Monday, June 30, 2014

Piala Dunia 2030


20 tahun


Itu lah jangka masa yang diambil. Edisi kelima baru lah negara kita mampu menyakinkan FIFA untuk menganjurkan kejohanan bola sepak yang paling berprestij di dunia. 20 tahun bukan satu masa yang singkat.Segala-galanya bermula pada 2014.Tahun perancangan bermula.


Piala Dunia 2030. Piala dunia yang pertama dilangsungkan di Asia Tenggara. Kedua berlangsung di Asia. Malaysia menjadi tuan rumah sepenuhnya. Sebanyak 12 gelanggang disediakan. Pada peringkat awalnya, Malaysia dan Singapura akan menjadi tuan rumah bersama, tetapi setelah berlangsung beberapa siri pertemuan dan perbincangan, Singapura menarik diri. Kekangan utama Singapura adalah tiadanya stadium yang dapat menampung keperluan para peminat dan syarat ketat daripada FIFA.


10 gelanggang/stadium yang mana diperbaiki dan diberi nafas baru dan 2 stadium baru dibina. 12 Gelanggang tersebut adalah;


·         Stadium Shah Alam

·         Stadium Nasional Bukit Jalil

·         Stadium Negeri Batu Kawan

·         Stadium Alor Setar, Kedah

·         Stadium Negeri Ipoh

·         Stadium Negeri Paroi

·         Stadium JDT, Larkin

·         Stadium Kuantan

·         Stadium Negeri Sultan Mizan

·         Stadium Negeri Kota Bharu

·         Stadium Negeri Kuching

·         Stadium Negeri Kota Kinabalu


Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kelantan adalah negeri-negeri yang terlibat dengan penganjuran piala dunia ini.

Semua kerajaan negeri memberikan kerjasama yang padu dan erat kepada penyediaan gelanggang, kemudahan-kemudahan lain. 


Perlawanan pembukaan berlangsung di Stadium Shah Alam yang melibatkan Malaysia selaku tuan rumah menentang Belgium, dalam pertemuan kumpulan A. Skuad Malaysia bukan lagi skuad belasahan. Skuad Malaysia standing dengan gergasi Asia yang lain. Perancangan yang dibuat selama 30 tahun membuahkan hasil. Tahun 2014 bermula segalanya. FAM merangka perancangan 30 tahun. Pemain-pemain negara diberi latihan diluar negara. Beberapa nama dipancing kelab liga 3 Portugal, kelab liga 5 England, kelab divisyen 4 liga jerman. Dari tahun 2014, nama Malaysia semakin meningkat tahun-tahun seterusnya. Pemain Malaysia mula dikenali ramai. Selepas JDT yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia, Kelantan pula yang menongkah arus dalam AFC Cup standing dengan kelab tersohor Asia yang lain. Kelab-kelab Malaysia juga mula memenangi AFC Cup. Pemain Malaysia mula menembusi liga di Korea, Jepun, Qatar, Oman dan liga-liga lain. Tahun 2022, boleh dikatakan 11 pemain yang mewakili skuad Malaysia adalah mereka-mereka yang beraksi untuk liga negara luar.


Liga tempatan tidak kurang juga hebatnya. Daripada liga super, FAM berjaya mengolah format. Liga Malaysia bermual 2018 mempunyai 20 pasukan.Liga berlangsung sepanjang tahun. Kawalan kepada pemain import sudah dikurangkan. Sekarang ini sekurang-kurangnya setiap pasukan yang bertanding dalam liga tempatan mempunyai 4/5 orang pemain import yang datangnya dari segenap pelusuk dunia.


