Friday, January 10, 2014

Ketidaksamarataan atau ketidaktahuan?


Inequality for all. Satu filem yang mendapat liputan meluas di Barat. Filem ini bercorak dokumentari berkenaan krisis ekonomi sosial yang sekarang melanda di Amerika Syarikat. Kalau mahu diringkaskan, filem ini menceritakan bagaimana ketidaksamarataan ekonomi rakyat Amerika yang sebenarnya seperti iceberg. Dimana satu masalah bagi pihak pertengahan sebenarnya membawa kepada masalah lain yang seperti satu putaran bom jangka masa.


Apa yang boleh dipelajari daripada filem ini yang padat dengan angka dan sudut pandangan daripada ahli ekonomi yang pernah berkhidmat semasa pentadbiran Bill Clinton? Keadaan yang sama sebenarnya berlaku pada negara kita. Malah dalam statistik yang dikeluarkan juga menunjukkan yang jurang pendapatan golongan atasan, pertengahan dan bawahan bagi negara kita semakin melebar sejak daripada tahun 1980-an lagi. 



Disini aku bukan nak ceritakan berkenaan sosialis atau komunis malah jauh sekali sebagai seorang ahli republik dan tidak pernah juga menjadi ahli ekonomi. Tetapi lebih mengutarakan isu yang sebenarnya menyentuh semua kaum, bangsa, dan tahap dalam masyarakat kita. Aku akui, aku bukanlah seorang yang pakar dalam ekonomi ataupun politik tetapi hal ini sudah termaktub sebagai seorang muslim berkenaan kesamarataan.
Ya.. dalam islam amat mengutamakan kesamarataan. Malah apabila kita meninggal dunia, semua orang akan dikapankan dengan kain putih.Tiada beza. Aku tak menafikan kejayaan golongan atasan. Sahabat Nabi SAW dulu ramai yang berjaya sebagai peniaga dan usahawan tetapi semuanya mengikut ajaran yang Nabi bawa.tetapi yang menjadi masalah utama kepada negara kita adalah dimana yang kaya semakin kaya dan yang miskin akan selamanya miskin. 

Aku tahu, dalam dunia sebenar, tidak akan ada negara yang tiada orang yang miskin. Cuma apa yang dapat diperhatikan sekarang adalah ketidakadillan dalam pembahagian. 40% pemilikkan dalam negara kita adalah dipegang oleh 10% rakyat kita.Aku tak mahu bersifat perkauman. Tetapi kita fokuskan sahaja kepada satu kaum. Kaum yang dikatakan tuan milik tanah melayu ini. Kita lihat sekeliling kita, berapa ramai yang dikatakan golongan bawahan, pertengahan dan atasan. Kita cuba definisikan golongan-golongan ini.

Golongan atasan kalau dalam bahasa ringkas kita letakkan orang-orang yang mempunyai pendapatan lebih 10,000 sebulan. Pertengahan pula 2000 hingga 10000. Bawahan pula adalah dibawah 2000.ini definisi yang aku lihat dan rasa sesuai. Mungkin ada data yang lebih tepat. Jadi berapa ramai yang ada 10,000 sebulan.dalam 10 orang mungkin hanya 12 orang. Selebihnya mungkin 5 orang golongan pertengahan dan 4 orang golongan bawahan. Aku bukan mahu menafikan golongan atasan. Ya, mereka ini yang rajin ambil peluang, pandai dalam bidang masing-masing jadi mereka layak untuk mendapat pendapatan yang mereka ada sekarang. Cuma dalam trend terkini dalam negara kita, golongan pertengahan yang semakin tersepit dan tiadanya lonjakan untuk bergerak ke atas.Golongan atasan seperti tidak memberi seperti yang sepatutnya.ya, mereka keluarkan zakat, bayar cukai tetapi seperti masih tidak cukup. Negara perlukan golongan atasan. Tetapi golongan atasan bukan yang menentukan hala tuju ekonomi. Malah sebenarnya kalau diperhalusi golongan pertengahan yang mencorakkan ekonomi.

