Monday, January 27, 2014

Jangan Duduk Termenung - JDT



I sometimes say to footballers agents,"The difference between you and me is that, if tomorrow there was no more money in football,I'd still be here, but not you." Arsene Wenger.

Kata-kata daripada salah seorang pengurus terkenal bola sepak di England bersama Arsenal. Dunia bola sepak sekarang memang berpaksikan kepada kewangan tetapi kewangan tidak mampu membeli kejayaan dan sudah semestinya tidak mampu membeli kegilaan yang membuatkan bola sepak itu sendiri diminati ramai.

Dalam konteks negara kita, setelah dua perlawanan liga super berlangsung tempoh hari dan esok pusingan ketiga, JDT, kelab yang dibawa oleh TMJ, yang melaburkan banyak wang dengan membeli pemain-pemain bintang, jurulatih antarabangsa,ubahsuai kemudahan bermain yang bernilai tinggi, tewas kepada kelab T-team. Tamparan yang cukup besar meskipun baru di awal musim. Para penyokong JDT boleh memberi alasan masih terlalu awal dan mereka tidak mensasarkan treble ataupun mungkin menyalahkan keadaan padang atau tempat duduk pemain yang tidak bertaraf recaro tetapi realitinya, wang tidak dapat menjamin kemenangan semata-mata. Tiada guna memberikan alasan tidak mensasarkan treble sekiranya sebuah pasukan membeli hampir semua bintang daripada pasukan lain serta membawa masuk pemain import bergaji jutaan setahun. Lihat saja kepada barisan pemain JDT.Dari penjaga gol sehingga kepada pemain simpanan semuanya mempunyai nama besar.Jd sebenarnya tiada alasan untuk JDT tidak memenangi treble. 

Selesai bab JDT, masuk pula kepada Kelantan.Tan Sri Annuar Musa sering mengatakan dalam dunia bola sepak, pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh akan berjaya. Kelantan pada musim ini tidak dapat bersaing dengan pasukan lain yang dapat menawarkan gaji yang tinggi kepada para pemainnya tetapi Kelantan tetap berusaha melengkapkan persiapan. Kemasukan dua pemain import Ghaddar dan Doe dibantu Shawky nampaknya menampakkan hasil setakat. Walaupun masih awal, dilihat peranan yang mereka mainkan amat besar. Walaupun tempoh hari Kelantan hanya menang 1-0 dengan jaringan Forkey doe, tetapi sekurang-kurangnya 3 mata penuh berjaya dikutip. Piya dilihat sedikit tenggelam dalam dua perlawanan ini mungkin kerana perubahan taktikal ditambah dengan kehilangan pemain di barisan tengah.

Steve Darby  dilihat sebagai seorang jurulatih yang realist dalam membawa pasukan. Dalam perlawanan pertama, pada awal permainan, dia cuba menerapkan taktikal 3-5-2.kemudian diubah kepada 4-4-2 setelah kemasukan Roypy dan Ghaddar. Dalam perlawanan di Kuching pula, beliau menerapkan taktik 3-4-3 dengan rangkaian fakir, ghaddar dan doe. Barisan tengah masih pincang tetapi Nazri dilihat mampu menggalas tugas di barisan tersebut manakala barisan pertahanan masih utuh.Bahagian serangan sangat perlu ditingkatkan dan bibit-bibit keserasian Antara Ghaddar dan Doe telah menjelma dan diharap dapat diteruskan. Dan aku juga pasti, Steve Darby tidak akan teragak-agak untuk menyesuaikan barisan pemain Kelantan dengan taktikal yang lain dalam misi mencari tiga mata penuh bagi setiap perlawanan.

Jika diteliti, Ferguson dan Mourinho Antara jurulatih yang realist. Wenger lebih kepada jurulatih yang optimistic. Pep juga sedemikian. Jurulatih boleh memilih untuk menerapkan taktikal mengikut acuan para pemain ataupun mengarahkan para pemainnya mengikuti taktikal yang ada. Barcelona dan Arsenal sebagai contoh mempunyai corak yang hampir sama. Walaupun ada pemain baru yang masuk tetapi corak permainan, taktikal serta konsep masih tetap sama. Para pemain perlu mengikut corak yang dimainkan. Ini yang menjadikan mereka Antara kelab yang disegani serta sudah menjadi trademark. Man Utd atau Chelsea/Inter Milan/Real Madrid pula lebih realist. Mereka lebih menerapkan taktikal yang mana pemain harus sentiasa ikut.Kadang-kadang dengan kehadiran pemain baru, taktikal digubah, diolah untuk disesuaikan oleh pemain tersebut. Lihat saja CR7 di Real Madrid, Eto bermain right back di Inter Milan, Ronney bermain winger di Manchester. Dan kelebihan bagi kelab-kelab realist ini adalah mereka dapat mengubah taktikal pada masa dan waktu berkesesuaian mengikut kehendak perlawanan.

Malam esok Kelantan akan menentang PKNS. Dijangkakan Shawky dan Amar dapat kembali bermain. Mungkin Steve Darby akan kembali menerapkan taktikal 3-5-2.Atau juga penerapan taktikal baru 4-3-2-1. Apa-apapun semoga Kelantan kekal ditangga atas liga malam esok.

Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share