Friday, October 17, 2014

Khabar angin kafa 2015

Jika gagal merancang, maka anda merancang utk gagal. Sememangnya semua sudah mengetahu berkenaan hal ini.perancangan yang baik akan membawa kepada kejayaan dan sebaliknya akan berlaku. Tidak terkecuali dalam dunia bola sepak.perancangan bukan sahaja berlaku di atas padang semasa perlawanan tetapi perlu dari pengurusan tertinggi sehingga kepada stake holder terpenting sesebuag pasukan, peminat.

Di saat 4 pasukan terbaik bersiap untuk mengharungi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014, Kelantan yang sudah melupakan kekecewaan gagal ke separuh akhir tahun nie, mengambil langkah maju ke hadapan dengan bersiap untuk mengharungi musim 2015. Tan Sri Annuar Musa yang sudah tamat tempoh penggantungan, telah memberi gambaran awal berkenaan persiapan awal pasukan Kelantan untuk tahun 2015.Sudah ramai yang menghebahkan senarai awal barisan pemain untuk tahun depan. Sudah ramai yang mencongak di mana hala tuju kelantan untuk tahun depan. Sudah banyak yang mengintai nasib Kelantan untuk tahun depan. Dan persiapan untuk tahun depan sebenarnya telah bermula untuk pasukan-pasukan lain juga bukan sekadar kelantan. Malah, JDT, Pahang, Kedah dan Felda turut diberitakan telah memulakan langkah mencari pemain baru meskipun masih lagi bersaing dalam separuh akhir Piala Malaysia

Ramai yang bersetuju. Ramai mengakui. Ramai yang berpendapat yang kelemahan Kelantan tahun ini adalah dibarisan serangan dan pertahanan. Sangat ironik kerana pada awal musim Ghaddar dan Obinna dikeluarkan disebabkan masalah disiplin dan kehadiran pemain import yang diharapkan dapat membantu Kelantan tidak tercapai.Jadi, fokus utama untuk musim depan pastinya untuk memperkasakan lagi barisan serangan dan pertahanan disamping menguatkan lagi barisan tengah. 

Setakat saat dan ketika ini, Kelantan boleh menarik nafas lega kerana hampir lebih separuh barisan pemain yang sekarang ini, pemain tempatan terutamanya, dikatakan telah bersetuju untuk kekal,.Kita lihat dari setiap bahagian

Penjaga Gol
Tiada apa yang perlu dirisaukan. Apek masih berbaki kontrak selama 4 tahun. Mat Chah / Syazwan masih akan menjadi backup kepada Apek. Apek sentiasa memberikan aksi yang diharapkan dan masih layak untuk dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik negara. 

Pertahanan
 Ketiadaan Obinna memang sangat terasa. Husien Alaa yang datang dengan reputasi tidak membantu menutup kelemahan di barisan pertahanan. Nazri juga seperti tidak dapat memberikan persembahan yang menyakinkan. kelemahan ini sangat ketara ketika perlawanan menentang Kedah tempoh hari. Barisan belakang Kelantan perlahan, suatu ketika hilang punca, serta gugup bila berdepan serangan pantas daripada sayap ataupun tengah. Farisham, Nik Shahrul Azim,Fitri Omar, Zairul Fitri diberitakan masih akan bersama Kelantan. Husien Ala tidak akan disambung kontrak. Nazri juga mungkin akan mengangkat kaki. Faizol Nazlin dan Tuan Mohd Faim pasti diharapkan dapat terus belajar daripada pemain senior lain. Faiz Suhaimi juga begitu. Untuk musim depan,sekirannya mampu mendapatkan dua tonggak pertahanan tengah, Kelantan mampu menutup lubang kelemahan. Dikhabarkan Norhafiz Zamani, Azizi Mat Rose akan datang ke Kota Bharu. Dua nama yang cukup sinonim di Malaysia. Walaupun sudah berusia, pengalaman mereka masih lagi ditagih. Pemain import juga diharapkan dapat dicari. Pemain yang mampu mengemudi barisan pertahanan. pemain yang mampu menjadi jeneral. 

Out
Husien Alaa
Nazri

In
Norhafiz
Azizi Mat Rose
Import


Tengah
Untuk musim 2014, boleh dikatakan barisan tengah Kelantan bukan antara yang terbaik negara. JDT, Selangor , Pahang, Terengganu mempunyai barisan pemain tengah yang lebih hebat. Namun begitu, dengan kehadiran kembali Wan Zack, prospek untuk musim depan sangat cerah. Dilihat kepada persembahan Kecik dan Wan Zack dalam perlawanan menentang Kedah, barisan tengah Kelantan mampu mengawal dan digeruni ramai. Piya seperti yo-yo tahun ini. Piya seperti yang ramai perkatakan, Piya tidak mampu menjadi CM yang baik sekiranya ditiada DMC. Sememangnya Shakir Saari sangat dirindui Piya. Shawky yang berfungsi sebagai DMC, CM dan AMC sering mampu menunjukkan aksi yang baik. tetapi dia masih lagi gagal membaca gaya dan corak taktikal yang berkesan. Brendan Gan. Nama yang cukup menyinar. Salah seorang pemain versatile. Disebalik kegagalan Kelantan, Brendan Gan merupakan pemain yang menyinar disamping Kecik, Izuan Rosli tahun ini. Brendan Gan perlu dikekalkan. Kecik sangat menyinar tahun ini. Bermain di posisi kegemarannya, kecik sangat bijak mengambil peluang dan mampu mengucar kacir pertahanan lawan. Kecik antara natural winger yang Kelantan boleh harapkan sebagai tonggak masa depan. Wan Zack walaupun beraksi setelah berehat panjang, masih lagi berbisa dan reputasi serta pengalaman bermain di negara luar pasti akan lebih serasi dengan rakan-rakan dan corak taktikal Kelantan. Izuan Rosli merupakan pemain muda yang sedang meningkat. Boateng bijak menggunakan izuan rosli. larian laju, sepakan padu antara senjata utama pemain muda ini. Amar Rohidan antara muka baru tahun ini yang diharapkan dapat membantu barisan tengah, tetapi sebaliknya yang berlaku. Sekirannya Shawky tidak disambung kontrak, pasti import baru yang dicari. Seorang AMC yang dapat merangka serangan serta mengoptimumkan larian-larian daripada winger. Norfarhan diberitakan akan kembali. Nasir daripada Perak. Seorang CM yang rajin dilihat memberi petanda berubah angin daripada ipoh ke kota bharu.