Dalam situasi sekarang dimana semuanya mahal, ramai yang mengatakan untuk menyimpan juga tidak sempat.kebanyakkan golongan pertengahan sudah mengambil langkah penjimatan. Apabila kurangnya orang yang menyimpan dengan bank, bank akan mula kurang pendapatan. Apabila tidak ramai yang keluar makan di luar, atau membeli belah di kedai-kedai, pihak swasta akan mengalami penurunan jualan. Memperlahankan keuntungan mereka. Ekoran daripada ini juga, cukai yang dibayar kepada kerajaan juga akan berkurangan. Sama seperti dalam industri permotoran. Apabila gaji atau pendapatan yang masih lagi statik tetapi nilai barangan sekeliling meningkat, golongan pertengahan akan berkurangan untuk membeli kenderaan baru. Adakah pihak industri mahu mengharapkan golongan atasan semata-mata? Tidak kerana golongan tersebut hanyalah meliputi lebih kurang 15% daripada penduduk negara kita. Golongan tersebut juga yang kita boleh lihat sentiasa menukar kenderaan. Apabila rakyat pertengahan ini tidak lagi rancak membeli kenderaan, industri mula terasa. Kerajaan juga terasa kerana cukai mulai kurang. Dan apabila cukai berkurangan, perancangan untuk pembangunan dan penjagaan rakyat akan berkurangan atau dipotong malah akan ada yang dipotong. Budjet tahunan akan berkurangan.  Mungkin akan terasa apabila jalan tidak lagi dibina, sekolah baru tidak dibina, perbelanjaan universiti dikurangkan. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakpuashati oleh rakyat. Sentimen-sentimen berbahaya akan berlaku. Perkauman, agama dan taraf hidup akan mula menyerang. Malaysia adalah dihuni oleh masyarakat majmuk. Maka kaum yang teruk terjejas ini akan mula menyerang kaum lain. Mungkin kaum melayu (yang banyak menghuni golongan pertengahan dan bawahan) atau india ( penghuni golongan bawahan) mula menyerang para pendatang yang berlambak bersantai di chow kit, atau kaum cina yang menjadi tauke kedai-kedai besar. Masalah sosial akan merebak. Rakyat terdesak mencari duit yang lebih. Kuasa membeli berkurangan. Inflasi akan meningkat. 

Ini semua adalah senario yang tidak lagi mustahil tetapi sudah pun berlaku. Semuanya berpunca daripada ketidak adillan dalam pembahagian. Tiadanya kesamarataan. Jadi disini, kerajaan yang perlu memainkan peranan. Kenapa? Kerana kerajaan yang menentukan semuanya. Negara kita bukanlah  seperti negara kapitalis Amerika Syarikat. Tetapi di Amerika Syarikat sendiri kerajaannya banyak menolong golongan kapitalis dan korporat besar. Sama juga di Malaysia. Kerajaan mampu mengubah polisi untuk memacu pertumbuhan bagi golongan pertengahan ini. Bukanlah satu jalan yang drastik diperlukan. Ekonomi tidak mampu bertukar dalam masa sejam dua. Memang sesuatu yang mustahil untuk menaikkan taraf seseorang yang bergaji 2,300 sebulan kepada 8,000 sebulan. Tetapi sekurang-kurangnya, taraf hidup golongan pertengahan tersebut dapat dipertingkatkan. Salah satunya adalah dengan pendidikan. Masalah dalam negara kita sekarang, orang yang keluar daripada universiti, mendapat ijazah, akan dapat purata gaji 2000 tetapi menanggung hutang purata 20000. Persaingan semakin meningkat. Pelbagai punca dilaporkan. Tetapi tipikal negara kita yang lebih memfokuskan kepada masalah bukan kepada penyelesaian. Kita tak dapat nak latih 20000 graduan setiap tahun bercakap seperti mat salleh. Kita tak dapat nak sekat orang asing datang bekerja di negara kita. Kita tak dapat nak sekat kaum cina hanya ambil kaum cina untuk bekerja. Kita tak dapat nak ubah keseluruhan sistem pendidikan kita. Tetapi masalah yang kita semua alami adalah berkaitan antara satu sama lain.

Jadi, seperti dalam filem Inequality for all, perubahan perlu dimainkan oleh semua pihak.Samada pihak atasan, pertengahan,bawahan. Kerajaan perlu bertindak. Swasta perlu berganding bahu. Semua kaum perlu ketepikan sentimen masing-masing. Tiada agama yang menggalakkan pergaduhan. Islam sendiri mengajar umatnya yang rezeki Allah sentiasa cukup untuk hamba-Nya yang mencarinya dengan jujur dan mengikut lunas-lunas islam yang sebetulnya. 

“The greatest country, the richest country, is not that which has the most capitalists, monopolists, immense grabbings, vast fortunes, with its sad, sad soil of extreme, degrading, damning poverty, but the land in which there are the most homesteads, freeholds — where wealth does not show such contrasts high and low, where all men have enough — a modest living— and no man is made possessor beyond the sane and beautiful necessities.”


American poet (1819-1892)
 

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share