Dah bersawang blog ini. Sendiri tak ingat akibat timbunan kerja ditambah kemalasan.Dan memasuki bulan Mac yang boleh dikatakan agak padat.
Bulan Februari dah berlabuh. Boleh dikatakan bulan Februari nie banyak kisah-kisah bola sepak yang membuatkan para peminat bola sepak dalam dan luar negara tersenyum, sedih, nak marah, kecewa, gembira. Cerita Manchester United, Real Madrid, Barcelona, Chelsea, Liverpool dan lain-lain memang dah banyak. Tambah dengan Champion League. Tetapi dalam negara kita juga tak kurang hebatnya. Cerita dalam terowong, cerita tak konsisten, cerita jurulatih, cerita pemain dan bermacam cerita lagi memang memberi sinar kepada para peminat bola sepak tempatan.
Sekarang ini liga tempatan kita berehat sementara bagi memberi peluang kepada aksi skuad kebangsaan. Malam esok Malaysia akan bertemu Filipina bagi aksi persahabatan. Setelah pelbagai spekulasi dan bermacam nama yang naik bagi menggantikan Datuk Rajagopal,sehingga sekarang ini, Dato Ong Kim Swee masih lagi memegang jawatan panas tersebut. Semua hormat dan tahu kemampuan OKS bila mana dia membawa skuad pelapis tetapi bagi skuad senior satu ruang yang berbeza. Cuma setakat ini, boleh dikatakan OKS amat bijak dalam memilih para pemain dan boleh dilihat sepanjang liga berlangsung, OKS sudah beberapa kali bertandang ke stadium-stadium negeri bagi menyaksikan pemain-pemain yang boleh dikatakan layak menyarung jersi negara.
Berdasarkan kepada prestasi semasa, aku berani katakan ramai pemain-pemain negara kita amat tidak konsisten. Jika mahu berlandaskan kepada kemampuan skuad negeri masing-masing, boleh dikatakan hampir 80% pemain tempatan macam yo-yo. Sabtu lepas jaringkan gol, sabtu nie langsung tak bermain. Selasa lepas assist 2, rabu nie kena kad merah. Boleh dikatakan semua bahagian mempunyai masalah dan OKS sedar dengan semua nie.
Penjaga gol - Apek sangat tidak konsisten bagi 5 perlawanan pertama liga dan ditambah dengan perlawanan dalam Piala FA. tetapi pencabar terdekatnya tidak kurang juga. Farizal Marlias tidak konsisten di Selangor. Norazlan Razali masih lagi mencari tempat di JDT. Mungkin OKS ingin memberi pendedahan yang lebih kepada Khairul Azhan (Pahang).
Pertahanan - Seperti biasa. Aidil akan mengemudi. Taj juga tidak konsisten bersama ATM. Bunyamin Omar wajar diberi peluang. Mahali tidak menunjukkan prestasi sama seperti bersama Selangor musim lepas. Razman masih lagi seperti dahulu.
Tengah - Piya keletihan balik daripada Myanmar. Shakir masih lagi antara DM terbaik negara. Junior menunjukkan peningkatan kebelakangan ini. Nazmi juga. Baddrol mula mencari rentak bersama Kedah. Amri pemain terbaik JDT untuk 5 perlawanan ini apabila banyak menjaringkal gol dan assist. Safiq Rahim terus tenggelam. Hafiz Kamal beraksi cemerlang dengan pahang.
Penyerang - Mat Yo kembali semula setelah kontroversi tidak lapor diri sebelum ini. Safee Sali patut diketepikan saja. Fakri juga keletihan. Bobby patut ambil peluang pendedahan ini.
Barisan kemungkinan OKS
Farizal Marlias
S Kunalan - Taj - Aidil - Bunyamin
Junior - Shakir - Nazmi
Amri- Baddrol
Mat Yo
Untuk malam esok, separuh masa kedua, OKS pasti akan menggantikan ramai pemain dan corak permainan Malaysia pasti berubah sekiranya barisan tengah dirombak sepenuhnya. Walaupun perlawanan malam esok adalah sekadar persahabatan, tetapi pasti OKS mahu kemenangan dan para pemain mahu tunjukkan kehebatan masing-masing. Para peminat pula nak tengok Malaysia terus mendaki ranking negara.
The true test of character is not how much we know how to do, but how we behave when we don't know what to do.
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Wordless Wednesday - Social Network
Explore more infographics like this one on the web's largest information design community - Visually.
Saturday, February 22, 2014
Whatsapp For Everyone
Explore more infographics like this one on the web's largest information design community - Visually.
Subscribe to:
Posts (Atom)