Out
Amar Rohidan
Shawky (50%)

In
Import
Import
Nasir


Serangan
Tagoe. Prince Tagoe. Pemain import yang beraksi di Kelantan sering tidak seperti digambarkan. Seolah terkena satu sumpahan. Yang terkini adalah Prince Tagoe. Dengan reputasi yang pernah bermain di Piala Dunia tetapi sering cedera dan tidak capai tahap fitness yang diharapkan. Forkey Doe juga boleh dikatakan gagal tahun ini. Doe tidak mampu mengulangi persembahan berbisanya seperti berada di Selangor dan Terengganu. Shakir Ali masih lagi bergelut mencari rentak. Fakri Saarani masih lagi berbisa tapi perlu lebih matang dalam setiap perlawanan. Tagoe sudah keluar. Doe juga akan keluar. Shakir Ali masih akan bersama kelantan. Dua atau seorang pemain import akan beraksi di bahagian serangan.Diharapkan pemain yang cukup pantas, yang pandai mengambil peluang dalam kotak penalti.beberapa nama sudah mula timbul, ada daripada benua afrika, ada daripada asia tenggara. Sesiapapun yang akan hadir, diharapkan pemilihan yang mendalam diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Out
Doe
Tagoe

In 
Import
Import

Jurulatih
Jika dituruti daripada nada yang disuarakan Boateng, beliau masih lagi mahu mengemudi Kelantan. Antara faktor kejatuhan Kelantan dalam tahun ini adalah tiadanya kestabilan. bermula dengan Steve Darby dan baru diambil oleh Boateng. sekiranya Boateng diberi peluang untuk merencana pasukannya sendiri ditambah dengan persiapan pra musim yang rapi, tidak mustahil beliau dapat menerapkan corak dan gaya permainan yang bermutu. Tetapi sekiranya jodoh Boateng dan Kelantan tidak panjang, jurulatih tempatan tidak kurang juga hebatnya. Azraai Khor boleh diintai. Dengan reputasi sebagai double treble, Azraai Khor masih antara jurulatih hebat. Ataupun mungkin saja mahu menambah perisa, TSAM boleh merisik Dato Rajagopal yang masih tidak memegang mana-mana kerusi. Sesiapa pun yang akan memegang kerusi ketua jurulatih pada musim depan, para peminat Kelantan sangat perlukan kestabilan dan kita perlu berikan masa dan ruang sepenuhnya kepada kelantan.

Sunday, October 12, 2014

Reaksi Bajet 2015

*Sekadar kutipan reaksi Bajet 2015 baru-baru ini

Minyak tak naik. Subsidi je dikurangkan. Orang kaya-kaya yang naik kereta besar je terasa. Minyak untuk orang biasa-biasa tetap sama. Lagipun berapa liter lah sangat terjejas
kata Ahmad, pemilik motosikal kapcai yang kerja menoreh getah di sebuah felda di sebuah negeri sambil membayar teh o ais RM1.50.


Betul lah tue peruntukan banyak tue.Lagipun entiti tue kan jaga pasal pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak kena jaga betul-betul. Baru lah mereka dapat pendidikan terbaik
kata Pak Cik Yusuf, nelayan di sebuah kampung nelayan di sebuah negeri Pantai Timur sambil mendial anak bongsunya yang sudah berumur awal 30 an.


Tengok ni, duit subsidi dibahagikan kepada rakyat balik.Banyak nie.Boleh tanggung beli beras dan gula untuk setahun.Kena bersyukur dengan pemberian nie.
kata Mak Cik Senah, suri rumah sepenuh masa sambil membelek surat khabar di pasar di sebuah pekan kecil di Utara Semenanjung Malaysia sambil lengannya ditunjukkan gelang emas baru dibeli daripada kedai Ah Chong


Betul la kena naik taraf gaji dan elaun diorang tue. Kau tahu tak wakil rakyat di Uganda pun lagi tinggi. Ini kan pula kita. Kalau kau jadi wakil rakyat pun kau mesti nak naikkan juga semua tue.
kata Seman, penganggur yang sudah 18 kali gagal dalam temuduga dan sekarang masih lagi mencari kerja di sebuah Bandaraya sambil membeli tiket LRT.



Yang kau nak membebel pasal kerajaan nie kenapa? Bukan kau dapat bonus kan. Untung la tue boleh bayar percutian kau tue nanti. Bersyukur la. Orang lain takde bonus pun tau
kata Dollah, pekerja am sebuah jabatan kerajaan sambil menghirup kopi di sebuah kedai kopi pada pukul 9.30 pagi waktu pejabat.


Friday, October 10, 2014

Suku Akhir Piala Malaysia 2014 Kelantan vs Kedah

Tamat sudah saingan Kelantan dalam Piala Malaysia. Keputusan akhir Kedah 3-0 di perlawanan di Darul Aman. Secara agregatnya Kedah layak 4-3. Secara rasminya, Kelantan boleh mengiringi Selangor yang turut kalah secara agregat 7-3 di Temerloh malam ini.

