Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

16 Mei..Semua orang dah tahu 16 mei setiap tahun adalah sambutan hari guru. Meraikan pengorbanan guru sebagai pendidik. Sentiasa orang akan cakap, tanpa guru, siapalah kita. 

Guru adalah insan yang sangat istimewa bagi setiap kita. Guru yang mengajar kita mengenai kehidupan. Sebab itu semua orang sangat menghargai kehadiran guru-guru dalam hidup masing-masing.

Aku rasa bertuah sebab aku dikurniakan guru-guru yang terbaik sejak aku kecil sehingga aku dewasa.Dan aku juga rasa bertuah diberikan peluang merasai pengalaman menjadi guru walaupun untuk jangka masa yang singkat. Aku beranggapan, definisi guru bukan sahaja terbatas kepada guru yang mengajar di sekolah tetapi meliputi kepada sesiapa yang mengajar kita kerana pembelajaran tidak akan pernah putus.

Guru yang ada disekolah atau pensyarah di universiti lebih kepada ilmu. Guru yang mengajar diluar kelas juga sangat besar peranan dan impaknya kepada seseorang manusia. bagi aku, sehingga ke hari ini, tugas menjadi guru sangat berat tetapi sangat berbaloi balasannya. tiada yang lebih puas hati apabila kita dapat mengajar seseorang dan anak murid tersebut dapat menggunakan ilmu kita dengan betul. 

Guru yang paling utama adalah ibu bapa kita. mereka mengajar kita sejak dari kecil sehingga besar.mengajar kita mengenal dunia. menjadi seorang manusia. 

Guru yang terbaik adalah pengalaman. pengalaman mematangkan kita. kita belajar ketika jatuh. kita belajar ketika di atas

Guru paling sabar adalah iman kita. manusia sentiasa berdepan dugaan dan bisikan serta hasutan. iman kita banyak mengajar kita. iman kita menunjukkan hala tuju yang betul sebagai hamba Allah

jika mahu disenaraikan guru-guru yang aku sangat sanjung dan hormat serta berterima kasih, rasanya penuh senarai tersebut. Aku sentiasa menyanjung guru-guru yang pernah mengajar aku. Walaupun sehingga kini, aku sentiasa hormat kepada guru-guru yang aku pernah kenal. dan aku akan sentiasa hormat dan sanjung guru-guru yang sedang berkhidmat. Guru bukan sekadar mendidik, mengajar tetapi lebih daripada itu. Dulu pensyarah aku sentiasa tekankan, teacher is an artist. guru boleh menjadi apa sahaja. Menjadi seorang ayah yang tegas. menjadi ibu yang penyayang. menjadi teman yang rapat. guru membentuk manusia. guru agama, guru bahasa, guru sukan, guru matematik, sekadar menyebut beberapa contoh, semua guru berperanan besar. Guru banyak berkorban. Aku dah rasai walaupun singkat. dan guru yang baik perlu disesuaikan dengan personaliti yang baik. ciri guru yang terbaik adalah sabar. bagi aku ini yang paling memainkan peranan. sangat penting.

Buat tunang yang sekarang menjadi guru, terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan. Banyakkan bersabar. semoga sentiasa menjadi guru yang terbaik kepada anak murid. semoga terus menjadi guru yang mendidik anak bangsa tak kira masa dan tempat.

kepada semua guru-guru di luar sana, selamat hari guru, dan terima kasih.

 

1 comment:

  1. Auwwww.. thanks mu dear fiancee :)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share