Saturday, March 1, 2014

Filem Trilogi terbaik

Semalam mega movie TV3 menyiarkan filem Batman Begin. Walaupun filem nie dah lama keluar, tak silap aku 2005 lagi, tapi memang tak akan puas layan sekali lagi. Sebuah filem yang kalau diperiksa dalam laman web pengkritik filem terkenal, rotten tomatoes, mencapai tahap filem yang cukup baik. Batman Begin dan The Dark Knight antara filem yang layak dianggap filem bertaraf lima bintang. Filem ke 3 dalam trilogi batman iaitu The Dark Knight Rises tidak mencapai taraf 5 bintang meskipun mendapat kutipan box office yang sangat sangat tinggi. Boleh dikatakan trilogi Batman ini (yang buat masa sekarang tiada perkembangan untuk diteruskan lagi) adalah antara filem trilogi terhebat Hollywood. Mungkin sama tahap(dari segi kutipan tiket dan kritikan) dengan Lord of the Ring, Matrix, Iron Man, Terminator (sekadar menyenaraikan beberapa).

Bercakap berkenaan filem trilogi, ramai peminat filem bosan dengan filem sekuel, tetapi tak kurang juga ramai yang mengharapkan filem trilogi sentiasa diteruskan. Lihat saja penangan perancangan jangka masa panjang pihak Marvel. Bermula dengan Iron Man, kemudian trilogi Captain Amerika, Thor, dan Avengers. Kutipan yang diraih sangat tinggi. Filem trilogi bersandarkan kepada peminat yang sedia ada tetapi perlu mengolah jalan cerita supaya dapat menandingi filem yang sebelum nya. Sebagai contoh, trilogi filem The Godfather (antara 10 filem terbaik sepanjang zaman). Filem pertama dan kedua sangat berjaya. Dua filem terawal mendapat 5 bintang. tetapi untuk filem penutup, ramai yang mengkritik. Skrip tidak kuat, jalan cerita kurang kemas dan pemilihan pelakon yang tidak semantap filemnya sebelum ini. Ini adalah antara dilema utama yang penerbit filem terpaksa hadapi. Berlainan dengan trilogi Star  Wars atau Lord of the ring, bila mana jalan cerita mereka adalah fiksyen jadi mereka dapat olah menjadi lebih baik dan sentiasa berlandaskan kepada yang asal. Manakala bagi Batman, Spiderman atau Transformer, meskipun mereka daripada komik dan animasi, mereka perlu sesuaikan dengan keadaan dunia sebenar. Sebab itu filem ketiga selalunya amat mengecewakan dan tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh peminat. Ramai yang akan katakan filem ke 3 matrik tidak sehebat pertama, Transformer yang ketiga sangat mengarut dengan peperangan di Bandar Chicago, ataupun jalan cerita Batman ke 3 yang mengangkat Bane sebagai seorang liberal sedangkan dalam komik dia hanya seorang "mercenary".

Jadi, dalam kita berbicara berkenaan trilogi filem yang terbaik, terlalu banyak ciri yang perlu dinilai.
Ada filem pertama yang tidak sebagus kedua atau ketiga. Ada yang ketiga tidak sebagus pertama dan seterusnya. Ada pelakon yang memberikan watak yang berbeza dalam setiap filem. Pengolahan sebuah filem oleh penulis skrip dan pengarah sangat penting dan jika dibuat dengan penuh teliti, filem yang tugas asalnya adalah untuk menghiburkan masyarakat sebagai salah satu media pasti tercapai. Dan menerusi filem juga, pelbagai metafora, ideologi serta unsur budaya sosial diterapkan disertakan elemen sejarah.

Aku suka melihat sebuah trilogi filem bukan satu filem yang dibuat dalam tiga bahagian tetapi tiga bahagian filem yang dicantumkan menjadi satu. Bagaimana mahu mencantumkan tiga bahagian yang berbeza supaya satu jalan sama berjaya diolah. Sebagai contoh, dalam filem batman, meskipun berlatarkan kepada komik, pencipta filem trilogi ini sudah mempunyai visi berkenaan bagaimana lagenda batman itu dapat dihidupkan dan dikembangkan. Jadi penyusunan bagaimana batman mendapat latihan pada awalnya, bagaimana batman memilih jalan hidupnya dan bagaimana penerimaan masyarakat kepada lagenda dark knight itu berakhir. Daripada skrip-skrip dalam filem batman tersebut banyak terselit unsur anarki sebagai contoh melalui Joker. Pengacau. Antagonis. Menerusi Bane, yang mempunyai perancangan untuk memusnahkan Gotham dari dalam, kecelaruan sosial masyarakat Gotham. Peranan Gordon, Ketua Polis Gotham dan peranan Alfred pembantu setia bagi Batman.Filem sebenar lebih dalam daripada sekadar sebuah alat hiburan kepada masyarakat untuk melupakan masalah di luar. Filem sebenarnya adalah cermin kepada realiti masyarakat.Pirate of Carribean sebagai contoh, menceritakan sejarah bagaimana lanun terpaksa berhadapan realiti peluasan kuasa British dalam pembukaan benua Amerika dan laluan perdagangan. Die Hard, bagaimana situasi dan sifat Amerika yang menonjol dalam kegigihan menentang kejahatan dan ketuanan kepada wang ringgit.Semuanya berpaksikan kepada unsur masyarakat.

Jom Share