Untuk menunding jari kepada kegagalan malam nie pasti ramai penyokong mahu salahkan Boateng, atau juga kepada Tan Sri Annuar Musa. Tetapi sebenarnya inilah realiti bola sepak. Seperti yang selalu diperkatakan, banyak faktor bagi sesuatu perlawanan. Sebelum perlawanan, ramai yang dah jangkakan Kedah akan bagi tentangan sengit. Kelantan berwaspada. Tetapi dengan kehadiran semula Nik Shahrul Azim, satu kelegaan dilihat kerana dia dapat kembali ke posisi bek kanan, dan Brendan Gan kembali ke tengah. Tetapi setelah 28 minit pertama perlawanan, memang terbukti Pok Nik tidak seperti yang sebelum ini. Terjahan kasar, sepakan tidak sampai dan terlalu robust menyebabkan Badrol bakhtiar banyak membawa masuk bola ke dalam kotak penalti Kelantan. Husien Alaa dan Farisham pula seperti biasa masih tidak serasi meskipun sudah hampir 6 bulan beraksi bersama. 

Pada awal permainan, Boateng memang dilihat menerapkan taktikal bertahan dengan gan dan shawky dilihat banyak bermain di DMC bagi mengekang serangan Kedah. Piya pula dihadapan mereka dengan harapan dapat mengatur serangan kepada Fakri, Doe dan Izuan. Izuan sedikit kecewa malam ini. fakri juga tenggelam. Doe masih lagi tidak berfungsi dengan baik sebagai target man. Tetapi sepatutnya Boateng sudah dapat memahami role sebenar Doe, Doe lebih sesuai sebagai Advance Forward. Izuan lebih kepada Defensive Forward. Hanya Kecik dan Wan Zack yang betul-betul natural winger. Fakri lebih kepada Inside Forward. 

Dengan penerapan taktikal bertahan, Piya lebih berfungsi kepada CM dan dilihat tidak banyak dapat bergerak dan membuat hantaran di tengah padang. Kedah bijak membaca dan menggunakan  badrol dan khril muhaimen. Mehmet dan Woong pula acapkali bertukar tempat bagi mengelirukan pertahanan kelantan. 2 gol kedah berpunca pada salah faham pertahanan Kelantan. Gan tidak dapat tampan dengan bola menyebabkan bola dapat kepada pemain kedah. Husien Alla tidak dapat membuat hantaran bola yang baik keluar daripada kotak penalti dan gol yang ketiga memang satu kekalutan pertahanan.

Boateng cuba menerapkan corak serangan tetapi perlu diingat, skuad Kelantan tidak mempunyai fitness dan masih lagi kekurangan tonggak di pertahanan. Piya hanya sesuai bermain sebagai AMC. Dia perlukan DMC yang dapat melindungi setiap masa di tengah padang. Serangan separuh masa kedua dengan kemasukan Kecik banyak menghidupkan serangan kelantan. kecik bijak mengelecek dan sekurang-kurangnya 4 kali kecik berjaya memperdayakan pertahanan kelantan. Dalam perlawanan sebegini, barulah kelibat Ghaddar yang sentiasa bijak menghidu peluang dalam kotak penalti dirindui. Fakri pula sangat mengecewakan malam ini. Fakri patut lebih matang dan mengawal emosi. Disaat Kelantan masih lagi berpeluang untuk layak, dia merobek keyakinan rakan-rakan perjuangan. Boateng juga masih lagi memberi kepercayaan kepada Fitri Omar untuk mengawal bek kiri meskipun Fitri lebih sesuai bermain diatas. Fitri masih kurang skil bertahan berbanding Roypy.
Secara analisisnya, kedah memang layak menang perlawanan malam ini. tetapi jika dilihat kepada persembahan kecik dan Wan zack pada separuh masa kedua, dua winger yang sangat berpotensi dan jika disesuaikan dengan taktikal yang betul, mereka berdua bukan saja dapat membawa kemenangan kepada kelantan, tetapi mampu untuk menyarung jersi negara.

tahniah kepada Kedah dan Felda malam ini. Misi 33 diteruskan lagi musim depan. Misi membina Kelantan kembali . Penyusunan semula pengurusan akan bermula setelah TSAM dapat bertugas balik. Untuk mengekalkan keserasian, amat lah penting Kelantan tidak membuat perubahan yang besar dalam senarai barisan pemain untuk musim depan. Pok Nik perlu bermain di pertahanan tengah seperti yang dia buktikan ketika bersama Obinna sebelum ini. Gan pemain versatile tetapi perlu lebih memahami pergerakan Piya. Shawky mungkin keluar. Pertahanan tengah yang baru perlu dicari. Farisham perlu di'rotate'. Kecik dan Wan Zack perlu diberi kebebasan dan mungkin diberi tempat sebagai inside forward. Seorang penyerang poacher atau target man perlu dicari. gaya perlawanan kelantan lebih kepada realistik. Corak total football Belanda tidak sesuai kepada Kelantan. Satu taktikal pragmatik lebih membuahkan hasil. Sathianathan buktikan sebelum ini. Bojan berjaya buktikan sebelum ini. 

Disaat pasukan lain mengatur taktik untuk saingan separuh akhir, Kelantan, Selangor dan mungkin akan diiringi Terengganu (JDT sudah pasti akan ke semi final dengan bantuan FAM) dan PDRM akan menyertai pasukan-pasukan lain mempersiapkan diri untuk musim baru. Para pemain mula menimbangkan tawaran. Mula memikirkan prospek untuk musim depan. Pengurusan mula mengatur perancangan. Penyokong mula mencari rumor pemain baru.

