Friday, January 24, 2014

Permulaan Liga Super 2014 - Kelantan vs Sime Darby



Liga Super 2014 sudah bermula. Sekali lagi FAM membuat satu keputusan yang memang memeningkan kepala. Perlawanan untuk Piala Sumbangsih dikira mata dan dianggap sebagai salah satu perlawanan dalam liga super. Perlawanan yang berlangsung pada Jumaat lepas, 17 Januari, dimenangi oleh Pahang 1-0 menewaskan Lions 12. Sepatutnya, Piala Sumbangsih nih janganlah dikira. Nama lagi perlawanan merebut Piala Sumbangsih. Tiap-tiap tahun bertukar. Kejap tak kira, kejap kira. Memang pening orang dalam FAM nie. Dulu kena main di Shah Alam, pastu kejap main tempat pasukan. Mungkin tahun depan FAM ubah pulak perlawanan nie.
Cukup cakap pasal FAM. Cakap pasal Pahang lawan Lions. Game yang bukan nak kata tidak terlalu bosan, tapi tidak jugak terlalu rancak. Kena faham, perlawanan awal musim. Semua masih lagi dalam persediaan cari balik kecergasan. Pahang dengan jurulatih baru. Serap taktikal baru. Amirul Hadi pulak takde. Dickson pulak main tak sampai 15 minit. Mujur Conti seperti biasa berbisa dalam kotak penalti. Lain pulak dengan Lions. Bukan saja Coach baru, 3 watak utama mereka, Shahril Ishak, Baihaki dan Haris Harun semua dah takde. Tapi dalam perlawanan tersebut,walaupun rata-rata pemain Lions pemain muda, mereka dapat serap tekanan Pahang. Sekali sekala dominasi bahagian tengah. Pahang pula seperti biasa, Gopi dan Alex memang winger yang mantap. Tahniah kepada Pahang. 

Perlawanan yang seterusnya, yang aku pergi, Kelantan lawan Sime Darby. Sime Darby pendatang baru, naib juara Liga Perdana. Kelantan memang seperti pasukan baru. Ramai pemain baru, coach baru, taktikal baru. Penyerang awal-awalnya Doe dan Fakri. Shawky bertindak baik mengawal bahagian tengah. Shawky dilihat lebih sebagai box-to box mid. Dia rajin merampas bola di bahagian bawah dan turut mengasak bahagian atas. Piya seperti biasa, walaupun masih awal, telah menunjukkan prestasi yang cemerlang seperti mana yang dia telah lakukan sebelum-sebelum ini. Kemudian, Sime Darby bijak mengambil peluang dari satu tendangan percuma dan membuahkan hasil. Kelantan mula sedar dari terlelap. Kelantan kembali mengatur serangan demi serangan, Fakri dan Doe hamper mendapat peluang keemasan di hadapan pintu gol.

Dalam perlawanan ini juga, dapat dilihat, penerapan taktikal baru Steve Darby, 3-5-2 kurang menjadi. Mungkin masih terlalu awal. Tengku Hasbullah yang sepatutnya bertindak sebagai wing back hamper setiap masa mendapat kutukan daripada para peminat apabila dia sering kehilangan bola dan seolah-olah buntu dalam membantu perencanaan serangan Kelantan.Wan Zaharul pula menunjukkan teknik dan kemahiran yang bagus walaupun ada ketikanya dia langsung tidak mendapat peluang.
Sesuatu yang ditakuti oleh Kelantan berlaku pada pertengahan separuh masa pertama apabila Shawky dikeluarkan akibat kecederaan. Dilaporkan juga dia tidak diturunkan pada perlawanan menentang Sarawak pada malam esok. Mohammad Ghaddar, bekas pemain kesayangan Kelantan pada saat bersejarah Treble masuk. Piya terpaksa turun ke bawah. Apabila kemasukkan Ghaddar, aku menjangkakan Darby akan mula memperkenal taktikal 4-3-3 dimana Doe, Ghaddar dan Fakri dibantu oleh Amar, Piya dan Kecik di bahagian tengah. Amar pada malam itu bertindak baik namun masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi sekurang-kurangnya masih lagi berupaya membantu Piya dan Obinna mengawal pergerakan penyerang Sime Darby.

Ramai yang memuji Doe pada malam tersebut. Dia rajin, bijak membuka ruang, pantas menyambar peluang. Sekurang-kurangnya 4 peluang baginya untuk mencetak nama sebagai seorang penjaring. Gol pertama Kelantan hadir pada separuh masa kedua hasil daripada Doe kepada Ghaddar. Kemudiannya Ghaddar memberikan kemenangan pertama Kelantan ditempat sendiri apabila menjaringkan gol daripada sepakan penalty.

Secara keseluruhannya, malam tersebut bukanlah satu malam yang hebat. Jauh sekali untuk mengganggap Kelantan dapat dinobatkan selaku pencabar dalam liga Malaysia. Tetapi, masih terlalu awal untuk mengukur kesemua pasukan. Para pemain masih lagi dalam mood pengenalan. Ramai pemain baru. Taktikal masih lagi dicuba dan pastinya akan ditambahbaik dari seminggu ke seminggu.Tidak dinafikan 3-5-2 yang ingin diterapkkan oleh Darby dapat membuahkan hasil tetapi beberapa ‘tweak’ perlu dibuat. Tengku Hasbullah tidak sesuai bermain sebagai wing back. Rasanya lebih sesuai diberikan kepada Zairo Fitree atau Nazri Ahmad.Atau juga Jika Aziz Ismail dapat mengembalikan kecergasannya seperti dahulu, gandingan wing back Kelantan akan menjadi mantap. Amar, Piya, Shawky masih dalam proses membina keserasian. Bagi bahagian serangan rasanya tidak ada masalah. Fakri, Ghaddar atau Doe. Piya perlu diberi ruang untuk naik membantu dibelakang penyerang. Tetapi pada masa yang sama Shawky jika mampu menggunakan pengalamanya dapat mengawal bahagian tengah Kelantan dengan lebih berkesan. Obinna, Nik Shahrul , Farisham seperti biasa sudah serasi dan sentiasa kental.Cuma yang dikhuatiri dengan taktikal sebegini adalah offside. Beberapa kali dapat dilihat bahagian tepi Kelantan tidak dapat mengawal winger lawan yang laju dan lincah.

Aku masih lagi percaya Kelantan berfungsi terbaik apabila bahagian tengah dikukuhkan atau mempertaruhkan serangan Kelantan yang ampuh. 4-2-3-1 atau 4-3-3 atau juga 4-3-2-1 mampu diterapkan oleh Kelantan dengan barisan pemain yang versatile ini.

4-2-3-1
Roypy – Nik Shahrul – Obinna – Nazri
Amar – Shawky
Kecik- Piya- Fakri
Doe

4-3-3
Roypy – Nik Shahrul – Obinna – Farisham
Amar-Shawky-Piya
Shakir – Ghaddar- Fakri

4-3-2-1
 Roypy – Nik Shahrul – Obinna – Nazri
Amar – Shawky –Piya
Fakri – Shakir
Doe
Mungkin satu masa, taktikal sebegini akan dicuba dan diterapkan oleh Steve Darby.Siapa tahu. Apapun, musim bola sepak Malaysia sudah bermula. Kelantan akan mencuba yang terbaik. Para peminat sentiasa di belakang. Stadium pasti akan sentiasa penuh. Hanya yang terbaik diharapkan.

Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share