Monday, June 16, 2014

Cerita Piala Dunia



Bermula Minggu lepas, Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil bermula.Semua para peminat bola sepak mula bersengkang mata menyaksikan perlawanan-perlawanan pasukan kegemaran masing-masing dalam temasya bola sepak terhebat 4 tahun sekali ini.Setiap edisi piala dunia menjanjikan pelbagai cerita dan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.Edisi kali ini di Brazil juga tidak kurang dengan pelbagai cerita(kontroversi, politik, kelakar dan sebagainya).

Bagi aku setiap edisi piala dunia membawa bersama sejarah yang tersendiri dan amat bersangkut paut dengan kejadian-kejadian penting dalam sejarah hidup aku.Semuanya kebetulan tetapi Piala dunia benar-benar membawa erti. Tidak kira pasukan mana yang kalah atau menang, yang penting, yang paling diingat adalah memori yang dibawa.

Piala Dunia 1994
Masa ini aku masih kecil. Baru darjah 4. Memori terawal yang aku ingat adalah tengok bola pada waktu pagi. Masa ini piala dunia berlangsung di Amerika Syarikat. Di zaman Romario, Roberto Baggio, Jerman, Brazil, Denmark. Aku paling ingat pada perlawanan akhir di mana Itali bertemu Brazil pada penentuan penalty. Roberto Baggio mengambil sepakan paling akhir dan gagal menjaringkan gol apabila sepakan melencong ke atas. Brazil bersorak, mereka ditabalkan juara dunia untuk kali ke 4. Itali berduka.Ini antara memori terawal dan mungkin disini aku mula minat pada bola sepak itali.

Piala Dunia 1998.
4 tahun berselang.dah melangkah masuk tingkatan 2. Antara memori alam persekolahan yang paling tak dapat dilupakan. Kenangan bersekolah di sekolah asrama memang sangat best.Tahun ini Piala Dunia berlangsung di Perancis. Di zaman sekolah ini, nak tengok bola pun susah. Bilik tv kalau nak tengok bola lewat-lewat malam memang tak boleh. Bilik TV dijaga oleh tingkatan 4, 5. Budak tingkatan 3 ke bawah nie ibarat kasta rendah. Jadi segala keputusan yang dapat melalui surat khabar ataupun masa balik ke rumah. Aku lagi tahun ini aku masuk peraduan coke yang kumpul penutup botol atau pembalut botol minuman. 1000 penyertaan terawal akan dapat hadiah. Aku dapat tshirt dan beg coke edisi Piala dunia. Masa perlawanan suku akhir, Perancis dan Itali, ramai pelajar tengok di bilik sebelah kantin sekolah. Sekali lagi masuk penentuan penalty. Roberto Baggio main lagi tahun ini. Tapi edisi kali ini perancis hebat.Zidane, Thuram, Blanc, Lizarazu, barthez. Perancis Menang penalty lawan Itali seterus masuk final jumpa Brazil. Ronaldo, Leonardo, Roberto Carlos, Taffarel, antara lagenda Brazil. Orang ramai cakap brazil akan menang. Tapi ramai juga yang sokong perancis (selalunya geng Arsenal). Perancis menang dengan Zidane jaringkan 2 gol.

Piala Dunia 2002.
Edisi piala dunia yang pertama berlangsung di Asia. Tuan rumah bersama Korea dan Jepun. Masa nie dah bebas dari sekolah. Baru masuk  U. Masa tengah gila sebab jauh dari family, berdikari, dapat duit lagi. Sebulan sebelum piala dunia, masa duit dah masuk, ramai-ramai pergi Ipoh parade (Kalau tak salah), masing-masing ambil tshirt adidas edisi piala dunia mengikut negara kegemaran masing-masing. Disebabkan Italy bukan adidas, aku rasa tahun tue aku ambil Argentina. Tahun nie memang special sebab Jepun dan Korea sangat power. Brazil dan Jerman yang masuk final. Fesyen rambut Ronaldo yang memang tak akan dilupakan. Sebab duduk di U, jadi nak tengok bola tue takde masalah, asal jumpa kereta member terus keluar pergi tengok kat mamak. Masa final aku ingat tengok di Rumah sebab masa cuti. Brazil menang, Ronaldo pemain terbaik. Aku paling ingat edisi piala dunia nie sebab tak boleh lupa masa Ahn Jung Hwan sumbat golden goal masa lawan Itali.

Piala Dunia 2006
Tahun yang menjadi titik permulaan bagi yang baru. Aku ingat lagi masa sebelum nak mula world cup aku dan kawan aku pergi KBMC untuk buat medical check up bagi masuk u di Terengganu. Doktor siap cakap darah tinggi , aku jawab sebab tak tidur malam berjaga tengok bola. Tahun nie Piala Dunia di Jerman. Member aku ada belajar di Jerman siap pesan suruh beli mafla sempena piala dunia. Awalnya aku memang kurang berminat untuk masuk u di Terengganu, tetapi siapa sangka bermula di sana la, corak kehidupan sekarang ada.  Antara ayat aku akan sentiasa ingat adalah apabila aku tanya kawan aku macam mana brazil lawan perancis sebab aku tak dapat tengok match tue (orientasi). Kawan aku cakap dia tak nak cakap mengenai brazil. Perancis menang lawan brazil. Masa final, perancis sekali lagi lawan Itali. Masa nie baru je habis orientasi. Pukul 11 lebih kawan aku dah datang ambik keluar pergi bandar cari kedai lawan bola. Bayangkan dari pukul 12 sampai pukul 3 lebih tunggu nak tengok bola. Tetapi berbaloi. Perlawanan yang hebat. Zidane tanduk materazzi.Itali balas dendam sebab kalah penalty sebelum ini. Aku ingat lagi Cannavaro julang piala dunia.Subuh masuk asrama balik

Piala Dunia 2010
Selang lagi 4 tahun. Kali nie Piala Dunia di Afrika. Bermula dengan kontroversi vuvuzela. Tengok bola pun tak boleh nak fokus sebab bunyi terlampau kuat. Penangan vuvuzela nie, ramai orang bawak masuk ke dalam Malaysia.Kali nie itali memang tak nasib baik. Banyak pasukan yang kalah awal. Sepanyol yang menang kali ini dengan brand tiki taka. Tahun ini dah berhijrah ke Selangor, Lembah Klang. Disebabkan u aku nie jenis tak bagi masuk selepas pukul 12, selalunya tengok bola kat rumah member di Pantai Dalam takpun tengok skrin besar di dewan kolej. Masa final tengok ramai di skrin kolej. Sepanyol menang lawan Belanda. Nak cerita panjang masa nie pun macam tak ada cerita sangat. Tetapi masa piala dunia nie baru masuk semester kedua ( tak salah) kat u jadi baru lepas adapt dengan hidup mahasiswa di lembah klang. Banyak kali sesat cari rumah member Pantai Dalam. Banyak kali sesat cari tempat tengok filem jerman di  Damansara.

Piala Dunia 2014
Dah masuk alam pekerjaan. Temasya piala dunia yang kurang sedikit meriah. Satunya sebab MH370, politik FIFA, politik tempatan. Tapi piala dunia kali ini paling diingati kerana aku telah berjaya menamatkan zaman bujang. Dah bergelar suami. Pikul tanggungjawab.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Sekarang meneruskan perjalanan berdua. Semoga sentiasa diberkati Allah




Selesai edisi-edisi piala dunia. Sekarang mahu tidur dan tunggu ambil bini balik sekolah. Baru lepas tengok siaran ulangan Argentina lawan Bosnia.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share