Untuk Kelantan, tahun baru akan sampai awal dari sebelum ini

Bajet 2015


Hari ini semua tertumpu ke TV atau dalam internet untuk mendengar intipati Bajet 2015 yang dibentangkan oleh PM kita. Seperti biasa, ramai yang tunggu apa yang PM akan rancang bagi tahun depan. Aku rasakan dua isu utama yang ramai duk perkatakan adalah mengenaikan kenaikan BRIM untuk tahun depan, dan tradisi setiap bajet tahunan, bonus kepada penjawat awam.

Dari segi ekonominya, tiada apa perubahan yang besar yang akan dilihat daripada pembentangan bajet tahunan. Seperti yang tahun sebelumnya, perkara yang sama akan diutarakan. Kena akui, negara kita nie bijak dalam perancangan. Bukan diperingkat kerajaan pusat malah dalam semua lapisan sekalipun, orang kita memang bijak merancang. Tetapi yang selalu menimbulkan masalah adalah kepada pelaksanaan perancangan tersebut.Ulasan panjang rasanya tak perlu kerana semua orang yang boleh berfikir serta bijak membaca dapat mengetahui keadaan dan situasi ini.

Aku suka kaitkan keadaan bajet hari nie malah pentadbiran seperti seorang pemancing. Kolam yang kecil, jika kita tahu ikan tak banyak pasti kita akan gunakan umpan yang biasa. Tetapi kolam yang besar, yang kita tahu banyak ikan, pasti akan guna umpan yang lagi besar. Tetapi umpan memang sudah lumrahnya, nampak gah tetapi bila sekali termakan, makan ikan tersebut akan ditarik dan akhirnya menjadi lauk kepada si pemancing. Tetapi kadang-kadang pemancing kena ingat, ikan tak selamanya akan menjadi lauk, dibantu angin, ombak boleh mengoyangkan sampan.

Friday, October 3, 2014

Cerita bertindih

Cerita terhangat sehari dua nie pasti tak lain tak bukan pasal harga minyak naik.kalau diikutkan, semua orang dah boleh agak berkenaan kenaikan ini.samada lambat atau cepat itu je persoalannya.
Jd seperti biasa ramai yang luahkan.ramai jugak yang kondem pada luahan tersebut.rasenye masing-masing ada pandangan tersendiri tapi kadang-kadang jangan sampai menampakkan kebodohan kita bila mengkondem orang lain..kena pegang prinsip kepelbagaian bg setiap manusia tue.
Tp pada kendian hari nya.minyak tetap akan naik dan najib akan umum bajet 2015 pada 10 oktober nanti.seperti biasa, ramai tunggu.ramai nak tahu.tp kendian harinya, benda sama akan jd.output tak seperti yang dirancang.salah mana?fikir dan lihat dengan mata hati.bukan dengan dengar sahaja.
Malam nie berlangsung kembali liga bola sepak negara.tetapi selepas nie bercuti lama kembali utk piala aff.perlawanan tumpuan pasti terengganu dan jdt. Kelantan akan terima kedah.bg kelantan, aku rasa satu pencapaian yang ok kalau dapat masuk semi final. Memandangkan tan sri annuar musa akan bebas dari penggantungan bulan nie, sama-sama lihat impak dia kepada kelantan serta perancangan awal pada musim depan.dah byk khabar angin muncul utk musim depan.tp yg paling hebat pastilah torres diintai oleh jdt.kalau torres mampu disambar jdt, jd boleh lah borong harga diskaun penyerang kononnya terhebat malaysia sebelum nie dari jdt. Semua pasukan memang sedang fokus pada piala malaysia tapi tak kurang jugak ramai yang dah mula merisik utk musim depan. Aku nak dua je utk kelantan.striker import yang baru.defend import yang baru. Itu je.oktober november dan disember..tiga bulan utk merisik aku rasa dah cukup lama.study betul2.jangan bila datang hujung bulan 12 baru nak sibuk cari pemain import.paling tidak pergi saja scout guna fm.ada nasib akan jumpa wonderkid.soal utama gaji mampu bayar atau tidak.
Sekian.