Piala Dunia 2030. 
Malaysia sudah bersedia. Stadium –stadium yang tidak menepati syarat FIFA diberi nafas baru. Stadium-stadium ini ditingkatkan. Kawalan keselamatan diperkasakan. Tempat duduk ditambah. Setiap kerajaan negeri yang diberi mandat menjadi tuan rumah juga perlu menyediakan kawasan penyokong dengan skrin gergasi dan kemudahan-kemudahan lain. Sektor ekonomi bagi Bandar-bandar di Semenanjung Malaysia melonjak naik. Batu Kawan menjadi pusat sukan yang canggih. Alor Setar diperbesarkan lagi. Hotel-hotel muncul. Kawasan Bandar diperbaiki untuk mencerminkan Malaysia kepada mata dunia. Pihak keselamatan juga dipertingkatkan. Pihak polis dan tentera sudah bersiap sedia mengawal ribuaan pelancong dan para peminat bola yang akan memenuhi setiap stadium nanti.


Kerajaan sangat serius dengan penganjuran piala dunia kerana kerajaan tahu pulangan yang akan diperolehi nanti. Jalinan kemudahan pengangkutan telah dipertingkatkan. Setiap negeri mempunyai lapangan terbang yang sangat mesra, canggih dan memenuhi keperluan. Kota Bharu mendapat lapangan terbang baru. Seremban mendapat highway baru. LPT dipertingkatkan dengan ditambah sehingga ke Kota Bharu. Sistem terminal bas di setiap negeri bertanding juga diperbaharui. Kuala Terengganu mendapat terminal baru,s ama seperti Kota Bharu, Johor, Alor Setar dan Butterworth. Kuching dan Kota Kinabalu mendapat penambahan kadar penerbangan. Sekarang ini penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu boleh didapati bukan sahaja daripada KLIA2 dan Kota Bharu tetapi juga daripada Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor. Jalan raya persekutuan semuanya diperbaiki. 


Aspek yang paling penting adalah keselamatan. Untuk itu, kerajaan Malaysia bermula tahun 2026 telah mengambil langkah proaktif, ops membanteras PATI ditingkatkan. PATI dari Asia Tenggara mahupun Negro dibanteras sepenuhnya. 3 tahun usaha yang dilakukan bukan sahaja di ibu negara tetapi di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang mendatangkan hasil. Bilangan PATI mula menurun. PATI mula takut untuk memasuki Malaysia. Tentera Laut menjaga selat Melaka dengan penuh dedikasi. Imigresen dan Kastam menjaga sempadan negara dengan penuh etika.


Piala Dunia 2030 akan bermula. Aku sudah bersedia. Sangat bersemangat. Stadium Baru Kota Bharu yang dibina di Tunjung sudah sedia. Stadium ini akan digunakan oleh Pasukan Kelantan selepas Piala Dunia. Sebelum ini untuk menguji stadium, Kelantan telah bertemu dengan pasukan Real Madrid.Stadium yang mampu memuatkan 55,000 orang penonton itu antara stadium yang tercantik di negara dengan kelengkapan yang canggih dan berteraskan konsep Wau Bulan. Tiket piala dunia bagi pertemuan Jerman menentang Australia telah aku beli. Sekarang ini senang untuk ke stadium. Sistem MRT telah diwujudkan di kota bharu. Aku tersenyum. Tersenyum mengenangkan penangan piala dunia kepada keseluruhan ekonomi, social, pembangunan di Malaysia. Satu lonjakan yang benar-benar menguntungkan rakyat.


Piala Dunia 2030..Tersenyum sendirian aku.



“Abang..abang..bangun..sahur.” Kedengaran isteri aku mengoncangkan badan aku. Aku buka mata. Tengok jam.Jam 5 pagi..Hari pertama Ramadhan untuk tahun ini. Aku gosok mata. Cis..mimpi rupanya. Memang betul penangan Piala Dunia nie. Aku bangun.Isteri aku dah ke dapur. Aku buka facebook. Brazil menang lawan Chile. Columbia pula menang lawan Uruguay. Malaysia? FAM baru nak ambil Dollah Salleh jadi jurulatih baru.



No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share