalam nifsu syaaban tapi terpaksa berkejaran kesana kemari. Lagi dua minggu Ramadhan akan menjelang. Persiapan perlu dimulakan dari sekarang.

Tuesday, June 11, 2013

Perjalanan yang panjang



Alhamdulillah..Sampai satu destinasi yang sebelum ini tidak disangka, dan mungkin selepas ini tidak perlu lagi berpindah. Memang betul apa yang orang selalu cakapkan, disebalik setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah yang kita akan perolehi di kemudian hari.

Bermula satu perjalanan yang baru. Perjalanan yang diharapkan dan dengan keizinan Allah akan membawa ke satu tempat yang lebih baik daripada yang semalam.Bulan depan genap setahun melangkah keluar dari UPM secara rasmi. Dan sejujurnya, dalam tempoh setahun ini, pelbagai benda yang dirasai, pelbagai tempat diterokai, ramai kawan baru ditemui, banyak emosi dialami, dan yang paling penting, banyak pengalaman yang dipelajari yang aku sangat pasti dapat membantu dalam menjalani kehidupan.

Aku sentiasa yakin yang setiap daripada kita mempunyai ketentuan hidup yang sangat berbeza daripada satu sama lain. Dan apa yang kita sebagai orang Islam harus dan semestinya sentiasa percaya adalah segala yang terjadi dalam hidup kita adalah dibawah kekuasaan Allah dan hanya Allah Yang Maha Besar mengetahui apa yang terbaik untuk kita pada masa lalu, pada masa sekarang dan untuk yang dihadapan menanti.

Terima kasih kepada semua. Jika aku nak selami balik apa yang telah aku tempuhi pada masa lalu dan apa yang sedang berlaku pada masa sekarang, aku sendiri tidak dapat memberikan satu kata-kata yang konkrit. Orang sering bercakap mengenai keajaiban. Bagi aku, setiap hari keajaiban berlaku. Dan aku berani katakan yang keajaiban berlaku tanpa kita sedari. Hanya terpulang kepada kita untuk menyedarinya atau untuk terus berharap kepada keajaiban yang lain.Yang pastinya, keajaiban akan sentiasa muncul dan sentiasa menanti.

I wanted to be a big fish that would rule the big ocean instead I was given the opportunity to swim in a small lake that connected to a big vast ocean. Now I just need to learn to swim better so that I can transform the small lake to become my own big ocean. I used to be a small fish in a small secluded pond but now I know, that pond prepared me to be a bigger yet better fish in the future

Now the journey to the big ocean will continue. For if I stop I will drown deeper and deeper.

Jom Share