Tuesday, September 30, 2014

Dah berhabuk, bersarang

Gila. dah lama blog ni dah tak yang baru. Aku sentiasa bukak tapi bila tengok entri yang paling latest adalah pada separuh akhir Piala Dunia, memang dah tersangat lama. Hampir tiga bulan. Nie dah nak masuk bulan oktober jadi memang hampir tiga bulan. Banyak yang dah berlaku dalam masa tiga bulan nie.
Kadang-kadang banyak idea nak tulis, kadang-kadang banyak benda berlaku yang boleh diulas tetapi bila mambang malas tue menghampiri, dicampur dengan kesibukan kerja jadi macam tersekat. Tetapi itu semua hanya alasan je sebenarnya. Bukan susah pun nak menulis. Bila dah start menulis kembali, insyaallah beres. Jadi aku gagahkan juga pagi ini tulis kembali, update balik
Last entri blog ni pasal Piala Dunia. Jerman pun dah menang Piala Dunia. Musim bola Eropah pun dah mula balik. Tengah rancak. Bola Malaysia pun kembali Jumaat nie. Suku Akhir pertama Piala Malaysia
Politik Malaysia seperti biasa. Satu kemelut dah setel.MB Selangor yang baru dah dipilih. Tetapi seperti biasa, politik ini memang gelanggang yang sukar diramal. Kebarangkalian untuk meramal taufan lebih tinggi daripada untuk meramal senario politik. Kerana manusia nie memang sejak dari lumrah, memang dahagakan ataupun gilakan kuasa. Dengan kuasa, wang akan datang. Jadi nak tarik kuasa kena ada wang. Nak wang kena ada kuasa. Senang je persamaannya. Bukan perlu kamir atau perbezaan pun.
UPSR kembali diduduki. Tahun nie memang tahun yang malang bagi Kementerian. Seluruh pelajar, guru, ibubapa terasa. Tetapi lihat kepada kebaikan disebaliknya. Seperti orang putih cakap, from the ashes, the phoenix rises. Kementerian perlu belajar daripada segala yang telah terjadi, rangka, rancang, susun kembali. Bukan saja untuk UPSR tetapi untuk peperiksaan yang lain. Dan sistem ini perlu sentiasa dipantau.
Kerja seperti biasa.Masih lagi seperti dahulu. Gomen memang macam nie. Cuma atas diri sendiri untuk sentiasa kekalkan motivasi untuk bangun pagi, pergi kerja, hadap pc tiap-tiap hari, jumpa orang. Dalam islam ajar, Ikhlas membawa berkat. Kerja bukan sekadar untuk gaji, bukan untuk pangkat. Kerja bukan sebab terpaksa. Kerja kerana Allah. Tetapi berapa ramai yang dapat betul-betul ikhlas. Ikhlas bukan bleh tengok. Depan cakap ikhlas, belakang tetap kutuk. Depan promosi ikhlas, belakang tetap pikir songlap duit. Orang nak ikhlas senang je, kalau benda kecik dia dapat ikhlas, semua benda jadi senang. Dan orang yang nak pura-pura jadi ikhlas nie, lama-lama akan dinilai orang lain jugak sebagai tak ikhlas. Bagi aku, ikhlas sama macam dengan takut. Takut pada allah memang akan ikhlas la. Kalau tak takut kena buang kerja sebab yakin rezeki Allah, pasti akan ikhlas. Kalau tak takut tak ada duit sebab tak amek rasuah, pasti akan ikhlas. Orang selalu cakap rezeki tuhan nie merata-rata. Yakin, Percaya.
Bila dah mula balik menulis inie, aku nak cuba juga update benda alah nie. Kurang-kurang tidak lagi bersawang.


p/s.. memang layan

Monday, September 29, 2014

Thursday, July 10, 2014

Cerita Piala Dunia..Separuh Akhir

4 buah negara kuasa besar
Sejarah panjang berjela.
Nak cerita satu-satu sampai sahur jumaat belum habis rasanya.
2 perlawanan yang bagi sesetengah orang tak menepati citarasa
German 7 - Brazil 1
Menangis, Meraung, Kecewa, Sedih, Marah
Terkejut, gembira, bijak, kuat
Dua nasib yang berbeza
Dunia memerhati
Argentina 0 - Belanda 0
Perlawanan yang tak rancak bukan selalunya disebabkan oleh pasukan yang tak kuat. Kadang-kadang pasukan yang sama kuat menghasilkan perlawanan yang boring
Musuh tradisi Brazil. Jiran.
Gembira untuk berangan. Berangan menjulang piala yang paling terkenal di dunia dalam bola sepak di laman musuh tradisi

Hujung Minggu ini penentu. Hasil selepas 4 tahun
Cuti sudah diminta
Semoga dapat berjaga malam menanti sahur, menanti bola
Jangan dilupa kepada rakyat Gaza.
Doa diutuskan semoga sentiasa mendapat perlindungan
Jangan jadikan kebencian kepada zionis Israel satu benda bermusim


Monday, June 30, 2014

Piala Dunia 2030


20 tahun


Itu lah jangka masa yang diambil. Edisi kelima baru lah negara kita mampu menyakinkan FIFA untuk menganjurkan kejohanan bola sepak yang paling berprestij di dunia. 20 tahun bukan satu masa yang singkat.Segala-galanya bermula pada 2014.Tahun perancangan bermula.


Piala Dunia 2030. Piala dunia yang pertama dilangsungkan di Asia Tenggara. Kedua berlangsung di Asia. Malaysia menjadi tuan rumah sepenuhnya. Sebanyak 12 gelanggang disediakan. Pada peringkat awalnya, Malaysia dan Singapura akan menjadi tuan rumah bersama, tetapi setelah berlangsung beberapa siri pertemuan dan perbincangan, Singapura menarik diri. Kekangan utama Singapura adalah tiadanya stadium yang dapat menampung keperluan para peminat dan syarat ketat daripada FIFA.


10 gelanggang/stadium yang mana diperbaiki dan diberi nafas baru dan 2 stadium baru dibina. 12 Gelanggang tersebut adalah;


·         Stadium Shah Alam

·         Stadium Nasional Bukit Jalil

·         Stadium Negeri Batu Kawan

·         Stadium Alor Setar, Kedah

·         Stadium Negeri Ipoh

·         Stadium Negeri Paroi

·         Stadium JDT, Larkin

·         Stadium Kuantan

·         Stadium Negeri Sultan Mizan

·         Stadium Negeri Kota Bharu

·         Stadium Negeri Kuching

·         Stadium Negeri Kota Kinabalu


Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kelantan adalah negeri-negeri yang terlibat dengan penganjuran piala dunia ini.

Semua kerajaan negeri memberikan kerjasama yang padu dan erat kepada penyediaan gelanggang, kemudahan-kemudahan lain. 


