Thursday, May 15, 2014

Pekerja yang bagus tak semestinya pelajar yang bagus

Alam pekerjaan. Satu alam yang menentukan haluan hidup. Ada yang ikut kehendak.ada yang ikut minat. ada yang redha dengan tanggungjawab. Ada yang tawakkal dengan tempat. Ada yang syukur dengan keperluan. ada yang ikut peluang. Ada yang sabar dengan takdir. Pendeknya, semua orang berkerja dengan pelbagai alasan dan pelbagai karenah.

Dalam pengalaman aku yang setahun jagung, aku perhatikan budaya kerja di swasta dan kerajaan amat berbeza. Rasenya semua dah ada persepsi masing-masing, dah rase sendiri.Tapi satu yang aku rasa sangat penting bagi pekerjaan adalah bagaimana personaliti pekerja itu memainkan peranan yang cukup besar. tak kisah la kerja kat apa-apa bidang sekalipun, personaliti tue memainkan peranan yang cukup besar malah personaliti memainkan peranan sebelum dapat kerja itu sendiri.

Pekerja yang bagus tak semestinya dia dapat 4.00 masa belajar. Bos yang bagus tak semestinya yang dah berpengalaman banyak. Orang atasan yang bagus tak semestinya juga yang dah belajar dari oversea dengan mendapat gelaran yang besar. Kadang-kadang personaliti tue yang membuatkan orang lain hormat. Nak dapatkan hormat daripada rakan sekerja, orang lain nie bukan perkara yang senang tapi juga bukan perkara yang sangat susah.

Dalam aku berkerja, dah berbagai orang aku jumpa. Aku dapat simpulkan orang yang senang bercakap, senang bergaul akan mudah mendapat kerja dan mudah membuat kerja. Cuba bayangkan orang yang jenis pendiam dan susah bergaul. Kalau dia pilih kerja dalam bidang yang tak perlukan pertolongan manusia lain takde masalah, tapi kebanyakkan bidang kerja nie pasti akan melibatkan interaksi dengan manusia lain.
memang betul apa yang agama kita ajar, senyuman itu sedekah, bila orang tengok kita senyum pun orang dah akan mula hormat dan senang untuk bergaul dengan kita. kalau dah nak senyum pun susah, maka susah la nak bergaul. Satu lagi cara kita bercakap. Benda nie tak akan diajar di mana-mana universiti ataupun sekolah. Cara kita bercakap nie orang bleh ajar teori je. yang praktikalnya datang dengan pengalaman, datang dengan macam mana kita bergaul dan macam mana kita berfikir. kalau kita berfikir positif, tak judge orang, maka kita akan senang bercakap dan senang guna laras bahasa mengikut orang yang kita jumpa.
Banyak aku jumpa orang yang tak sepadan dengan apa yang dia ada. kadang ada yang pangkat tinggi tapi bercakap macam dia je yang betul. Ada orang yang bawak reputasi baik, tapi bila mintak buat kerja, budak tingkatan lima dapat buat kerja yang lebih baik. Kadang-kadang kita sebagai manusia nie jangan sombong. jangan ego dengan apa yang kita ada. Dunia nie sementara. kejap je tuhan nak tarik. Sifir aku senang dan sentiasa aku pegang. Kita buat baik kat orang lain, orang lain akan buat baik kat kita balik.

jadi, aku sentiasa berpesan kat diri sendiri, sentiasa redha dengan apa yang ada, syukur dengan kurniaan tuhan, mohon yang terbaik dan buat baik kat orang sentiasa, tak kisah orang itu siapa.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share