Perlawanan pembukaan berlangsung di Stadium Shah Alam yang melibatkan Malaysia selaku tuan rumah menentang Belgium, dalam pertemuan kumpulan A. Skuad Malaysia bukan lagi skuad belasahan. Skuad Malaysia standing dengan gergasi Asia yang lain. Perancangan yang dibuat selama 30 tahun membuahkan hasil. Tahun 2014 bermula segalanya. FAM merangka perancangan 30 tahun. Pemain-pemain negara diberi latihan diluar negara. Beberapa nama dipancing kelab liga 3 Portugal, kelab liga 5 England, kelab divisyen 4 liga jerman. Dari tahun 2014, nama Malaysia semakin meningkat tahun-tahun seterusnya. Pemain Malaysia mula dikenali ramai. Selepas JDT yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia, Kelantan pula yang menongkah arus dalam AFC Cup standing dengan kelab tersohor Asia yang lain. Kelab-kelab Malaysia juga mula memenangi AFC Cup. Pemain Malaysia mula menembusi liga di Korea, Jepun, Qatar, Oman dan liga-liga lain. Tahun 2022, boleh dikatakan 11 pemain yang mewakili skuad Malaysia adalah mereka-mereka yang beraksi untuk liga negara luar.


Liga tempatan tidak kurang juga hebatnya. Daripada liga super, FAM berjaya mengolah format. Liga Malaysia bermual 2018 mempunyai 20 pasukan.Liga berlangsung sepanjang tahun. Kawalan kepada pemain import sudah dikurangkan. Sekarang ini sekurang-kurangnya setiap pasukan yang bertanding dalam liga tempatan mempunyai 4/5 orang pemain import yang datangnya dari segenap pelusuk dunia.


Piala Dunia 2030. 
Malaysia sudah bersedia. Stadium –stadium yang tidak menepati syarat FIFA diberi nafas baru. Stadium-stadium ini ditingkatkan. Kawalan keselamatan diperkasakan. Tempat duduk ditambah. Setiap kerajaan negeri yang diberi mandat menjadi tuan rumah juga perlu menyediakan kawasan penyokong dengan skrin gergasi dan kemudahan-kemudahan lain. Sektor ekonomi bagi Bandar-bandar di Semenanjung Malaysia melonjak naik. Batu Kawan menjadi pusat sukan yang canggih. Alor Setar diperbesarkan lagi. Hotel-hotel muncul. Kawasan Bandar diperbaiki untuk mencerminkan Malaysia kepada mata dunia. Pihak keselamatan juga dipertingkatkan. Pihak polis dan tentera sudah bersiap sedia mengawal ribuaan pelancong dan para peminat bola yang akan memenuhi setiap stadium nanti.


Kerajaan sangat serius dengan penganjuran piala dunia kerana kerajaan tahu pulangan yang akan diperolehi nanti. Jalinan kemudahan pengangkutan telah dipertingkatkan. Setiap negeri mempunyai lapangan terbang yang sangat mesra, canggih dan memenuhi keperluan. Kota Bharu mendapat lapangan terbang baru. Seremban mendapat highway baru. LPT dipertingkatkan dengan ditambah sehingga ke Kota Bharu. Sistem terminal bas di setiap negeri bertanding juga diperbaharui. Kuala Terengganu mendapat terminal baru,s ama seperti Kota Bharu, Johor, Alor Setar dan Butterworth. Kuching dan Kota Kinabalu mendapat penambahan kadar penerbangan. Sekarang ini penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu boleh didapati bukan sahaja daripada KLIA2 dan Kota Bharu tetapi juga daripada Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor. Jalan raya persekutuan semuanya diperbaiki. 


Aspek yang paling penting adalah keselamatan. Untuk itu, kerajaan Malaysia bermula tahun 2026 telah mengambil langkah proaktif, ops membanteras PATI ditingkatkan. PATI dari Asia Tenggara mahupun Negro dibanteras sepenuhnya. 3 tahun usaha yang dilakukan bukan sahaja di ibu negara tetapi di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang mendatangkan hasil. Bilangan PATI mula menurun. PATI mula takut untuk memasuki Malaysia. Tentera Laut menjaga selat Melaka dengan penuh dedikasi. Imigresen dan Kastam menjaga sempadan negara dengan penuh etika.


Piala Dunia 2030 akan bermula. Aku sudah bersedia. Sangat bersemangat. Stadium Baru Kota Bharu yang dibina di Tunjung sudah sedia. Stadium ini akan digunakan oleh Pasukan Kelantan selepas Piala Dunia. Sebelum ini untuk menguji stadium, Kelantan telah bertemu dengan pasukan Real Madrid.Stadium yang mampu memuatkan 55,000 orang penonton itu antara stadium yang tercantik di negara dengan kelengkapan yang canggih dan berteraskan konsep Wau Bulan. Tiket piala dunia bagi pertemuan Jerman menentang Australia telah aku beli. Sekarang ini senang untuk ke stadium. Sistem MRT telah diwujudkan di kota bharu. Aku tersenyum. Tersenyum mengenangkan penangan piala dunia kepada keseluruhan ekonomi, social, pembangunan di Malaysia. Satu lonjakan yang benar-benar menguntungkan rakyat.


Piala Dunia 2030..Tersenyum sendirian aku.



“Abang..abang..bangun..sahur.” Kedengaran isteri aku mengoncangkan badan aku. Aku buka mata. Tengok jam.Jam 5 pagi..Hari pertama Ramadhan untuk tahun ini. Aku gosok mata. Cis..mimpi rupanya. Memang betul penangan Piala Dunia nie. Aku bangun.Isteri aku dah ke dapur. Aku buka facebook. Brazil menang lawan Chile. Columbia pula menang lawan Uruguay. Malaysia? FAM baru nak ambil Dollah Salleh jadi jurulatih baru.



Monday, June 16, 2014

Cerita Piala Dunia



Bermula Minggu lepas, Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil bermula.Semua para peminat bola sepak mula bersengkang mata menyaksikan perlawanan-perlawanan pasukan kegemaran masing-masing dalam temasya bola sepak terhebat 4 tahun sekali ini.Setiap edisi piala dunia menjanjikan pelbagai cerita dan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.Edisi kali ini di Brazil juga tidak kurang dengan pelbagai cerita(kontroversi, politik, kelakar dan sebagainya).

Bagi aku setiap edisi piala dunia membawa bersama sejarah yang tersendiri dan amat bersangkut paut dengan kejadian-kejadian penting dalam sejarah hidup aku.Semuanya kebetulan tetapi Piala dunia benar-benar membawa erti. Tidak kira pasukan mana yang kalah atau menang, yang penting, yang paling diingat adalah memori yang dibawa.

Piala Dunia 1994
Masa ini aku masih kecil. Baru darjah 4. Memori terawal yang aku ingat adalah tengok bola pada waktu pagi. Masa ini piala dunia berlangsung di Amerika Syarikat. Di zaman Romario, Roberto Baggio, Jerman, Brazil, Denmark. Aku paling ingat pada perlawanan akhir di mana Itali bertemu Brazil pada penentuan penalty. Roberto Baggio mengambil sepakan paling akhir dan gagal menjaringkan gol apabila sepakan melencong ke atas. Brazil bersorak, mereka ditabalkan juara dunia untuk kali ke 4. Itali berduka.Ini antara memori terawal dan mungkin disini aku mula minat pada bola sepak itali.

Piala Dunia 1998.
4 tahun berselang.dah melangkah masuk tingkatan 2. Antara memori alam persekolahan yang paling tak dapat dilupakan. Kenangan bersekolah di sekolah asrama memang sangat best.Tahun ini Piala Dunia berlangsung di Perancis. Di zaman sekolah ini, nak tengok bola pun susah. Bilik tv kalau nak tengok bola lewat-lewat malam memang tak boleh. Bilik TV dijaga oleh tingkatan 4, 5. Budak tingkatan 3 ke bawah nie ibarat kasta rendah. Jadi segala keputusan yang dapat melalui surat khabar ataupun masa balik ke rumah. Aku lagi tahun ini aku masuk peraduan coke yang kumpul penutup botol atau pembalut botol minuman. 1000 penyertaan terawal akan dapat hadiah. Aku dapat tshirt dan beg coke edisi Piala dunia. Masa perlawanan suku akhir, Perancis dan Itali, ramai pelajar tengok di bilik sebelah kantin sekolah. Sekali lagi masuk penentuan penalty. Roberto Baggio main lagi tahun ini. Tapi edisi kali ini perancis hebat.Zidane, Thuram, Blanc, Lizarazu, barthez. Perancis Menang penalty lawan Itali seterus masuk final jumpa Brazil. Ronaldo, Leonardo, Roberto Carlos, Taffarel, antara lagenda Brazil. Orang ramai cakap brazil akan menang. Tapi ramai juga yang sokong perancis (selalunya geng Arsenal). Perancis menang dengan Zidane jaringkan 2 gol.

Piala Dunia 2002.
Edisi piala dunia yang pertama berlangsung di Asia. Tuan rumah bersama Korea dan Jepun. Masa nie dah bebas dari sekolah. Baru masuk  U. Masa tengah gila sebab jauh dari family, berdikari, dapat duit lagi. Sebulan sebelum piala dunia, masa duit dah masuk, ramai-ramai pergi Ipoh parade (Kalau tak salah), masing-masing ambil tshirt adidas edisi piala dunia mengikut negara kegemaran masing-masing. Disebabkan Italy bukan adidas, aku rasa tahun tue aku ambil Argentina. Tahun nie memang special sebab Jepun dan Korea sangat power. Brazil dan Jerman yang masuk final. Fesyen rambut Ronaldo yang memang tak akan dilupakan. Sebab duduk di U, jadi nak tengok bola tue takde masalah, asal jumpa kereta member terus keluar pergi tengok kat mamak. Masa final aku ingat tengok di Rumah sebab masa cuti. Brazil menang, Ronaldo pemain terbaik. Aku paling ingat edisi piala dunia nie sebab tak boleh lupa masa Ahn Jung Hwan sumbat golden goal masa lawan Itali.

Piala Dunia 2006
Tahun yang menjadi titik permulaan bagi yang baru. Aku ingat lagi masa sebelum nak mula world cup aku dan kawan aku pergi KBMC untuk buat medical check up bagi masuk u di Terengganu. Doktor siap cakap darah tinggi , aku jawab sebab tak tidur malam berjaga tengok bola. Tahun nie Piala Dunia di Jerman. Member aku ada belajar di Jerman siap pesan suruh beli mafla sempena piala dunia. Awalnya aku memang kurang berminat untuk masuk u di Terengganu, tetapi siapa sangka bermula di sana la, corak kehidupan sekarang ada.  Antara ayat aku akan sentiasa ingat adalah apabila aku tanya kawan aku macam mana brazil lawan perancis sebab aku tak dapat tengok match tue (orientasi). Kawan aku cakap dia tak nak cakap mengenai brazil. Perancis menang lawan brazil. Masa final, perancis sekali lagi lawan Itali. Masa nie baru je habis orientasi. Pukul 11 lebih kawan aku dah datang ambik keluar pergi bandar cari kedai lawan bola. Bayangkan dari pukul 12 sampai pukul 3 lebih tunggu nak tengok bola. Tetapi berbaloi. Perlawanan yang hebat. Zidane tanduk materazzi.Itali balas dendam sebab kalah penalty sebelum ini. Aku ingat lagi Cannavaro julang piala dunia.Subuh masuk asrama balik

Piala Dunia 2010
Selang lagi 4 tahun. Kali nie Piala Dunia di Afrika. Bermula dengan kontroversi vuvuzela. Tengok bola pun tak boleh nak fokus sebab bunyi terlampau kuat. Penangan vuvuzela nie, ramai orang bawak masuk ke dalam Malaysia.Kali nie itali memang tak nasib baik. Banyak pasukan yang kalah awal. Sepanyol yang menang kali ini dengan brand tiki taka. Tahun ini dah berhijrah ke Selangor, Lembah Klang. Disebabkan u aku nie jenis tak bagi masuk selepas pukul 12, selalunya tengok bola kat rumah member di Pantai Dalam takpun tengok skrin besar di dewan kolej. Masa final tengok ramai di skrin kolej. Sepanyol menang lawan Belanda. Nak cerita panjang masa nie pun macam tak ada cerita sangat. Tetapi masa piala dunia nie baru masuk semester kedua ( tak salah) kat u jadi baru lepas adapt dengan hidup mahasiswa di lembah klang. Banyak kali sesat cari rumah member Pantai Dalam. Banyak kali sesat cari tempat tengok filem jerman di  Damansara.

Piala Dunia 2014
Dah masuk alam pekerjaan. Temasya piala dunia yang kurang sedikit meriah. Satunya sebab MH370, politik FIFA, politik tempatan. Tapi piala dunia kali ini paling diingati kerana aku telah berjaya menamatkan zaman bujang. Dah bergelar suami. Pikul tanggungjawab.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Sekarang meneruskan perjalanan berdua. Semoga sentiasa diberkati Allah




Selesai edisi-edisi piala dunia. Sekarang mahu tidur dan tunggu ambil bini balik sekolah. Baru lepas tengok siaran ulangan Argentina lawan Bosnia.

Wednesday, May 28, 2014

Wordful Wednesday - All of Quotes

40 Great Quotes about Friendship, Life, Love and Success
by stedas.
Explore more visuals like this one on the web's largest information design community - Visually.

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday - What's For Breakfast

by BuzzFeed.
Explore more visuals like this one on the web's largest information design community - Visually.

Saturday, May 17, 2014

Dijemput Hadir Majlis Kami

Dijemput hadir, Rakan Taulan, Sahabat Handai, Sanak Saudara



Majlis bagi Pengantin Perempuan



Majlis bagi Pengantin lelaki
 




Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

16 Mei..Semua orang dah tahu 16 mei setiap tahun adalah sambutan hari guru. Meraikan pengorbanan guru sebagai pendidik. Sentiasa orang akan cakap, tanpa guru, siapalah kita. 

Guru adalah insan yang sangat istimewa bagi setiap kita. Guru yang mengajar kita mengenai kehidupan. Sebab itu semua orang sangat menghargai kehadiran guru-guru dalam hidup masing-masing.

Aku rasa bertuah sebab aku dikurniakan guru-guru yang terbaik sejak aku kecil sehingga aku dewasa.Dan aku juga rasa bertuah diberikan peluang merasai pengalaman menjadi guru walaupun untuk jangka masa yang singkat. Aku beranggapan, definisi guru bukan sahaja terbatas kepada guru yang mengajar di sekolah tetapi meliputi kepada sesiapa yang mengajar kita kerana pembelajaran tidak akan pernah putus.

Guru yang ada disekolah atau pensyarah di universiti lebih kepada ilmu. Guru yang mengajar diluar kelas juga sangat besar peranan dan impaknya kepada seseorang manusia. bagi aku, sehingga ke hari ini, tugas menjadi guru sangat berat tetapi sangat berbaloi balasannya. tiada yang lebih puas hati apabila kita dapat mengajar seseorang dan anak murid tersebut dapat menggunakan ilmu kita dengan betul. 

Guru yang paling utama adalah ibu bapa kita. mereka mengajar kita sejak dari kecil sehingga besar.mengajar kita mengenal dunia. menjadi seorang manusia. 

Guru yang terbaik adalah pengalaman. pengalaman mematangkan kita. kita belajar ketika jatuh. kita belajar ketika di atas

Guru paling sabar adalah iman kita. manusia sentiasa berdepan dugaan dan bisikan serta hasutan. iman kita banyak mengajar kita. iman kita menunjukkan hala tuju yang betul sebagai hamba Allah

jika mahu disenaraikan guru-guru yang aku sangat sanjung dan hormat serta berterima kasih, rasanya penuh senarai tersebut. Aku sentiasa menyanjung guru-guru yang pernah mengajar aku. Walaupun sehingga kini, aku sentiasa hormat kepada guru-guru yang aku pernah kenal. dan aku akan sentiasa hormat dan sanjung guru-guru yang sedang berkhidmat. Guru bukan sekadar mendidik, mengajar tetapi lebih daripada itu. Dulu pensyarah aku sentiasa tekankan, teacher is an artist. guru boleh menjadi apa sahaja. Menjadi seorang ayah yang tegas. menjadi ibu yang penyayang. menjadi teman yang rapat. guru membentuk manusia. guru agama, guru bahasa, guru sukan, guru matematik, sekadar menyebut beberapa contoh, semua guru berperanan besar. Guru banyak berkorban. Aku dah rasai walaupun singkat. dan guru yang baik perlu disesuaikan dengan personaliti yang baik. ciri guru yang terbaik adalah sabar. bagi aku ini yang paling memainkan peranan. sangat penting.

Buat tunang yang sekarang menjadi guru, terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan. Banyakkan bersabar. semoga sentiasa menjadi guru yang terbaik kepada anak murid. semoga terus menjadi guru yang mendidik anak bangsa tak kira masa dan tempat.

kepada semua guru-guru di luar sana, selamat hari guru, dan terima kasih.

 

Jom Share